08 September 2021

POST MORTEM DALAM TUNTUTAN TAKAFUL? WAJIB BUAT KE?

 CONTENT DEVELOPMENT IN PROGRESS!!




Antara persoalan yang selalu timbul bila nak ambil hibah takaful (life takaful), iaitu perlindungan takaful yang cover manfaat kematian.

Kalau meninggal dunia, nak claim kena buat POST MORTEM (Bedah Siasat) tak?

Pernah terfikir atau ada orang tanya atau ada dengar orang sembang pasal benda ni.

Ok, baik ....kat sini saya nak kongsikan pengalaman saya. Saya sudah hampir 20 tahun dalam bidang insurans dan takaful dan sudah melalui beberapa kali pengalaman untuk proses permohonanan Tuntutan Kematian. 

Jadi, saya akan kongsikan cerita dari segi Standard Practice syarikat (dari segi procedure) dan juga dari segi real process yang saya alami. Kenapa macam ada procedure atau cara berbeza antara standard practice dengan real experienced?

Bukan berbeza macam mana. Ia macam kalau kita nak pergi sesuatu tempat, kita boleh beritahu macam mana standard nak ke tempat tersebut. Lalu jalan mana, berapa jauh jarak dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai. 

Tapi, masa kejadian nak pergi tu, mungkin akan berjumpa dengan macam-macam situasi, contoh, tetiba ada road block, tetiba ada kemalangan atau tetiba ada construction, jadi, maybe ada jalan yang kena tutup dan kena ikut jalan lain...itu la maksud saya.

Baik...kembali kepada subject matter iaitu Post Mortem dalam proses tuntutan takaful (khususnya manfaat kematian).

Sebelum saya nak pergi lebih dalam, saya nak anda fahamkan beberapa punca kematian yang biasa kita dengar.


1- NATURAL DEATH ( YANG BIASA DIKAITKAN DENGAN KEMATIAN DISEBABKAN PENYAKIT)


Jenis kematian ini yang biasa dan biasa kita dengar. So, untuk case kematian disebabkan oleh ada sejarah penyakit atau kematian di hospital memang disebabkan oleh komplikasi penyakit yang dialami, dan memang ada rekod dihospital serta kematian disahkan oleh Doktor yang merawat, ia tidak memerlukan laporan post mortem untuk buat tuntutan kematian. 

Sebabnya?...punca kematian memang disahkan oleh Doktor yang bertauliah dan tiada sebarang keraguan yang berkaitan ada unsur-unsur jenayah atau khianat.

Walau pun, dalam borang claim ada dinyatakan "Laporan bedah siasat, jika ada"...maksudnya, jika ada, kalau nak hantar sekali masa buat claim boleh, kalau tak nak hantar pun tak pe, sebab pihak takaful dah aware kematian disebabkan oleh penyakit dan disahkan oleh Doktor yang merawat dari hospital yang berdaftar.

Jadi, berdasarkan pengalaman saya, untuk case kematian jenis ini tidak mewajibkan untuk sertakan laporan post mortem.


2- ACCIDENTAL DEATH ( KEMATIAN DISEBABKAN OLEH KEMALANGAN )


Kematian disebabkan kemalangan juga antara jenis kematian yang selalu kita dengar, disebabkan oleh risiko bahaya di jalan raya atau pun kemalangan di tempat kerja atau kemalangan disebabkan oleh kecuaian dan sebagainya.

Untuk case-case seperti ini, biasanya, sebelum process tuntutan insurance atau takaful dibuat, pihak polis terlebih dahulu akan take over cases ni. Jadi, sebelum mendapatkan permit menguburkan dari pihak polis, mereka akan bawa mayat ke hospital berdekatan untuk tujuan BEDAH SIASAT bagi menentukan punca kematian. 

Kalau kita lihat process ini, tuntutan untuk bedah siasat adalah dilakukan oleh pihak berkuasa (polis). Jadi, dalam keadaan ini, pihak polis tidak perlu menunggu atau mendapatkan kebenaran dari waris sama ada benarkan mayat untuk melalui process post mortem atau tidak. Procedurenya adalah perlu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mendapatkan maklumat punca kematian. 

Selain itu, dalam case kemalangan, process bedah siasat ni juga kadang-kadang diperlukan untuk memastikan tiada unsur-unsur pelanggaran undang-undang sebagai contoh, mungkin mangsa kemalangan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah atau berada di bawah pengaruh alkohol. 

Jadi, untuk case kematian disebabkan oleh kemalangan, biasanya pihak hospital memang ada salinan post mortem dan waris boleh dapatkan salinan report tersebut bagi tujuan tuntutan insurans atau takaful.

Jadi, tiada issue sama ada pihak insurance mewajibkan perlu ada bedah siasat ke atas jenazah client, kalau tak buat claim akan ditolak. Tak kisah sama ada pihak insurance conventional atau takaful, berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, memang laporan bedah siasat telah dibuat oleh pihak hospital sebelum process tuntutan insurance atau takaful dibuat. 

Kalau masih ada lagi agent-agent yang menakut-nakutkan anda dan menggunakan sentimen yang syarikat takaful atau insurans mereka tidak perlu bedah siasat, syarikat lain wajib untuk post mortem, ketahuilah anda, bahawa agent tersebut tidak memberikan anda maklumat yang tepat dan hanya ingin menjual sahaja untuk kepentingan diri sendiri. 

Anda dinasihatkan untuk jauhkan diri dari agent sebegini. Sebab mereka tidak sincere dalam menjalankan tugas sebagai agent atau pun mereka kurang pengalaman.


3- COMMIT SUICIDE ( KEMATIAN DISEBABKAN OLEH BUNUH DIRI)







4- COMPLICATION DEATH ( KEMATIAN DISEBAB OLEH KOMPLIKASI )




5- DEATH DUE TO CRIMINAL OFFENCE ( KEMATIAN AKIBAT PERBUATAN JENAYAH SAMA ADA SEBAGAI MANGSA ATAU PELAKU JENAYAH )






6- MISSING ( KEMATIAN YANG DIISYTIHARKAN SELEPAS HILANG DALAM SATU TEMPOH MASA MENGIKUT PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG)



7. DEATH DUE TO OLD AGE ( KEMATIAN DISEBABKAN OLEH SAKIT TUA )




BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment