06 June 2018

Pengurusan HIBAH dan kaedah pelaksanaan secara praktikal


Alhamdulillah, sekarang ni ramai yang dah terbuka minda dan ambil tahu pasal hibah. Semenjak ramai pihak yang mula buat kempen kesedaran mengenai HIBAH nie.

Tapi, apa yang anda kena tahu lagi pasal HIBAH ni...ia perlu diuruskan mengikut jenis2nya.

1) HIBAH MUTLAK

Sekiranya anda ingin buat hibah mutlak, hibah yang dibuat semasa pemberi hidup kepada penerima. Anda perlu laksanakan dengan sempurna. Iaitu dengan buat penyerahan atau tukar hakmilik.

Sebagai contoh, kalau nak hibahkan rumah dari suami kepada isteri atau anak, kena buat buat pindah milik harta di pejabat tanah bahagian pindah milik. Anda boleh pergi ke pejabat tanah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat mengenai pindah milik harta tersebut. Sama ada rumah atau tanah. Tapi, harta tersebut mesti lah sudah jadi hakmilik mutlak anda, dan bukannya masih ada loan. Sebab kalau masih ada loan, harta tersebut masih milik bank / financier dan bukan milik kita lagi dan kita tak boleh simply berikan pada orang (hibahkan).

Kalau kereta atau motor, kena la pergi JPJ untuk penukaran nama pemilik. Kenapa kena buat semua ni masa hidup. Sebab kalau tidak, hibah yang dibuat boleh di cabar di mahkamah dan mungkin menyebabkan hibah tersebut tidak dapat dibuat disebabkan harta tersebut jadi harta pusaka. 

Macam mana boleh jadi macam tu?..Simple sahaja. Saya bagi anda konsep mudah sama ada harta tersebut under HIBAH ( tidak perlu dibahagikan ikut pembahagian harta pusaka.

1- Masa hidup, harta tersebut atas nama siapa?

2- Bila si mati meninggal dunia, harta tersebut atas nama siapa?

Contoh :

Encik Mat  ada beberapa 3 buah rumah. Bila Encik Mat  meninggal dunia, ketiga-tiga rumah tersebut, masih lagi atas nama si mati iaitu Arwah Mat . Jadi rumah tersebut adalah harta pusaka dan tertakluk kepada wasiat dan hukum faraid.

Tapi, katakan 2 buah rumah masih nama Arwah, satu rumah dah pindah milik kepada isteri beliau semasa hidup dan bila meninggal dunia, rumah tersebut yang sebiji tu atas nama isteri. Jadi, yang satu tu tak termasuk sebagai harta pusaka. Sebab dah jadi milik orang lain. Bukan milik si mati lagi dah.

So, sifir yang paling mudah....nak tahu harta tersebut kena ikut faraid atau hibah..

1- Masa hidup nama siapa?..katalah nama Encik Mat

2- Masa Arwah Encik Mat meninggal dunia, harta tu nama siapa?..katakanlah nama Encik Mat...(harta tersebut adalah harta pusaka)...dan tertakluk kepada undang2 harta pusaka.

Tapi, macam mana kalau Encik Mat ada buat wasiat hibah bersyarat? (iaitu syaratnya...harta tersebut akan dipindah milik setelah beliau meninggal dunia)...?


Betul..harta tersebut mungkin boleh dihibahkan, tapi ia tetap melalui process pembahagian harta pusaka. Dan pihak penerima harta tersebut perlu mendapatkan pengesahan hibah dari Mahkamah syariah melalui peguam. Kalau mahkamah sahkan dan putuskan bahawa hibah itu sah, tiada bantahan dari waris2 yang lain, jadi harta tersebut akan dikeluarkan dari senarai harta pusaka. Kalau mahkamah tak sahkan dan putuskan hibah tersebut sah. Ia tetap masuk under harta pusaka.


2) HIBAH HASRAT

Pengurusan Hibah Hasrat...yang ini biasa ada pihak yang menawarkan perkhidmatan hibah untuk harta yang masih milik pemberi dan akan dipindahkan selepas si mati meninggal dunia. 

Ada juga kes yang harta masih lagi dalam loan. Secara atas kertas memang boleh dibuat hibah macam nie, tapi macam yang saya sebutkan kat atas tadi....siapa nama pada harta tersebut setelah si mati meninggal dunia?..Kalau nama si mati, ia tetap jadi harta pusaka, waris lain boleh cabar di mahkamah...dan pengesahan hibah pelru dibuat di mahkamah syariah dengan pihak mahkamah akan panggil semua waris untuk pengesahan hibah hasrt tersebut. Kalau ada yang tak puas hati, masa tu mereka akan cabar dan perbicaraan akan dilakukan...dan akhir sekali, pihak mahkamah syariah yang akan menentukan sama ada hibah hasrat tersebut sah atau tidak.

Ada sebab kenapa ada yang buat hibah macam nie...sebab utamanya adalah macam nie..

Katakan si bapa dah hibahkan rumah pada anak mereka (pindah milik)...sekali bila rumah tu dah jadi milik anak dia, anak dia boleh  cagarkan kat bank...Then amik duit loan. 

Masalah bila anak beliau tak dapat nak bayar hutang, bank berhak untuk lelong...then bila kena lelong, sesilap ayah tadi terpaksa keluar dari rumah tersebut...bukankah ia amat menyedihkan. Itu sebab kekadang ramai yang tak buat hibah mutlak takut si penerima tak hargai pemberian si pemberi hibah.

Untuk process pengesahan hibah hasrat, boleh rujuk diagram di bawah.




3- HIBAH BERSYARAT (TAKAFUL)

Hibah jenis ini ada akta tersendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. So, untuk case ini, ia tidak boleh di cabar di mahkamah. Maksudnya, kalau lah si mati dah namakan penama (penerima hibah takaful) dalam sijil mereka. Once pampasan kematian tersebut dikeluarkan oleh pengendali takaful, duit pampasan tersebut akan jadi hak mutlak penerima pampasan tersebut. Jadi, tiada issue waris lain tidak puas hati dan sebagainya.

Cara ini lebih mudah dan cepat untuk membantu mempercepatkan lagi process pembahagian harta pusaka.

Sebab perlu diingat, kalau anda lihat pada diagram flow di atas, untuk dapatkan surat kuasa tadbir pun perlu lalui beberapa process...dan process tersebut semestinya memerlukan masa dan duit untuk diuruskan. Jadi, kalau semua harta dah beku, waris takde duit nak uruskan, itu kadang2 menyebabkan harta simati terus bekui di Amanah Raya dan tidak dapat dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Jadi, adalah sangat bagus dan disarankan untuk setiap ketua keluarga mempunyai plan hibah bersyarat atau takaful ini bagi memudahkan dan mempercepatkan process pembahagian harta pusaka. Jadi, kalau anda adalah suami, isteri dan anak2 boleh terus kehidupan dengan lebih baik disebabkan tidak mengalami kejutan disebabkan oleh tidak ada sumber pendapatan setelah ketua keluarga meninggal dunia.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua. 

#hibah
#hibahtakaful
#uruswanganda

Follow fb @azizriadi

Untuk maklumat lanjut atau khidmat nasihat percuma boleh click http://hartapusakadanhibah.wasap.my

- AAR -


No comments:

Post a Comment