20 June 2018

4 FASA PENGURUSAN Harta Pusaka?

Harta Warisan


Alhamdulillah, sekarang nie ramai yang dah celik mata mengenai pengurusan harta pusaka. 

Kalau anda nak tahu, saya sendiri dulu memang jahil pasal hukum faraidh dan pembahagian harta pusaka nie. Sampaikan masa Arwah ayah saya meninggal dunia, Abg saya yang sulong ada bangkitkan issue pasal pembahagian harta pusaka, kami semua adik beradik macam pelik, kenapa macam kelam kabut sangat nak agih2 harta pusaka arwah?..

Adik beradik lain pun sama, sebab beranggapan bahawa mak saya masih ada lagi masa tu. Tapi, bila saya belajar pasal pengurusan harta pusaka nie, baru saya sedar...sebenarnya waktu terbaik untuk bincang pasal harta pusaka adalah malam pertama selepas arwah meninggal dunia...

Sebab apa?..Sebab, biasanya masa tu semua waris ada dan boleh bincang terus. Especially bab pembahagian sama ada nak ikut wasiat (kalau ada)...sama ada nak bagi sama rata atau nak ikut hukum faraidh sekiranya persetujuan wasiat tidak dicapai.


Tapi, kebanyakkan alasan orang kita, "Kubur masih merah lagi, kenapa nak sibuk2 cerita pasal harta pusaka....?"....banyak sangat tengok Drama Melayu nie...tapi, bila saya sendiri fikir berdasarkan pengalaman saya, memang bagus kalau segerakan....terutamanya bab persetujuan pembahagian.

So, artikel kali ni saya nak share ada 4 FASA untuk process pembahagian harta pusaka nie, untuk rujukan anda semua...

FASA 1

Masa hidup, seseorang individu tu yang dah bekerja, biasanya mula kumpul harta dan juga mula buat hutang untuk kumpul harta.

Masa fasa 1 ni, kena buat financial Planning.


FASA 2

Apabila meninggal dunia, ada beberapa perkara yang perlu diuruskan.

i- Uruskan jenazah

ii- Selesaikan hutang simati (hutang dengan Allah dan hutang dengan Manusia)...Hutang wajib dibayar walau pun tidak dituntut.

iii- Tunaikan wasiat sekiranya ada...

iv- Selesaikan harta pusaka mengikut hukum faraidh sekiranya tiada wasiat atau wasiat tidak mengikut hukum faraidh dan waris tidak bersetuju dengan wasiat yang dibuat.



FASA 3

Fasa ke-3 adalah fasa di mana harta pusaka hendak dibahagikan. Di mana, process untuk mendapatkan 2 benda utama..

i- Surat Pentadbiran (Letter of Administration) / Grant Probet

ii- Distribution Order (Perintah Pembahagian)

Masa nie la wasi perlu naik turun pejabat tanah atau mahkamah tinggi untuk dapatkan 2 document nie. Dan untuk harta yang lebih dari 2 juta dan tiada wasi di lantik, perlu dapatkan 2 bon penjamin yang mempunya harta yang nilainya sama atau lebih dari harta si mati.

So, agak2, kalau ada yang sanggup jadi penjamin, kena bayar tak kepada penjamin tu duit saguhati...

Kenapa perlukan penjamin yang ada duit atau harta sama atau lebih dari niolai harta pusaka, sebab kalau berlaku pecah amanah, wasi yang dilantik boleh didakwa dan penjamin perlu membayar kos pecah amanah tersebut. Ini utuk elakkan pecah amanah berlaku. Sebab harta banyak tu, takut ada yang gelap mata...


FASA 4

Fasa ke-4 adalah process untuk mencairkan asset. Iaitu tukar nama dan pindah milik. Jadi, lengkaplah process urusan harta pusaka tersebut.

KESIMPULANNYA..

Kalau anda lihat, kesemua Fasa memerlukan duit....

Fasa 2 walau pun dah meninggal dunia, pun perlukan duit utk uruskan jenazah, langsaikan hutang dan sebagainya...

