26 July 2018

MRTA atau MLTA : MANA SATU LEBIH BAGUS?

Kisah pengalaman sahabat FB saya berkongsi mengenai CLAIM MRTA arwah kepada abang beliau. Mungkin kita boleh dapat sedikit idea mengenai mana yang bagus dan mana yang kurang bagus dan bagaimana kita sesuaikan dengan matlamat kewangan kita.



IMG_1864


IMG_1865

Kepada anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma secara face to face atau online. Boleh click http://financialcoach.wasap.my

#uruswanganda
#financialplanning


25 July 2018

MRTA dan MLTA - KEPERLUAN DALAM PELABURAN HARTANAH

MRTA and MLTA.001

Kesedaran membeli hartanah sama ada untuk kegunaan sendiri (duduk sendiri) dan juga investment nampaknya semakin meningkat dikalangan orang Melayu ....itu satu petanda yang bagus pada saya...

Dan, dalam kita sibuk membina aset khususnya dalam hartanah, dan kita tahu hartanah memerlukan dana yang agak besar untuk kita beli, dan biasanya orang ramai akan gunakan kemudahan pembiayaan kewangan (loan rumah / hartanah) untuk memiliki hartanah.

Jadi, bila sebut pasal loan je, kita tahu ia adalah komitmen jangka panjang dan bila jangka panjang, sudah tentu apa yang berlaku pada masa hadapan kita tak boleh nak jangkakan secara tepat. Maksudnya saya kat sini adalah dari segi risiko...

Straight to the point...

Beli hartanah dengan kemudahan pinjaman kewangan...dan ia adalah komitmen jangka panjang. Dan risiko pada masa hadapan kita tak boleh nak jangka, tapi kita boleh buat perancangan atau persediaan dari segi pengurusan risiko.

Antara tools kewangan yang anda boleh gunakan adalah 

1- MRTA / MRTT (Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful)
2- MLTA / MLTT (Mortgage Level Term Assurance / Takaful) - Life Insurance or Life Takaful


Sebagai contoh...

Kita buat loan, 30 tahun, adakah kita boleh jamin kita boleh bayar sepanjang tempoh tersebut tanpa sebarang risiko?..sebenarnya ada beberapa kerisauan yang harus anda fikirkan...iaitu...

  • Apa jadi kalau kita tak mampu nak bayar pinjaman disebabkan oleh masalah kesihatan (mungkin akibat risiko penyakit kritikal) yang mana menyebabkan kita tak mampu bekerja? Bila tidak bekerja, menyebabkan kita hilang punca pendapatan dan akhirnya tak mampu nak bayar loan rumah tadi.
  • Apa jadi, kalau kita tak mampu bayar balik pinjaman disebabkan oleh risiko lumpuh kekal keseluruhan (mungkin akibat penyakit atau pun kemalangan)?
  • Apa jadi kalau kita tak sempat nak bayar habis disebabkan risiko kematian? Siapa yang akan sambung bayar loan rumah tersebut?...dan kalau tak bayar, apa jadi dengan rumah tersebut?

Ini antara cabaran yang biasa dihadapi bagi seseorang yang buat loan untuk beli hartanah.

Jadi, apa pilihan yang kita ada untuk mengurangkan risiko tidak dapat bayar balik pinjaman rumah tersebut?


  • Untuk risiko sakit kritikal, antara tools kewangan yang kita boleh consider adalah plan takaful / insurance yang cover sekiranya disahkan mengidap sakit kritikal. Jadi, kita mencarum dalam takaful atau beli plan insurance yang cover sakit kritikal...yang amountnya sama dengan loan rumah tersebut. Then, ada 2 options kalau berlaku risiko sakit kritikal.
+ Option 1 : Dapat duit pampasan, terus bayar baki hutang / loan

+ Option 2 : Bayar pakai duit dividen hasil pelaburan dari duit pampasan yang diterima tadi. 

