24 September 2017

Soal Jawab HIBAH BERSYARAT : Hibah Bersyarat Atas Rumah?



HIBAH BERSYARAT - BOLEH KE NAK BUAT GUNAKAN RUMAH?



Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Saya ada dapat soalan dari salah seorang pembaca blog saya yang bertanya lebih kurang macam nie..
" Bagaimana cara2, dokumen apa dan yg perlu di bawa dan di mana untuk membuat Hibah bersyarat ini. Untuk makluman En. Aziz saya nak buat hibah bersyarat sebuah rumah kpd isteri.....berapa kos yg perlu di sediakan...? "
Berkenaan dengan persoalan di atas...pertama sekali apa yang kita kena faham adalah...apa itu hibah secara asas dan apa itu hibah bersyarat. Saya akan buat penjelasan mudah dan tidak terlalu teknikal.




1- APA ITU HIBAH?


Bahasa mudah, HIBAH ini adalah satu pemberian tanda kasih sayang dari seseorang kepada seseorang. Dengan bahasa yang biasa kita pakai adalah HADIAH. Jadi, hadiah atau hibah ini kalau sudah diberikan tidak boleh diminta semula kecuali hibah dari bapa kepada anaknya...berdasarkan hadith di bawah

“ Tidak halal bagi seseorang lelaki untuk memberikan pemberian atau menghibahkan suatu Hibah, kemudian mengambil kembali pemberiannya, kecuali bila Hibah itu Hibah dari orang tua kepada anaknya. Perumpamaan bagi orang yang memberikan suatu pemberian kemudian dia rujuk di dalamnya (menarik kembali  pemberiannya), maka dia itu bagaikan anjing yang makan, lalu  setelah anjing itu kenyang ia muntah, kemudian ia memakan muntahnya kembali ” (H.R. Abu Dawud, An Nasa’i, Ibnu Majah, dan At-Tirmidhi dan dia mengatakan bahwa hadith ini hasan sahih)

 Berbalik kepada soalan di atas...kalau nak hibah rumah boleh atau tidak?..iaitu, Suami menghibahkan rumah kepada isteri...boleh dengan beberapa syarat..


  • RUMAH TERSEBUT SUDAH TUNAI (TIADA HUTANG) - BOLEH DIHIBAHKAN

    Rumah yang nak dihibahkan kepada isteri tersebut mesti lah sudah tidak terikat dengan hutang (maksudnya dah full settlement)...kira sudah menjadi hak mutlak suami dan tidak dituntut oleh mana2 bank atau institusi kewangan.

    Jadi, suami boleh hibahkan kepada isteri dengan tukar hak milik kepada isteri. Selagi geran rumah masih nama suami, selagi tu, ia belum dihibahkan, dan sekiranya suami meninggal dunia sebelum sempat tukar nama walau pun suami ada bagitahu isteri dan dengan saksi bahawa rumah ini ingin dihibahkan kepada isteri harta tersebut tertakluk kepada pembahagian harta pusaka sehinggalah isteri memohon HIBAH HASRAT melalui mahkamah syariah. Kalau penerima takde saksi, beliau perlu mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah dengan mengaku bahawa arwah suami beliau berhasrat memberikan rumah tersebut kepada beliau.

    Proses nak dapatkan PENGESAHAN HIBAH HASRAT ->

    Dan kalau nak dapatkan pengesahan hibah hasrat tersebut (suami tak sempat tukar nama, cuma baru cakap je kemudian meninggal dunia)...ia perlu melalui PROSES Permohonan Hibah Hasrat yang mana perlu melalui peguam syarie, kemudian di bawa ke mahkamah syariah, dan akan dibicarakan depan semua waris si mati dan keputusan HIBAH HASRAT tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah. Sekiranya keputusan tersebut SAH, ia perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi bergantung kepada nilai harta (dalam case nie adalah nilai rumah) tersebut.

    Sekiranya HIBAH HASRAT tersebut tidak sah, proses pembahagian harta pusaka terpakai pada harta tersebut.

  • RUMAH TERSEBUT MASIH LAGI ADA HUTANG - BOLEH HIBAHKAN DENGAN HIBAH BERSYARAT iaitu

    Dengan SYARAT setelah pemberi meninggal dunia (boleh refer kepada HIBAH Al-Ruqba) dan ada jaminan pihak ketiga yang akan melangsaikan hutang tersebut sekiranya pemilik harta tersebut meninggal dunia. Contoh MRTT atau MLTT (perlindungan takaful pada harta tersebut)

    Namun, proses hibah harta yang masih mempunyai hutang ini, memerlukan tambahan dokumen di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Terdapat beberapa syarikat pengurusan harta pusaka yang menawarkan khidmat ini dengan bayaran yang tertentu. Ini adalah untuk menguatkan "SYARAT HIBAH" tersebut sekiranya ada waris yang mencabar dalam proses pembahagian harta tersebut.


 2- APA ITU HIBAH BERSYARAT?

HIBAH BERSYARAT boleh digunakan untuk hibah hartanah (sama ada bercagar atau tidak), saham syarikat, saham unit amanah, akaun bank, kenderaan dan apa sahaja asset yang berharga. Untuk case soalan di atas, saya dah terangkan sebelum ini, iaitu, HARTA TERSEBUT AKAN DIHIBAHKAN KEPADA PENERIMA DENGAN SYARAT - PEMBERI MENINGGAL DUNIA dan perlu ada beberapa document sokongan untuk menguatkan proses hibah tersebut.

HIBAH BERSYARAT juga digunapakai dalam sijil takaful di mana, pampasan daripada perlindungan sijil takaful tersebut dihibahkan kepada "penama" melalui kaedah hibah bersyarat. Berbeza sekiranya pemegang sijil takaful tu letak penama sebagai wasi, penerima pampasan tersebut perlu membahagikan wang pampasan mengikut undang2 shariah (wasiat atau faraid).


Bila pemilik sijil takaful tu meletakkan nama pewaris dengan HIBAH BERSYARAT, sekiranya pemilik takaful tersebut meninggal dunia, semua wang pampasan kematian akan diberikan kepada penama (penerima hibah tadi) dan tiada boleh dicabar oleh mana2 undang bertulis di Malaysia nie, sebabnya ia ada dalam APKI 2013 

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (APKI 2013) iaitu HIBAH BERSYARAT..


JADUAL 10 [Seksyen 142], 
3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya. "

Jadi antara penyelesaian kepada persoalan di atas dengan lebih mudah dan praktikal....

Encik yang bertanya tadi boleh mengambil satu sijil takaful yang mungkin mempunyai nilai pampasan sama dengan nilai rumah, dan hibahkan kepada isteri. Ia lebih praktikal dan dan kos lebih rendah. Sebagai contoh tadi, kalau nak hibahkan rumah, kalau rumah tu berharga RM 500,000, beliau kena settlekan hutang RM 500,000 tu dahulu dan mungkin ambil masa sehingga 30 tahun...sedangkan untuk dapatkan plan takaful yang boleh dihibahkan kepada isteri untuk Pampasan RM 500,000...dan kalau umur dalam awal 30-an, sebulan hanya perlu mencarum dalam RM 180-200 sahaja. Ia lebih praktikal dan kos effective.

Sekian..

Aziz Riadi

Financial Coach
www.azizriadi.com
www.fb.me/abdazizriadi
Whatsapp : http://financialcoach.wasap.my



Artikel Tambahan Yang berkaitan Mengenai Hibah dan harta pusaka...Klik Sini dan Klik Sini



No comments:

Post a Comment