Fasa 3, nak uruskan pembahagian, nak pegi turun naik pejabat tanah, kena amik cuti dan sebagainya..nak kumpul document, semua perlukan duit.


Fasa 4 pun perlukan duit nak tukar nama bagai...

Jadi, terpulang kepada anda....mungkin ada yang fikir...kalau macam tu, tak perlu la cari duit..sebab menyusahkan je bila dah meninggal dunia....betul juga pendapat tu, tapi, ada cara yang lebih mudah walau pun meninggal dunia ada duit, dengan uruskan duit semua tu masa kita hidup.

Itu sahaja...

Semoga bermanfaat. Kongsikan kepada rakan2 anda yang anda fikir mereka perlu tahu mengenai perkara ini..


#uruswanganda

Untuk anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, boleh click http://financialcoach.wasap.my


Aziz Riadi
www.azizriadi.com


HARTA PUSAKA - APA YANG KITA PERLU TAHU?

Harta Pusaka....



Ramai orang khususnya masyarakat Melayu Muslim, bila sebut harta pusaka je, macam-macam andaian berdasarkan ilmu yang ada pada seseorang tu. Ada yang betul, ada yang tak tepat dan ada yang langsung tak betul.

Saya nak kongsikan beberapa perkara yang penting berkenaan dengan harta pusaka.

1. HAK YANG ADA KE ATAS HARTA PUSAKA

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati (pemilik harta semasa hidup) tertakluk kepada hak-haknya...antaranya adalah..

i. Hutang

Harta pusaka milik si mati yang belum dibahagikan perlukan digunakan terlebih dahulu untuk membayar hutang si mati. Sebab hutang adalah wajib dibayar. Hutang dengan Allah...contoh kalau si mati belum menunaikan haji dan umrah. So, harta yang ditinggalkan perlu di digunakan untuk selesaikan hutang dengan Allah terlebih dahulu.

Selepas itu, hutang dengan manusia. Kalau ada semasa si mati hidup, beliau ada berhutang dengan sesiapa dan hutang tersebut masih belum selesai sampai lah si mati meninggal dunia, hutang tersebut wajib dibayar dan kalau simati ada meninggal harta pusaka, harta perlu digunakan untuk membayar hutang dahulu.

so, sebagai pengurus harta pusaka, jangan sesekali ambil mudah dengan gunakan harta pusaka sesuka hati. Kalau si mati ada hutang, kena uruskan hutang si mati dulu.


ii. Wasiat - waris dan bukan waris. (jika ada)

Kalau ada wasiat, lepas tolak hutang semua, kena uruskan wasiat si mati pulak. Kalau wasiat tersebut tak follow pembahagian ikut faraid, kena semak dulu dengan waris2 faraidh sama ada mereka setuju atau tidak dengan pembahagian tersebut. Kalau wasiat dah memang ikut faraidh, so, semua waris kena ikut la...

Untuk wasiat, 1/3 dari harta pusaka boleh diberikan kepada waris bukan faraidh...iaitu selain dari ibu, ayah, pasangan, anak, dan yang termaktub dalam hukum faraidh.

Sebagai contoh, si mati ada anak angkat...so, hanya 1/3 sahaja yang boleh diberikan kepada anak angkat tersebut. Tak boleh beri lebih. Kalau lebih, waris faraidh lain boleh bantah masa process pembahagian di pejabat tanah atau mahkamah tinggi.

Senan tu, bagus kalau masa hidup, panggil semua waris dan sebutkan wasiat tersebut depan waris supaya semua saksikan apa yang diwasiatkan.

Atau pun, kalau nak diberikan kepada waris bukan faraidh dan waris faraidh tak boleh nak challenge adalah dengan buat HIBAH TAKAFUL. So, settled problem...In sha Allah.


iii. Faraidh

Last sekali, bila wasiat takde, atau wasiat tak jumpa jalan persetujuan mungkin dalam pembahagian wasit tersebut ada waris faraidh yang tak puas hati disebabkan oleh tidak ikut hukum pembahagian faraidh....jadi kena settlekan process tuntutan tu. Sama ada di pejabat tanah untuk harta pusaka bawah RM 2 juta dan di mahkamah tinggi kalau harta pusaka lebih dari RM 2 juta.

