01 November 2018

MACAM MANA RM 30 TAPI BOLEH BERI NILAI RM 100,000?

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini...khususnya selepas keluar akta yang berkaitan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013...landscape perkhidmatan kewangan mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikkan...

Selain dari Akta, sekarang nie ramai yang lebih prihatin berkenaan dengan keperluan ilmu kewangan...

Saya nak kongsikan sikit, benda yang simple...common sense...tapi ramai yang ambil mudah atau tak amik kisah....Sebab apa?..sebab mereka tiada kesedaran tentang pentingnya ilmu kewangan...

Ada yang meniaga dahsyat, tapi bab pengurusan kewangan, mereka lihat macam tak berapa penting...yang penting sales...sales....sales...

Berbalik kepada topic yang saya kongsikan tu...Macam mana nak adakan nilai 100,000 dengan RM 30.00?




INCOME PROTECTIONS OPENING IDEA

Sebenarnya apa yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana kita rancang sebahagian kewangan kita untuk digunakan oleh orang yang kita tinggalkan bila kita dah takde.

RM 30 dan RM 100,000 adalah sekadar contoh nombor2 yang biasa saya gunakan untuk tingkat kesedaran mengenai peri pentingnya kita allocate sebahagian duit kita untuk yang ter sayang.

Saya buat satu senario...

RM 30.00....bagi sesetengah keluarga....mungkin amount ini tidak begitu significant disebab oleh kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang...tapi, kadang2...ada sesetangah orang....RM 30 kalau dibelanjakan...tak tahu pun ke mana duit itu dibelanjakan pada penghujung hari...

Tapi, cuba bayangkan...ketika mana seorang bapa atau suami, meninggal dunia.....ditinggalkan juga balu dan anak2....dan juga ditinggalkan RM 100,000 hibah takaful kepada keluarga tersebut.....agak2nya ada tak perbezaan keadaan keluarga yang ditinggalkan...berbanding kalau tak tinggalkan apa2 langsung..atau lebih teruk tinggalkan hutang dan bebanan perbelanjaan yang lain kepada balu dan anak2.

Apa kaitannya RM 30 dengan RM 100,000.....

Kaitannya adalah....dengan caruman RM 30 dalam takaful...peserta tersebut layak untuk dapat pampasan hibah takaful sebanyak RM 100,000 (bergantung kepada umur dan jenis pekerjaan).....

RM 30 sebulan...RM 360 setahun...10 tahun RM 3,600....tapi....sekiranya ditakdirkan meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan...RM 100,000 akan diberikan kepada waris atau peserta (sekiranya lumpuh)....bukankah ia akan memberi kesan berbeza daripada tidak tinggalkan apa2...

Ikhtiar RM 1.00 sehari...mampu memberi pengalaman berbeza kepada waris yang ditinggalkan...khususnya untuk seorang Balu yang terpaksa menyara anak2.....apatah lagi kalau anak masuk kecil.. dan..balu pula tidak bekerja...

Itu sahaja yang saya nak kongsikan...keputusan ditangan anda....untuk menilai. Anda boleh bertindak segera...boleh PM Whatsapp saya di http://financialcoach.wasap.my

Sekian...

Terima Kasih.

1 comment: