16 March 2019

MASJID AL NOOR, CHRISTCHURCH & MASJID AL KHALIL (IBRAHIMI MOSQUE) HEBRON


Semalam, sebelum nak gerak keluar office untuk solat Jumaat…aku dengar bunyi tembak2 kat office. Aku  ingat ada orang main PUBG, …then aku tanya bunyi apa tu. Then salah sorang dari agent aku cakap..”VIDEO ORANG TEMBAK JEMAAH DALAM MASJID KAT NEW ZEALAND”…Alamak…apa tu?

Aku pun google, betul la…ada kejadian orang menembak kat masjid dan bunuh ramai orang. Setakat yang aku tengok masa tu dalam 40 orang meninggal dunia dan 20 orang cedera…

Fikiran aku terus teringat pasal Masjid Al Khalil, (Masjid Makam Nabi Ibrahim) di Hebron…pada 25 Feb 1994….case yang sama…30 orang terbunuh termasuk yang melakukan tembakan…



Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand

Perjalanan menuju ke Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.

Dewan Solat Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.



Sebab, aku terbayang suasana dalam Masjid Al Khalil yang aku pernah lawati…, sunyi, tenang, damai ….dan lepas aku dengar berita kisah Masjid An Nur, aku teringat terus bagaimana kisah Masjid Al Khalil nie…

Sebelum pergi ke masjid tu, aku dah study sikit dan diberitahu pasal kisah tembak jemaah masjid. Korang boleh google cari le kisah tu kalau nak tahu. 

Then berbalik kepada feeling aku…masa aku ziarah Masjid Al Khalil, lepas solat Tahiyatul Masjid aku duduk kat saf, tengah tunggu waktu untuk solat Zohor…then aku terbayang macam mana keadaan orang yang bawak senjata then tembak secara rambang ahli kariah yang duduk dalam masjid tu….hati aku sebak…sedih, geram, marah, tertanya2….banyak persoalan…tapi, aku teringat maksud ayat Qur’an pasal jangan fikir kita ni dah bebetul beriman kalau kita belum di uji..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:“Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
QS, Al ‘Ankabuut 29:2-5

Then, hati aku tenang balik…then focus nak solat Zohor kat Masjid Al Khalil tu.

Semenjak terjadinya kes tembakkan tersebut, masjid tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian, untuk orang Islam dan juga untuk orang Yahudi. Dan untuk pengetahuan korang, masjid tersebut berada di Hebron, tanah Palestine yang dijajah oleh Israel. Boleh buat research online.

So, lepas solat Jumaat semalam, aku dapat video tu dari group whatsapp…dan aku tengok sekali…kali ni lagi remuk hati bila rakaman tersebut dibuat secara live dan bebetul macam game PUBG. Dah tengok sekali aku terus tak tengok dah. Dan betul ada sorang post kat Twitter…dia kata , jangan share video tu, sebab memang itu la yang penembak tu nak kan…Sebab dia bukan nak sakitkan orang yang dibunuh, tapi nak sakitkan hati dan perasaan orang Islam seluruh dunia….

Benda nie sangat memberi kesan pada aku. Aku semak diri aku, kat tempat lain orang nak solat di masjid sampai dihalang, dibunuh, disekat…tapi di Malaysia nie, Allahuakbar…aku rasa aku jadi antara orang yang paling tak bersyukur dalam keadaan macam nie…Ya Allah, ampunkan aku….

Kisah ini berlaku, amat menyakitkan hati kita sebagai orang Islam. Aku pun sama…sangat2 sakit hati. Tapi, bila dilihat dari sudut lain, Allah ingin menguji kita semua….kita sedih dan simpati kepada mangsa, tapi, kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk mereka di Akhirat?…Dan juga, kita rasa marah pada Penembak…sangat marah, tapi, takkan la kita pun nak buat benda yang sama…adakah Allah dan Rasulnya mengajar kita untuk buat benda yang sama kepada orang yang tak bersalah?…Tak…sekali-kali tidak…Islam tidak ajar umatnya untuk buat sesuatu yang mendatangkan mudharat. Sebab Islam itu adalah agama sejahtera bukan hanya untuk manusia, tapi seluruh alam. 

Tapi…. ,hati nie, sepanjang malam semalam macam tak boleh nak move on…tapi, teringat kata Ustaz Tadabbur aku kat office…Ustaz Syahmi dari tabdabbur center….ayat ke 4 dalam surah Al Fatihah. “ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)”….dan sudah pasti Allah yang paling layak membalas apa yang telah berlaku. Alhamdulillah…aku lega sikit….

Ayuh sahabat2 lelaki sekalian…marilah kita makmurkan rumah2 Allah…semoga Allah memelihara diri kita daripada fitnah akhir zaman. Aku pesan kepada diri aku, anak lelaki aku dan juga sahabat2 aku…sama2 kita renung, muhasabah dan perbaiki diri. Aku berdoa agar Allah memberi ganjaran yang paling tinggi kepada mangsa2 tembakkan di Masjid Al Noor, Christchurch dan juga Masjid Al Khalil, Hebron.

Ya Allah, ampun dosa aku dan ahli keluarga aku….jadikanlah kami antara hamba2 Mu yang bersyukur.

#prayforchristchurh


Aziz Riadi
019-323 2121

No comments:

Post a Comment