Boleh tengok process kat bawah nie untuk dapatkan gambaran ringkas. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM saya di 019-323 2121.



Bila process pembahagian dah settled dan orang yang diamanahkan untuk urus tadbir harta pusaka tersebut dah ditentukan...baru la process mencairkan asset dan pembahagian boleh dilaksanakan.

Sebenarnya adalah sangat rugi kalau harta pusaka tidak dicairkan dimanfaatkan oleh waris. Sebab sumber harta pusaka boleh digunakan untuk menaikkan ekonomi waris dan seharusnya waris patut kembangkan lagi harta tersebut untuk generasi seterusnya dan bila harta berkembang, boleh juga digunakan untuk manfaat orang lain yang mungkin memerlukan...sebagai contoh boleh disedekahkan kepada orang susah, fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal yang susah dan mungkin orang2 tua yang sebatang kara.

Saya sendiri dulu ada pemikiran yang silap mengenai harta pusaka...kalau meninggal dunia sepatutnya urusan harta pusaka diselesaikan segera. Dan bukannya dibiarkan lama. Takut, lagi lagi, akan jadi lebih compilcated.

Sampai la saya belajar pasal pengurusan harta pusaka nie, saya lebih faham dan terbuka. Sekarang, tugas saya untuk berikan kesedaran mengenai process tersebut.

2. APA YANG WARIS KENA BUAT DENGAN HARTA PUSAKA

Bila dah dapat bahagian masing2....seharusnya harta tersebut diuruskan dengan baik. Dan bukanya digunakan untuk kemewahan yang boleh membawa kepada pembaziran.

Apa yang mungkin boleh dibuat adalah dengan gunakannya untuk tambah portfolio pelaburan, atau langsaikan hutang2 jahat dan kemudian fikirkan macam mana harta tersebut boleh bantu kita untuk dekatkan diri dengan Allah dengan membelanjakan harta pada jalan Allah.



3. BAGAIMANA NAK MUDAHKAN PROCESS PENGURUSAN HARTA PUSAKA


Untuk memudahkan process pengurusan harta pusaka, antara yang paling utama adalah melantik wasi, sama ada individu atau syarikat.

Tapi, kalau individu, takut kalau individu tersebut meninggal dunia tak sempat nak uruskan harta pusaka....kalau lantik syarikat, akan ada orang yang akan uruskan...


Bioleh juga kita lantik syarikat awam macam Amanah Raya Berhad sebagai wasi. Atau pun syarikat swasta macam As Salihin Trustee, Wassiyah Shoppe, dan macam2 lagi syarikat Trustee swasta yang ada.

Dan perlu diingat, untuk melantik wasi ni, terutamanya wasi syarikat, caj pengurusan akan dikenakan dan biasanya bergantung kepada jumlah harta pusaka yang ditinggalkan.

Dan selain tu, ia jugak ikut percentage (%) dari jumlah harta pusaka. Anda boleh semak dengan mereka sebab caj setiap syarikat adalah berbeza2. Dan ada had maxima pihak syarikat trustee boleh kenakan caj kepada pelanggan mereka.

Anda boleh semak dengan agent2 mereka yang sah.


Untuk dapatkan penjelasan mengenai process yang lebih details, boleh PM Saya di 019-323 2121.

4. APA KEBARANGKALIAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG DILAKUKAN DENGAN HARTA PUSAKA?



Ada beberapa kebarangkalian atau kemungkinan kesilapan yang dilakukan oleh pentadbir harta pusaka atau waris. Saya senaraikan yang biasa terjadi.


1) Duit EPF. 