Step pertama, dapat je claim, terus masukkan duit claim tu dalam tabung haji atau ASB..yang boleh bagi dividen consistent dalam 6% hingga 7% setiap tahun depan nilai pokok (principle) dijamin oleh kerajaan.

Step kedua, baki loan tadi tu, buat refinance untuk dapatkan bayaran bulanan lebih rendah. Contoh...katakan loan amount RM 500,000....lepas 5 tahun, maybe loan tinggal 457,000...jadi, bayaran bulanan asal dalam RM 2,552 sebulan, then lepas refinance maybe jadi RM 2,331 sebulan.

So, kalau kita kira dividen ASB pulak katakan 6.5% setahun...500,000 (duit pampasan sakit kritikal)...RM 32,500 setahun atau RM 2,708 sebulan. Jadi, masih ada lebihan dalam RM 377 sebulan.

  • Untuk risiko lumpuh kekal keseluruhan (TPD) akibat penyakit contoh stroke atau disebabkan oleh kemalangan...boleh gunakan MRTA atau MLTA untuk dijadikan sebagai backup dari segi kewangan. So, kalau terjadi je lumpuh kekal keseluruhan, boleh gunakan duit pampasan untuk bayar semual baki loan rumah tersebut. Tapi, dengan syarat, orang yang lumpuh tersebut ada sumber lain untuk cover kos sara hidup (ubat, susu, makanan khas sebab lumpuh) dan sebagainya yang berkaitan.
  • Untuk risiko kematian pula, sama macam TPD, so, boleh gunakan policy MRTA atau MLTA sebagai backup untuk bayar loan atau baki hutang rumah tersebut. Jadi, kalau ada waris (Isteri dan anak2)...mereka boleh tinggal dalam rumah tersebut dan tak perlu nak fikir bayar loan hutang kat bank.

Mana satu yang ok antara MRTA atau MLTA?..

Anda click link nie (MRTA vs MLTA) untuk tahu lebih mendalam mengenai beza antara MRTA dan MLTA dan bagaimana dari segi applikasi (macam mana nak guna sekiranya memerlukan protection).

Untuk info lanjut dan maklumat percuma, boleh click link http://financialcoach.wasap.my 



16 July 2018

12 July 2018

KESAN KEWANGAN SELEPAS MENGIDAP SAKIT KRITIKAL

Baca bagi hadam, mudah2an anda faham dan ambil tindakan...

Saya berpengalaman menguruskan tuntutan yang melibatkan penyakit kritikal iaitu kanser.

Kisahnya begini....seorang wanita dalam pertengahan 40-an....

Pada mulanya, memang takde siapa yang sedar atau tahu macam mana client saya ni boleh kena cancer. Cuma, bila ada tanda2 ketumbuhan, bila jumpa Doktor pakar, buat biopsy test memang sel cancer...

Then, Doktor advice terus kena buat rawatan segera dan saya pun buat claim apa yang perlu dan claim tersebut lulus. Masa tu kat Hospital Pakar Ampang Puteri.

So, sepanjang dalam proses berubat tu, memang terpaksa cuti lama / panjang. Nasib baik majikan (lawyer firm) baik hati, cuti panjang cuma gaji ada impact sikit, tapi tak kena buang kerja. Then lepas habis rawatan, Alhamdulillah, keadaan semakin baik (tak fully recover)...tapi dah boleh datang office buat kerja ringan.

Tapi, ada case pulak, yang lepas detect kena cancer, sel cancer sangat cepat merebak dan lepas buat kimoterapi pun masih tak ok....then, masa tu keadaan makin lama makin teruk. Duit simpanan pulak cepat je menyusut....sebab dah sakitkan?, dah tentu perlu dapatkan rawatan segara, duit dah jadi perkara kurang utama untuk disimpan masa tu. Fikir pasal kesihatan dan duit simpanan memang banyak digunakan untuk tampung kos perbelanjaan harian.

Ini case kalau kerja makan gaji. Tapi, kalau golongan professional...macam mana?..

