06 March 2019

CARA NAK LARI DARI EJEN INSURANCE?...

Saya dapat posting dari FB pasal video yang diorang bg tips macam mana nak lari dari Ejen Insurans. Masa memula tengok, pelik jugak, and macam biasa, orang Melayu memang suka video2 macam nie. Tengok sahaja, dalam masa 9 jam, dan beribu like dan beratus shares...

Video nie dari page ML Studio....saya tak tahu apa motive sebenar, maybe just untuk joke dan suka2. Tapi saya nampak lebih kepada marketing je, nak dapatkan engagement tinggi.



Memula tengok tu, nak jugak comment pasal apa dia buat macam nie, sedangkan kerajaan sendiri, bank negara sendiri, even banyak institusi yang berkaitan dengan kewangan menyebarkan kesedaran akan kepentingan takaful dan insurance.

Tapi, saya tak de heran sangat dengan cara2 yang dia bagi tu. Sebabnya, kita memang dah biasa dah dengan benda2 nie...zaman saya jadi agent 16 tahun lepas  pun orang dah share benda nie, cara2 nak lari dari ejen insurance.

Then, teknik2 macam nie, agent insurance pun dah advance dah...mereka dah belajar NLP, dah belajar soft skill, dah belajar marketing, dan belajar macam mana nak deal dengan orang, macam mana nak manage rejection dan sebagainya....Dah biasa sangat dah dan part of the game. Macam main bola kena tackle la...kalau tak nak kena tackle, tak yah la main bola. Duduk kat tempat penonton je...jadi penonton...

Cuma apa yang saya nak share adalah, kami yang memang dalam bidang insurance nie, tak pulak kena game macam yang video tu share...sebabnya...

Cuba tengok gambar2 kat bawah nie. Bila kami buat roadshow, buat booth, kat mana2 la...shopping complext ke, pasar tani ke, even kekadang pacak depan bank pun....ramai je yang datang tanya, ada yang signup on the spot, ada yang tanya plan untuk hibah, ada yang tanya pasal untuk cover hutang, ada yang tanya pasal sakit kritikal, ada yang tanya pasal medical card.

Jadi, takde la masalah sangat pun, kalau setakat 5 dari 50 orang yang nak lari dari ejen, kalau ada 45 orang yang nak dengar...dan dari 45 orang yang dengar tu, kalau 10 orang yang sign up pun, Alhamdulillah...dah boleh le bayar CP500 RM 3000 - RM 4,000 setiap 2 bulan. Selain boleh bayar zakat...dan bantu diri dan keluarga....
Ini sebahagian contoh la. Banyak lagi, video pun ada, siap kita buat event direct approach, ada yang sign up RM 1,000 sebulan, ada yang ambil satu family RM 2,000 hingga RM 3,000 sebulan...siap bayar setahun terus lagi.

So, setakat ada 3-4 orang yang memang nak lari dari ejen...takde hal lah. Ada jugak yang ejen insurance lari dari prospect, sebab dah sakit dan juga kekadang memang dari segi kewangan, keutamaan lebih kepada manage cash flow dan gunakan untuk perkara asas yang lebih utama dulu.

So, kat bawah nie saya kongsikan kepada anda, gambar2 yang sempat kami ambil sepanjang roadshow bulan Feb 2019 di sekitar Lembah Klang...

Alhamdulillah, sambutan amat baik...dan setiap hari, ada sahaja yang sign up on the spot. Sign terus, tanpa perlu balik nak fikir...


Tengok gambar semua kat bawah nie...






































So, boleh le tengok sendiri...

Ini baru yang offline baru 2 tempat. Belum lagi tempat2 lain, group2 lain...unit2 lain....dan belum lagi yang secara online. Secara face to face approach, yang door to door approach, yang sebar flyers...banyak cara lagi ...

Alhamdulillah, rejection dan objection lebih membuatkan ejen2 lebih matang, lebih sabar dan lebih tekun dalam mendidik masyarakat.

Sebab, apa2 pun keputusan di tangan masing2...kalau sendiri tak de perlindungan takaful sebagai risk management....sendiri dan keluarga sendiri tanggung.

And tak per jangan risau, rakyat Malaysia pun pemurah...kalau minta derma online, cepat je penuh tabung derma. Apa ada hal kan?


Tapi...kami tetap dengan usaha kami, mendidik masyarakat...khususnya melayu bumiputera Islam..

Whatsapp : http://financialcoach.wasap.my untuk dapatkan khidmat nasihat kewangan.

#financialmanagement

#financialplanning
#financialfreedom
#insurance
#takaful
#prubsnwarisan



Sekian


Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com






No comments:

Post a Comment