Untuk si mati yang ada mencarum dalam EPF semasa hayat mereka. Biasanya, bila suami meninggal dunia, isteri si mati akan membuat tuntutan di KWSP untuk pengerluan perbelanjaan beliau dan anak2. Tapi, perlu di ingat, duit EPF bukan hak milik mutlak isteri. Ia adalah harta pusaka, walau pun sebagai penama nanti EPF akan keluarkan duit kepada isteri atau penama yang telah ditetapkan semasa si mati hidup...duit tersebut perlu dibahagian ikut wasiat ( sekiranya semua waris setuju) atau ikut faraidh kepada waris2 yang ada.

So, kalau isteri guna dulu dan tak declare semasa pembahagian harta pusaka, boleh jadi isteri termakan harta batil dan mungkin termakan atau terguna harta anak yatim. Jadi, bila termakan harta anak yatim nie, kita pun tahu apa hukumnya dari segi Islam kan?


2) Duit dalam bank dikeluarkan selepas meninggal dunia pakai ATM

Bila meninggal dunia, contoh suami....isteri tahu pin code ATM suami, beliau keluarkan duit untuk process urusan jenazah dan belanja selepas kematian....beliau kena declare balik berapa yang telah digunakan...tak boleh senyap2 je..sebab selepas meninggal dunia, semua harta yang atas nama suami, akan jadi harta pusaka dan tertakluk kepada hukum faraidh. So, jangan suka2 guna senyap2...

3) Waris berlapis..

Bila harta pusaka tidak dilaksanakan dengan segera, menyebabkan waris yang patut dapat harta pusaka lapisan asal, meninggal dunia dan meninggalkan waris yang lebih banyak. So, process pembahagian akan jadi lebih complicated dan mungkin memakan kos lebih tinggi.


4) Waris pecah amanah

Waris yang dipertanggungjawabkan untuk uruskan harta anak2 yatim pecah amanah dan salah guna harta tersebut untuk kegunaan sendiri. Yang ni, banyak jugak terjadi, sebab tu Allah berikan amaran akan membalas di akhirat dengan balasan yang berat untuk2 orang2 yang makan harta anak yatim.

5) Hibah Verbal

Ada yang buat HIBAH secara verbal, takde saksi, dan hanya bagitau si mati ada hasrat berikan harta pusaka secara hibah, dan tiada sebarang document sokongan, menyebabkan waris lain bergaduh dan mungkin boleh sampai tahap putus saudara....yang ini pun banyak berlaku.

6) Penipuan / Pemalsuan document


Ada kes saya pernah jumpa, ada pemalsuan document. Biasa terjadi untuk case anak angkat tapi dalam IC ikut nama ayah angkat. Sebab kalau dulu2, sistem JPN tak macam sekarang, sekarang ni procedure dah sangat ketat kalau kes anak angkat. So, tak boleh letak nama ayah angkat. Tapi, dulu saya pernah ada jumpa case di mana si mati adalah anak angkat, tapi dalam IC nama ayah si mati adalah nama ayah angkat. Jadi, si mati meninggal dunia, abg angkat si mati buat tuntutan sebagai wakil waris, tapi akhirnya beliau buat penipuan. Mujurlah anak saudara si mati pantas buat laporan polis dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang abg angkat si mati menguruskan semua process permohonan pembahagian harta pusaka tersebut.

7) Campur tangan bukan waris 

Kekadang yang waris nie rileks je, tapi yang bukan waris pulak yang lelebih. Mungkin ada kepentingan. Jadi, itu yang berlaku salah faham, pergaduhan dan sebagainya.

Contoh...si mati meninggal dunia (katakan lelaki)...meninggalkan seorang isteri, ibu, ayah, anak lelaki dan anak perempuan.

Si ayah dan si Ibu nak berikan haknya kepada cucu2 arwah...tapi oleh kerana adik beradik arwah ni ada yang terdesak perlukan duit, dan beliau tahu bahawa ibu dan ayah beliau boleh dapat duit terpijak (harta pusaka arwah anak mereka)...so, adik beradik yang terdesak duit nie mula himpit ayah dan ibu beliau untuk dapatkan hak harta pusaka arwah....macam2 boleh berlaku..



8) Harta Pusaka Business 


Process ambil alih share syarikat biasanya akan jadi masalah kalau salah seorang director meninggal dunia dan waris si mati pulak tetiba ada share dalam syarikat dan kena pulak tak sekepala...dah jadi masalah dalam pentadbiran syarikat. So, kalau takde proper real estate management dari awal...mungkin akan menjadikan ia lebih rumit dan melalui process yang panjang.

9) Waris tak bagi kerjasama


Bila process pembahagian harta pusaka nak dibuat, perlu dapat kerjasama waris untuk bicara / suluh di pejabat tanah atau mahkamah. So, kalau ada waris yang tak bagi kerjasama, memang susah la..maybe amik masa bertahun2 tak settle.

So, ini antara sebahagian perkongsian pengalaman saya dalam mengendalikan case2 yang berkaitan dengan harta pusaka, takaful, hibah dan sebagainya.


Semoga beri manfaat kepada anda semua.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh tinggalkan soalan di ruangan comment atau PM whatsapp di http://financialcoach.wasap.my


Aziz Riadi
Shariah RFP
Muqmeen Group

Kembali ke Page Harta Pusaka : http://www.azizriadi.com/2016/10/hibah-dan-harta-pusaka.html

10 June 2018

BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA.

Beza antara pentadbir harta, pemegang amanah dan wakil kuasa yang anda harus tahu

Ramai yang keliru tentang istilah 


  • Pentadbir Harta, 
  • Pemegang Amanah dan 
  • Wakil Kuasa (Power of Attorney).
Ketiga-tiganya mungkin nampak macam sama, tetapi hakikatnya ia berbeza dari segi maksud dan perlaksanaannya.
Kali ini saya ingin kongsikan apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah tersebut supaya masyarakat tidak lagi keliru dan faham akan kedudukannya.

A. PENTADBIR HARTA


Sumber Gambar : http://esquire.co.id

#1 Apa itu pentadbir harta?

Pentadbir harta merujuk kepada seseorang atau satu pihak yang dilantik sama ada oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup tetapi hanya berkuatkusa setelah beliau meninggal dunia kelak, atau dilantik oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk mentadbir dan menguruskan harta tuan tanah tersebut setelah beliau meninggal dunia bagi pihak waris simati atau pihak-pihak tertentu, sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, sehingga harta tersebut diserahkan secara sah berdasarkan undang-undang kepada waris-waris atau pihak-pihak tersebut.
#2 Kenapa Pentadbir Harta dilantik?
Biasanya Pentadbir Harta dilantik sekiranya semasa simati meninggal dunia terdapat waris-waris beliau yang masih bawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta atau harta tersebut terdapat sesuatu sekatan tertentu yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada waris atau pihak-pihak tertentu.
#3 Apa kedudukan Pentadbir Harta?
Kedudukan pentadbir harta hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.
#4 Apa hak Pentadbir Harta?
Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut. Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut, melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.
#5 Siapa yang boleh dilantik menjadi Pentadbir Harta?
Pentadbir Harta boleh dilantik sama ada di kalangan waris si mati itu sendiri atau pihak-pihak lain yang difikirkan sesuai oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, misalnya Amanah Raya Berhad.
#6 Berapa ramai Pentadbir Harta boleh dilantik?
Pentadbir Harta boleh dilantik lebih daripada seorang dan boleh digantikan dengan pentadbir harta lain sekiranya pentadbir harta itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah.

B. PEMEGANG AMANAH

Trust-Deed 

Sumber Gambar : http://sortmydebt.co.uk

#1 Apa itu Pemegang Amanah?

