12 October 2017

MACAM MANA NAK MULAKAN TABIAT MENYIMPAN?

[ YANG SUSAH BUKAN NAK TAMBAH SIMPANAN, TAPI NAK KURANGKAN PERBELANJAAN.....KAN?? ]




So, macam mana buat?..


Saya bagi tips mudah..

+ Tuliskan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Kalau takde matlamat, kita susah nak dapatkan komitmen untuk adjust kita punya perbelanjaan.

+ Rancang, berapa kita perlu ada lebihan untuk laksanakan perancangan kita untuk capai matlamat kewangan tadi.

+ Senaraikan semua sumber income

+ Senaraikan semua sumber expenses

+ Senaraikan semua expenses "PERLU" yang agak2 terlalu tinggi dan mungkin patut dikurangkan. So, cari jalan untuk kurangkan untuk dapatkan lebihan income

+ Senaraikan semua expenses "KEHENDAK" yang boleh dikorbankan (dimansuhkan) untuk dapatkan lebihan income.

+ Tunda kehendak2 yang kita boleh tunda pada masa akan datang. Atau kurangkan harga kehendak tersebut kepada yang lebih kos effective.

+ Bila dah ada lebihan income, terus ikut perancangan yang dirancang pada awal tadi.

+ Semak dari semasa ke semasa pelaksanaan apa yang kita buat semua di atas.

So, akhir sekali, tanya diri anda....

Adakah anda berminat nak ubah tahap kewangan anda?...ATAU anda KOMITED untuk ubah tahap kewangan anda?..

Kalau anda hanya berminat, anda akan buat yang mudah2 sahaja, tapi kalau anda KOMITED, anda akan berusaha untuk buat apa yang perlu untuk capai matlamat kewangan anda...

Kalau anda komited nak belajar macam mana nak uruskan kewangan anda?..Boleh PM saya atau tulis sebarang persoalan di ruangan komen segera. In sha Allah saya akan berikan jawapan dan contoh penyelesaian.

Abd Aziz Riadi
Financial Coach
www.aarassociates.com
www.azizriadi.com

No comments:

Post a Comment