25 April 2020

CARA LATIH ANAK SIMPAN DUIT BELANJA SEKOLAH

FInancial Management Poster.002


PERSONAL FINANCIAL MANAGEMENT UNTUK ANAK BERSEKOLAH Sepanjang saya berkecimpung dalam kerjaya sebagai penasihat peranangan kewangan peribadi, ada beberapa perkara yang bebetul menarik perhatian saya. Bila saya biat sharing, live FB atau buat training dalam kelas, atau dalam seminar, ramai yang tanya cara secara teknikal. Tapi, tak ramai yang tanya macam mana nak control behavior. Sebab, ilmu2 perancangan kewangan nie, tidak banyak diajar bermula dari rumah dari kecil. Sebab parent bagi duit kat anak pergi sekolah, diorang tak ajar pun macam mana nak allocate sikit duit sekolah, simpan 10% - 20% ... Contoh, duit belanja sekolah RM 3.00, simpan 10% atau 20% , maksudnya dia kena simpan dalam RM 0.30 hingga RM 0.60 sehari. Tapi, berapa ramai parent yang ajar anak dia macam nie? Saya pernah sharekan benda nie dengan beberapa orang, tapi, apa yang mereka respond? " Alaa, budak nak makan kat sekolah, nak sekat2...tak payah la...dah besar nanti pandai la dia manage duit.." "Tak sampai hati aku nak suruh dia cut down makan kat sekolah, sebab barang makanan kat kantin pun mahal2 dah sekarang nie" Oklah, saya tak nak argue benda nie....tapi itulah dia...kekadang parent sendiri tak faham macam mana tricks kewangan nie, jadi, mereka nampak benda nie macam susah...tapi, sebenarnya kita kena creative. Sebab tu untuk latih anak pintar kewangan, parent kena latih dulu. Sebab kat sekolah pun rasanya susah Cikgu nak ajar. Sebab Cikgu yang mengajar pun, dia ada anak, dia tak ajar anak dia pasal ilmu kepintaran kewangan dari kecil. Menurut kajian, tak semua golongan professional tahu atau fully aware pasal kepintaran kewangan nie. Jadi, tak kisah sama ada parent budak tu Doktor, Lawyer, Hakim, Pensyarah, IT Professional atau apa sahaja....kepintaran kewangan bukan satu benda yang semua orang tahu. Berbalik pada trick kat atas tadi. Macam mana nak bagi anak simpan RM 0.60 sehari (20% sehari) duit belanja sekolah.... Macam nie tricks dia ✅ Mungkin susah kalau nak simpan hari-hari 20% dari belanja sekolah. Kena buat kira-kira sikit. RM 0.60 sehari, 5 hari persekolahan = RM 3.00 = sehari belanja sekolah. Jadi, 5 hari sekolah, Anak kena simpan 1 hari belanja sekolah dia. ✅ Apa yang anda boleh buat, in fact saya pernah ajar anak saya, dan ia berkesan. Dan ada benda lagi best saya belajar dari anak saya. Baca posting nie sampai habis. ✅ Kena pre-condition anak dengan project (Financial Intelligence) ni dengan anak dan bagitau apa kebaikkan nya pada masa akan datang. Gunakan le kepintaran anda untuk buat sampai anak setuju. Focus dia personal motivation. ✅Macam saya, saya bagitau, duit yang terkumpul tu adalah duit dia dan dia boleh beli apa sahaja yang dia nak. So, masa tu anak saya darjah 4-5, macam biasa, dia suka mainan...dan dia nak beli mainan...saya cakap DEAL... ✅ So, apa yang anda boleh buat, dalam 5 hari dia sekolah tu, minta satu hari dia bawa bekal dari rumah. So, masa rehat, dia makan bekal dan bawak air sendiri....kalau dia berjaya ikut apa yang kita cadangkan, dia dah boleh kumpul RM 3.00 (mission accomplished)...seminggu RM 3.00, sebulan RM 12.00. .......setahun RM 144.00 ✅ Bila duit tu dah terkumpul like macam RM 50 ke atas... boleh la ajak dia pergi ke bank, ajar dia masukkan duit dalam account simpanan. Suruh dia yang ambil borang, tulis nama dia dan nombor account dia. (macam saya, saya masukkan dalam account tabung haji dia)...Biar dia ada feeling untuk menyimpan....otak dia dah diprogram, untuk menyimpan..... ✅ Jangan lihat dari segi figure?..sebab tujuan kita buat benda tu adalah untuk PEMBENTUKAN BEHAVIOR anak....so, kalau dari kecik dah biasa manage duit, in sha Allah dah besar nanti dia boleh manage lebih baik. Akhir sekali, kalau kita nak bantu generasi akan datang pintar kewangan dan tidak terjebak dengan masalah kewangan, kita kena didik anak2 kita yang kat sekolah rendah sekarang. Meluntur Buluh Biar Dari Rebung.... Saya akan kongsikan untuk posting akan datang bagaimana saya train anak saya pulak. Nota : Ada sesiapa yang nak tahu cara nak tambah income part time RM 1,000 hingga RM 2,000 sebulan? Click kat sini. https://bit.ly/2Smfqkn https://bit.ly/2Smfqkn https://bit.ly/2Smfqkn Sekian, Aziz Riadi Shariah RFP Senior Agency Manager Muqmeen Group. Follow FB page saya Abd Aziz Riadi dan Subscribe Youtube Channel saya di https://www.youtube.com/user/azizr3130 #financialplanning #financialintelligence #financialmanagement

No comments:

Post a Comment