Pemegang Amanah adalah seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup dan akan berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja pelantikan pemegang amanah dibuat.
#2 Siapa yang melantik Pemegang Amanah?
Kebiasaannya Pemegang Amanah dilantik oleh tuan tanah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab bagi pihak tuan tanah atau bagi pihak orang lain yang berkepentingan dengan tanah tersebut.
#3 Kenapa Pemegang Amanah dilantik?
Misalnya Pemegang Amanah boleh dilantik sekiranya tuan tanah ingin menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya yang bawah umur atau pihak-pihak lain yang tidak layak dari segi undang-undang untuk memiliki harta tersebut, misalnya seseorang yang cacat dan sebagainya.
Pemegang Amanah juga boleh dilantik untuk tujuan menguruskan dan memegang amanah bagi pihak orang lain yang mempunyai hak pemilikan dan kepentingan terhadap tanah tersebut tetapi hak pemilikan tersebut tidak dapat didaftarkan di dalam geran akibat kekangan undang-undang dan sebagainya. Misalnya 5 orang pembeli dikalangan adik beradik atau rakan rapat berkongsi duit beli tanah pertanian berkeluasan 1 ekar untuk tujuan sama-sama uruskan urusan pecah lot. Memandangkan terdapat kekangan dari segi undang-undang yang mensyaratkan tanah pertanian hanya boleh dipindahmilikkan kepada satu nama sahaja untuk setiap 1 ekar, maka hanya salah seorang di kalangan 5 orang pembeli tersebut akan didaftarkan namanya di dalam geran. Dan 4 orang pembeli yang lain akan melantik pembeli yang namanya didaftarkan dalam geran tadi sebagai Pemegang Amanah sebagai instrument sementara sebelum geran individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindahmilik dibuat daripada pemegang amanah kepada pemberi amanah.
#4 Bagaimana nak pastikan Pemegang Amanah itu sah?
Untuk mewujudkan ikatan Pemegang Amanah yang sah, satu surat cara Ikatan Amanah akan ditandatangani oleh pemberi amanah dan pemegang amanah. Surat Ikatan Amanah tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah. Untuk melindungi hak dan kepentingan pemberi amanah atau pihak yang berkepentingan melalui Ikatan Amanah tersebut, mereka boleh memohon Pentadbir Tanah memasukkan Kaveat Amanah ke atas tanah tersebut.
#5 Apa kuasa Pemegang Amanah?

 Sama seperti Pentadbir Harta, Pemegang Amanah juga tidak ada hak dan kuasa penuh terhadap hartanah tersebut. Ertinya Pemegang Amanah tidak boleh sewenang wenangnya menjual atau memindahmilikkan tanah tersebut kepada pihak-pihak lain melainkan dengan persetujuan daripada pemberi amanah itu sendiri.

C. WAKIL KUASA

#1 Apa itu wakil kuasa?

Wakil kuasa adalah seseorang yang dilantik oleh tuan tanah sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan sesuatu perkara atau tanggungjawab tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh tuan tanah tersebut berkenaan dengan tanahnya itu.
#2 Apa kuasa wakil kuasa?
Wakil kuasa boleh mempunyai kuasa penuh (full power of attorney) atau terhad (limited power of attorney) bergantung kepada setakat mana kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

#3 Apa kedudukan wakil kuasa? 

Kedudukan wakil kuasa ini adalah sama seperti seolah-olah dia adalah tuan tanah itu sendiri, tertakluk kepada kuasa kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

#4 Bagaimana nak pastikan wakil kuasa itu sah?

Untuk mewujudkan ikatan wakil kuasa ini, satu Surat Wakil Kuasa akan ditandatangani oleh tuan tanah dan wakil kuasa dan ianya hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah berkenaan. Wakil kuasa akan terikat untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pihak tuan tanah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.

#5 Boleh ke kuasa wakil dibatalkan?

Kuasa-kuasa tadi boleh dibatalkan atau ditarik balik bergantung kepada jenis kuasa yang diberikan kepadanya. Wakil kuasa yang boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Revocable Power of Attorney, manakala Wakil kuasa yang tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Irrevocable Power of Attorney.

#6 Apa hak wakil kuasa?

