27 February 2019

KENAPA ORANG MUDA KENA BELI HARTANAH SEGERA PADA USIA MUDA?

[ KENAPA ORANG MUDA KENA BELI HARTANAH SEGERA PADA USIA MUDA? ]





Masa saya lepas habis belajar je, saya kerja sebuah company IT bumiputera...Hei Tech Padu Berhad. Masa tu senior2 system Engineer semua umur hujung 30-an dan awal 40-an...

Bila lepak dengan diorang petang lepas kerja. Memasing sembang pasal umah sewa, pasal penyewa, pasal jenis rumah, pasal tenant dan pasal duit sewa, downpayment rumah, bank mana offer interest dan pakej bagus, developer mana buat rumah bagus, pakej free or discount ....masa tu, saya? Blur-blur. Tak tahu apa. Sesekali tanya soalan yang sangat basic.

Tapi rupanya lepas 4-5 bulan lepak dengan diorg, dari perbualan mereka, saya mula belajar something. Pasal macam mana nak mulakan hidup kat Bandaraya Kuala Lumpur ni...

Gaji fresh RM 1,800...so, benda yg diorg tekankan adalah kena kumpil downpayment, then pada masa yg sama survey rumah yg boleh suite dengan income kita utk buat loan...then saya muda lagi masa tu, just follow je la...

Alhamdulillah, selepas 19 tahun, betul la org cakap, dengan siapa anda berkawan tu amat penting. Kawan dengan kengkawan invest property...dpt la ilmu property sesikit...

Then lps tu, saya semakin faham pasal kewangan dan property...saya teruskan misi utk tambah income dan seterusnya tambah asset lagi. Pelbagai tools kewangan saya belajar dan saya pakai. OD-ASB, refinancing, ASBF dan mcm2 lagi.

Alhamdulillah....setiap peningkatan umur saya, sama mula tambah asset.

And ada beberapa Tips yang saya nak kongsikan kepada Anak muda.

Main Property ni adalah long term game. So, jangan kalut nak invest bulan ni, bulan depan terus dpt untung 40-50%. Memang ada yang boleh buat macam tu. Tapi untuk ya g baru2....Rileks...fahamkan game dengan cari ilmu, himpit orang2 yang ada boleh belajar, fahamkan apa yang mereka ajar dan start buat. Sedikit demi sedikit dan improve dari semasa ke semasa.

✅ Main property, kena fahamkan apa anda punya matlamat bila nak masuk dlm arena ni. Jangan main ikut2 tak tahu matlamat. Matlmat anda menentukan apa strategy yang anda kena guna....sebab tu kena belajar.

Nak mula invest property, lepas timba ilmu, adalah kewangan. Profil kewangan kita kena cun. Sebab apa kena cun? Sebab BANK SUKA BAGI PINJAM DUIT PADA ORANG YANG ADA DUIT DAN BANYAK DUIT, bukan ORANG YANG TAKDE DUIT...so, kena buat sampai bank nampak kita ada duit. Kena belajar improve profile kewangan.

Kena rajin spend masa dan duit timba ilmu dan juga survey2 property yang kita target nak beli. Kalau kepala minat nak invest dalam property, tapi bila nak suruh belajar dan buat, sibuk ada hal itu laa...hal ini laaa..so, kalau tak sanggup spend duit dan masa utk belajar...mencabar sikit laa....Ada pulak yang rajin belajar online je, pastu confused sebab banyak mazhab bab property ni.

Dari segi income pulak, kalau kira2 macam tak cukup, gunakan masa yang ada untuk tambah income. Jangan besarkan alasan penat, nak rehat, nak duduk umah lepak2 layan TV, now trend anak muda layan online game, layan social media melampau2 dan tidak mendatang hasil. Kalau bersocmed tapi ada mission utk timba ilmu dan income, masih ok lagi.

Mental kena kuat. Jangan mudah panik atau susah nak buat decision. Berani buat keputusan lepas dah kira semua risk. So, kita buat decision, akan ada risk, tapi calculated risk yang kita boleh manage...bukan main gamble je...ramai yang terduduk tu sebab nya buat decision tak buat kira2 dengan betul, sekali ada problem dgn property yg kita beli tu, dah sangkut bertahun duit kita kat situ.

Hati2 dengan offer Too Good To Be True. Sebab banyak scam dari betul.

Sementara property kita siap atau ready utk diduduki, boleh timba ilmu dan juga belajar tambah income. Kalau untuk proeperty undercon. Kalau subsale atau lelong, cepat je vacant possession dah boleh duduk atau rent out.

Property nak naik harga amik masa
Dan nak dapatkn balik keuntungan amik masa. So, Beli dan tunggu...bukan tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu....tak beli2....Last sekali. Mula masa muda baru la masa tua nanti (in sha Allah kalau umur panjang) boleh kutip hasil...😄

Oklah..:banyak benda lagi. Cuma hadamkan yg ni dulu. Saya kongsikan lain kali.

Gambar tu Tenancy Agreement 1/1/2019...hari lahir saya...dpt signed satu agreement. Alhamdulilah. Boleh le tambah2 income dari property ni.

Last sekali, kalau kita tak mampu nak jana income semasa kita tidur, dikhuatiri, kita kena kerja walaupun dah terlalu tua untuk bekerja...

Happy investing

#financialmanagement
#financialfreedomframework
#muqmeengroup
#belidanbela

AAR
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com

No comments:

Post a Comment