Katakan seorang Doktor (dalam statistik claim sakit kritikal yang saya tunjuk dalam video nie, adalah Doktor dan antara yang membuat tuntutan tertinggi setakat ni)...

Sebagai contoh

Kalau Doktor Pakar Bedah yang kena sakit kritikal, katakan sakit cancer..pada saat beliau disahkan sakit sahaja, beliau perlu mendapatkan rawatan dan sudah tentu akan mengganggu jadual tugas beliau.

Tapi, apa yang saya nak tekankan...kalaulah Doktor tu terus tak boleh nak perform kerja dia....adakah anak dia (yang mungkin baru habis sekolah menengah) atau isteri beliau yang mungkin hanya suri rumah atau bukan Doktor yang setara dengan beliau....dapat menggantikan tempat Doktor tersebut dan supaya pihak hospital dapat terus membayar gaji atau elaun atau fee sama macam ayah beliau dulu?..

So, sebagai Doktor, risiko penyakit tetap ada....dan sebagai professional lain, pun sama....jadi, rancanglah kewangan anda agar ia tidak membebankan orang lain khususnya orang yang paling kita sayang...

Untuk pertanyaan lanjut boleh click http://financialcoach.wasap.my





#uruswanganda
#medicalfund
#backupplan
#hibah
#replacementofincome

- AAR -
www.azizriadi.com

1681 ORANG CLAIM SAKIT KRITIKAL SEPANJANG TAHUN 2017


NAK TAHU BERAPA ORANG YANG CLAIM SAKIT KRITIKAL TAHUN LEPAS?

JANUARY - DECEMBER 2017

Tengok Video nie sampai habis.





Mungkin ramai antara kita berpengalaman melihat orang di sekeliling kita diuji dengan penyakit kritikal. Dan mungkin ada juga yang memang mengalaminya sendiri...

Daripada statistik tuntutan sakit kritikal nie, anda boleh lihat...penyakit apa yang paling tinggi claim dan umur berapa yang paling ramai berisiko kena penyakit kritikal nie.

Kita memang tak boleh nak elak kalau penyakit tu ditakdirkan kena pada kita. Tapi, sekurang2nya, kita boleh manage risk yang muncul selepas benda tersebut berlaku.

Rancang perlindungan kewangan anda khususnya yang berkaitan dengan penyakit kritikal dengan menyediakan dana untuk perubatan dan penggantian income.

Share kepada sahabat anda2 yang anda ingin berikan kesedaran kepada mereka mengenai perancangan perlindungan kewangan.

Untuk yang nak tahu bagaimana cara untuk rancang..boleh click di http://financialcoach.wasap.my sekarang.

#uruswang
#hibah
#medicalcard
#financialplanning
#28Kluckynumber
#criticalillness
#insurance
#takaful

-AAR-
www.azizriadi.com

11 July 2018

TAKDE SEMANGAT?...CUBA CHECK BENDA NIE..

Semangat.001

Dalam sales atau lead team...antara elemen yang sangat penting adalah SEMANGAT YANG JITU DAN BERTERUSAN.

Bila kita dah set target, normally awal tahun, atau awal bulan, memula kita semangat, lepas tu lama2 lembik. Lama2 hilang semangat entah ke mana. Cuba kita renung sekejap, kenapa boleh jadi macam tu?. 

Saya jumpa ramai jugak bila sembang2…dah tak bersemangat, atau semangat hanya ada pada kata2 bukan pada behavior atau tindakan.

So, bila di diagnose...apa yang biasa saya jumpa adalah, bila kita hilang purpose kita buat sesuatu. Tak kisah la sama ada dalam kerjaya atau kehidupan. Kalau kita clear purpose atau tujuan kita buat sesuatu...in sha Allah kita akan terus bersemangat...

Saya kongsikan sikit sedikit analogy macam mana kita nak maintain semangat kita..

1- Ia bermula dengan impian kita. Sebab tu, sangat penting untuk kita ada impian. Tak kisah apa pun impian kita, tapi lagi besar impian kita lebih baik. Lebih bermakna impian kita  lebih berkesan. Lebih jelas impian kita lebih bagus.

2- Kita kena percaya yang kita boleh capai impian kita. Ramai antara orang yang saya jumpa, bila tanya apa imopian mereka, then adakah mereka percaya yang mereka boleh capai impian mereka, tetiba mereka rasa ragu2....jawapan yang biasa saya terima..."Entahlah....macam susah je...."...atau pun "...Entahlah....entah sempat ke tak sempat...bila la agaknya nak dapat tu"....sambil senyum2 atau gelak2

Jadi, bila kita sendiri tak percaya yang kita boleh capai impian kita, takkan kita nak expect orang percaya yang kita boleh capai impian kita.

Saya bagi tips sikit macam mana nak dapatkan permulaan kepercayaan terhadap apa yang kita impikan.

" Iaitu dengan melihat apa yang Allah mampu beri untuk capai impian kita dan bukan hanya apa yang kita mampu buat untuk capai impian kita."

Kalau kita percaya dan yakin yang Allah itu Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu dan mampu untuk berikan apa sahaja kepada kita...kita sepatutnya percaya yang kita akan dapat apa yang kita impikan. Dan ada persoalan lain pulak biasa terkeluar "Kalau tak dapat macam mana?..."...jawab saya simple sahaja. Dapat ke tak dapat, bukan kerja kita...itu urusan Tuhan sama ada nak berikan atau tidak. Tapi Allah ada menyebut "Aku adalah mengikut sangkaan hamba aku"...dah kalau kita pun tak yakin boleh dapat, macam mana nak dapat?..

Selain tu, Allah juga berfirman yang bermaksud "Berdoalah, nescaya Aku akan perkenankan permohonan kamu"...

So, untuk dapatkan kepercayaan asas nie...kena lihat apa yang Allah boleh beri, dan bukan melihat apa yang kita mampu buat. Kalau kita lihat apa yang kita boleh buat, kita akan nampak banyak kelemahan dan kekurangan...tapi, sebaliknya kalau lihat apa yang Allah mampu beri, Dia boleh beri apa sahaja kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya"

3- Bila kita dah mula percaya, kita kena buat preparation. Sebab dengan kita buat preparation, kita akan lebih yakin untuk kita capai impian kita dan keyakinan itulah juga yang akan memberikan kita semangat untuk terus capai apa yang kita nak.

4- Preparation...

+ Doa

Kita kena letakkan Allah dihadapan. Kita kena berdoa sentiasa, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa, apa yang kita buat...semua adalah doa. Jadi, semua tu kalau boleh kena ada kaitan untuk capai impian kita.

+ Usaha.

Kena pula Action Plan dan walk the Plan....consistent, persistent, resilient with faith.....practice, practice, practice....bila kita cukup practice, kita lebih yakin untuk capai impian kita dan ia akan memberi semangat untuk terus practice dan untuk terus kejar impian kita.

+ Istiqomah

Kena setiasa berdoa dan berusaha tanpa henti. Berterusan. Selagi belum dapat impian kita, jangan berhenti. Dah dapat....upgrade impian kita pulak. Then kejar lagi....

+ Tawakal

Bila dah buat semua sekali, then tawakal pada Allah dan serahkan semua keputusan sama ada kita capai atau tidak kepada Allah.

4- Kena buat semakan / monitor apa yang kita dah buat, supaya kita boleh improve...practice...practice and practice

5- Kita kena kongsikan IMPIAN kita kepada orang lain, say it out loud. Yang beri sokongan akan buat anda semakin bersemangat. Yang pandang rendah atau yang negative pulak, akan buat anda rasa tercabar dan lebih bersemangat untuk berjaya.....

In sha Allah, kalau anda amalkan semua step di atas...anda akan rasa sentiasa bersemangat untuk capai impian anda....

I BELIEVE, I ACHIEVE...

I BELIEVE, I ACHIEVE...

I BELIEVE, I ACHIEVE...



-AAR-

10 July 2018

POTENSI KEWANGAN DALAM DIRI...



Untitled
Gambar : Sessi 1 on 1 Coaching on Financial Potential 


Potensi kewangan dalam diri ni macam harta karun yang ada dalam peti besi berkunci yang tersorok dalam satu tempat rahsia. Dan sesiapa yang mampu untuk menjumpai peti besi tu, dan boleh bukak, maka dapat lah harta yang ada dalam peti tu.

So, sama jugak potensi kewangan yang ada dalam diri kita. Setiap orang ada potensi kewangan, cuma mereka tak jumpa cari.


So, apa yang anda boleh buat adalah...kena cari orang yang boleh bantu anda untuk cari potensi kewangan tersebut...dan...kalau anda boleh bukak sendiri...then bagus, kalau tak boleh, minta tolong orang bukakkan bagi anda nampak apakah potensi kewangan yang anda boleh perolehi.

Antara step yang biasa saya kongsikan adalah...

1- Tetapkan matlamat kewangan anda. 

Ini perkara pertama dan paling penting bila kita nak mengenali potensi kewangan dalam diri kita.

Contoh : 

1- Nak beli rumah harga RM 300K - 400K untuk tempat tinggal...atau pelaburan di kawasan ....(ikut anda nak stay mana) atau tempat2 yang anda dah survey ada potensi untuk dapatkan rental return yang tinggi atau +ve cash flow paling kurang 7%-8% dari harga beli. 

2- Atau pun financial goal anda untuk dapatkan capital gain...tak kisah walau pun rental return maybe -ve cash flow....tapi dari segi capital gain boleh dapat positive return. So, terpulang kepada matlamat kewangan anda.

2- Buat goal setting untuk capat matlamat kewangan anda


Buat reverse goal setting...daripada goal anda tu, macam mana nak capai....dan pecahkan kepada berapa tahun nak capai, then pecahkan kepada bulanan dan mingguan pulak....sebab apa?..Bila kita pecahkan kepada bahagian2 kecil, ia lebih nampak mudah untuk dilaksanakan.

3- Table out semua sumber kewangan dan apa2 sumber yang boleh membantu anda untuk capai financial goal

Contoh (Senaraikan semua sumber income, expenses, commitment bulanan, hutang, cukai, pelaburan sedia ada..dan apa sumber2 yang anda ada termasuk dari segi network (kenalan) dan soft skill dan sebagainya)...

4- Senaraikan action plan...

Buat action plan, mulakan dengan yang utama, dan pecahkan kepada bahagian kecil. Action plan ni, kena senaraikan....tak boleh ingat dalam kepala je. Kalau boleh buat check list. Dah buat tandakan...then, move to another action plan...


Sebagai contoh : 

- Mulakan dengan tabiat menyimpan....walau pun sedikit...kena mulakan. 
- Kurangkan atau stop berbelanja benda2 yang tak penting.
- Rekod semua perbelanjaan harian supaya kita boleh buat budgeting dan adjust expenses kepada yang paling minimum dan maksimumkan simpanan...

dan seterusnya...

5- Take Massive and Consistent Action

80% orang yang saya jumpa yang konon2nya nak ubah financial mereka, mereka tak buat pun apa yang disuruh. 10% hanya buat separuh jalan....10% sahaja yang buat sampai habis. So, kalau tak buat ilmu tu sampai habis macam mana nak capai financial goal kita.

6- Monitor regularly

Bila dah start tack action, kena monitor make sure apa yang kita buat inline dan algin dengan goal yang kita nak capai.

7- Improvise dari semasa ke semasa.

Sepanjang kita execute apa yang kita rancangkan, kita kaan jumpa macam2 yang kita boleh improve. So, start to improve from time to time.

Kepada anda yang masih tercari2 macam mana nak perbaiki kewangan anda...anda boleh wasap saya di http://financialcoach.wasap.my. In sha Allah, saya akan bantu untuk bagi anda nampa potensi kewangan anda.


TQ

- AAR - 
www.azizriadi.com