Tidak seperti Pentadbir Harta dan Pemegang Amanah, Wakil Kuasa mempunyai hak dan kuasa sama seperti hak dan kuasa tuan tanah ke atas tanah tersebut. Ertinya jika tuan tanah memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk menjual dan memindahmilkkan tanah tersebut kepada pihak lain, maka wakil kuasa tadi mempunyai kuasa tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Wakil Kuasa.
Kesimpulannya,
Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Walaupun kelihatan sama antara satu sama lain, dari segi konsep dan perlaksanaannya amat berbeza.
Justeru masyarakat perlu faham tentang perbezaan tersebut supaya tidak keliru dan dapat mengelakkan penyelewengan yang boleh berlaku melalui kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.
Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor

Kembali ke Page Hibah dan Harta Pusaka : http://www.azizriadi.com.my/2016/10/hibah-dan-harta-pusaka.html

06 June 2018

Pengurusan HIBAH dan kaedah pelaksanaan secara praktikal


Alhamdulillah, sekarang ni ramai yang dah terbuka minda dan ambil tahu pasal hibah. Semenjak ramai pihak yang mula buat kempen kesedaran mengenai HIBAH nie.

Tapi, apa yang anda kena tahu lagi pasal HIBAH ni...ia perlu diuruskan mengikut jenis2nya.

1) HIBAH MUTLAK

Sekiranya anda ingin buat hibah mutlak, hibah yang dibuat semasa pemberi hidup kepada penerima. Anda perlu laksanakan dengan sempurna. Iaitu dengan buat penyerahan atau tukar hakmilik.

Sebagai contoh, kalau nak hibahkan rumah dari suami kepada isteri atau anak, kena buat buat pindah milik harta di pejabat tanah bahagian pindah milik. Anda boleh pergi ke pejabat tanah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat mengenai pindah milik harta tersebut. Sama ada rumah atau tanah. Tapi, harta tersebut mesti lah sudah jadi hakmilik mutlak anda, dan bukannya masih ada loan. Sebab kalau masih ada loan, harta tersebut masih milik bank / financier dan bukan milik kita lagi dan kita tak boleh simply berikan pada orang (hibahkan).

Kalau kereta atau motor, kena la pergi JPJ untuk penukaran nama pemilik. Kenapa kena buat semua ni masa hidup. Sebab kalau tidak, hibah yang dibuat boleh di cabar di mahkamah dan mungkin menyebabkan hibah tersebut tidak dapat dibuat disebabkan harta tersebut jadi harta pusaka. 

Macam mana boleh jadi macam tu?..Simple sahaja. Saya bagi anda konsep mudah sama ada harta tersebut under HIBAH ( tidak perlu dibahagikan ikut pembahagian harta pusaka.

1- Masa hidup, harta tersebut atas nama siapa?

2- Bila si mati meninggal dunia, harta tersebut atas nama siapa?

Contoh :

Encik Mat  ada beberapa 3 buah rumah. Bila Encik Mat  meninggal dunia, ketiga-tiga rumah tersebut, masih lagi atas nama si mati iaitu Arwah Mat . Jadi rumah tersebut adalah harta pusaka dan tertakluk kepada wasiat dan hukum faraid.

Tapi, katakan 2 buah rumah masih nama Arwah, satu rumah dah pindah milik kepada isteri beliau semasa hidup dan bila meninggal dunia, rumah tersebut yang sebiji tu atas nama isteri. Jadi, yang satu tu tak termasuk sebagai harta pusaka. Sebab dah jadi milik orang lain. Bukan milik si mati lagi dah.

So, sifir yang paling mudah....nak tahu harta tersebut kena ikut faraid atau hibah..

1- Masa hidup nama siapa?..katalah nama Encik Mat

2- Masa Arwah Encik Mat meninggal dunia, harta tu nama siapa?..katakanlah nama Encik Mat...(harta tersebut adalah harta pusaka)...dan tertakluk kepada undang2 harta pusaka.

Tapi, macam mana kalau Encik Mat ada buat wasiat hibah bersyarat? (iaitu syaratnya...harta tersebut akan dipindah milik setelah beliau meninggal dunia)...?


Betul..harta tersebut mungkin boleh dihibahkan, tapi ia tetap melalui process pembahagian harta pusaka. Dan pihak penerima harta tersebut perlu mendapatkan pengesahan hibah dari Mahkamah syariah melalui peguam. Kalau mahkamah sahkan dan putuskan bahawa hibah itu sah, tiada bantahan dari waris2 yang lain, jadi harta tersebut akan dikeluarkan dari senarai harta pusaka. Kalau mahkamah tak sahkan dan putuskan hibah tersebut sah. Ia tetap masuk under harta pusaka.


2) HIBAH HASRAT

Pengurusan Hibah Hasrat...yang ini biasa ada pihak yang menawarkan perkhidmatan hibah untuk harta yang masih milik pemberi dan akan dipindahkan selepas si mati meninggal dunia. 

Ada juga kes yang harta masih lagi dalam loan. Secara atas kertas memang boleh dibuat hibah macam nie, tapi macam yang saya sebutkan kat atas tadi....siapa nama pada harta tersebut setelah si mati meninggal dunia?..Kalau nama si mati, ia tetap jadi harta pusaka, waris lain boleh cabar di mahkamah...dan pengesahan hibah pelru dibuat di mahkamah syariah dengan pihak mahkamah akan panggil semua waris untuk pengesahan hibah hasrt tersebut. Kalau ada yang tak puas hati, masa tu mereka akan cabar dan perbicaraan akan dilakukan...dan akhir sekali, pihak mahkamah syariah yang akan menentukan sama ada hibah hasrat tersebut sah atau tidak.

Ada sebab kenapa ada yang buat hibah macam nie...sebab utamanya adalah macam nie..

Katakan si bapa dah hibahkan rumah pada anak mereka (pindah milik)...sekali bila rumah tu dah jadi milik anak dia, anak dia boleh  cagarkan kat bank...Then amik duit loan. 

Masalah bila anak beliau tak dapat nak bayar hutang, bank berhak untuk lelong...then bila kena lelong, sesilap ayah tadi terpaksa keluar dari rumah tersebut...bukankah ia amat menyedihkan. Itu sebab kekadang ramai yang tak buat hibah mutlak takut si penerima tak hargai pemberian si pemberi hibah.

Untuk process pengesahan hibah hasrat, boleh rujuk diagram di bawah.




3- HIBAH BERSYARAT (TAKAFUL)

Hibah jenis ini ada akta tersendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. So, untuk case ini, ia tidak boleh di cabar di mahkamah. Maksudnya, kalau lah si mati dah namakan penama (penerima hibah takaful) dalam sijil mereka. Once pampasan kematian tersebut dikeluarkan oleh pengendali takaful, duit pampasan tersebut akan jadi hak mutlak penerima pampasan tersebut. Jadi, tiada issue waris lain tidak puas hati dan sebagainya.

Cara ini lebih mudah dan cepat untuk membantu mempercepatkan lagi process pembahagian harta pusaka.

Sebab perlu diingat, kalau anda lihat pada diagram flow di atas, untuk dapatkan surat kuasa tadbir pun perlu lalui beberapa process...dan process tersebut semestinya memerlukan masa dan duit untuk diuruskan. Jadi, kalau semua harta dah beku, waris takde duit nak uruskan, itu kadang2 menyebabkan harta simati terus bekui di Amanah Raya dan tidak dapat dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Jadi, adalah sangat bagus dan disarankan untuk setiap ketua keluarga mempunyai plan hibah bersyarat atau takaful ini bagi memudahkan dan mempercepatkan process pembahagian harta pusaka. Jadi, kalau anda adalah suami, isteri dan anak2 boleh terus kehidupan dengan lebih baik disebabkan tidak mengalami kejutan disebabkan oleh tidak ada sumber pendapatan setelah ketua keluarga meninggal dunia.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua. 

#hibah
#hibahtakaful
#uruswanganda

Follow fb @azizriadi

Untuk maklumat lanjut atau khidmat nasihat percuma boleh click http://hartapusakadanhibah.wasap.my

- AAR -