Semenjak pemergian beberapa artis terkenal secara mengejut dan disusuli dengan kisah keluarga waris bermasam muka dan ada konflik disebabkan harta pusaka, maka ramailah yang berminat dengan ilmu2 yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka...
Iaitu
Iaitu
HIBAH, WASIAT dan juga FARAIDH
Saya share sikit secara ringkas dan nak bagi mudah faham.
1. HIBAH
Hibah ni bermaksud adalah HADIAH kepada orang yang kita sayang. Iaitu pemberian sukarela, tiada sebarang paksaan sesuatu barang kepada orang yang disayangi oleh si pemberi hadiah.
a. Rukun Hibah ada
- Pemberi Hibah
- Barang yang nak dihibahkan
- Penerima Hibah
- Sighah (Ijab dan Qabul) (persetujuan pemberian hibah)
- Penerimaan Hibah
b. Jenis-jenis HIBAH
- Hibah Mutlak (diberikan semasa pemberi masih hidup kepada penerima, tanpa sebarang syarat mahupun balasan)
Syarat untuk hibah mutlak adalah pemberi mempunyai hak mutlak (sempurna milik) terhadap barang yang nak dihadiahkan kepada penerima hibah.
Contoh :
Ayah nak hadiahkan rumah yang dah habis bayar hutang dari bank kepada anak yang sudah cukup umur. Jadi Si Ayah membuat pindah milik (Borang 14A) kepada anak beliau. Jadi, rumah tersebut telah dipindah milik secara mutlak iaitu diberikan secara mutlak atau dihadiah secara mutlak kepada anak beliau (iaitu pemilik baru).
Suami menghadiahkan kereta yang sudah habis bayar kepada isteri. Sama juga case di atas, buat pindah milik kepada isteri dan nama suami sudah tiada dalam geran kereta tersebut. Kereta tersebut sekarang adalah sudah menjadi hak milik isteri.
Untuk kes pindah milik seperti ini, harta yang telah dihibahkan secara mutlak akan menjadi hak milik penerima hibah dan sekiranya pemberi hibah meninggal dunia, harta tersebut tidak termasuk dalam senarai harta pusaka si mati dan juga tidak tertakluk kepada hutang-hutang si mati, jika ada.
Nota : Harta yang masih dalam cagaran tidak boleh dipindah milik selagi belum habis hutang. Sebab harta tersebut dicagarkan kepada pemberi hutang iaitu bank atau institusi kewangan.
Nota : Harta yang masih dalam cagaran tidak boleh dipindah milik selagi belum habis hutang. Sebab harta tersebut dicagarkan kepada pemberi hutang iaitu bank atau institusi kewangan.
- Hibah Amanah (Hibah yang diserahkan oleh pemegang amanah dan pemegang amanah akan melaksanakan arahan yang telah dituliskan dalam surat ikatan amanah atau trust deed).
Hibah Amanah ini adalah satu kaedah di mana pemilik harta ingin menghadiahkan harta (sama ada duit, harta sempurna milik) semasa hidup secara sukarela kepada orang yang disayang melalui pemegang amanah. Pemegang amanah yang dilantik akan melaksanakan semua arahan yang telah tuliskan dalam surat ikatan amanah (trust deed) mengikut hasrat pemberi amanah.
Contoh :
Seorang Suami telah membuat hibah amanah semua duit dalam akaun tabung haji kepada isteri beliau. Jadi, apabila suami ni meninggal dunia, pihak tabung haji akan menyerahkan duit tersebut kepada isteri seperti yang telah ditulis dalam surat ikatan amanah (trust deed)
Seorang Ayah ingin membuat hibah amanah kepada anak beliau yang dibawah umur dengan mengarahkan syarikat pemegang amanah (trustee) seperti Amanah Raya Berhad untuk melaksanakan amanah beliau sekiranya beliau meninggal dunia. Jadi, semua duit yang. telah diserahkan kepada pemegang amanah akan dimasukkan dalam dalam akaun amanah syarikat trustee tersebut.
Apa kelebihan Hibah Amanah?
Ia sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur dan khuatir kalau meninggal dunia serentak. Sebagai contoh kemalangan dan sebagainya.
Selain itu, ia juga sesuai untuk ibu bapa yang ada anak kurang upaya (OKU). Jadi , pihak syarikat pemegang amanah akan melaksanakan pembahagian dan pengurusan kewangan kepada anak tersebut menurut hasrat si mati menurut apa yang telah ditulis dalam surat ikatan amanah (trust deed)
Selain itu, ia juga sesuai untuk ibu bapa yang ada anak kurang upaya (OKU). Jadi , pihak syarikat pemegang amanah akan melaksanakan pembahagian dan pengurusan kewangan kepada anak tersebut menurut hasrat si mati menurut apa yang telah ditulis dalam surat ikatan amanah (trust deed)
- Hibah Hasrat (Pemberi hibah berhasrat atau berniat untuk berikan hibah kepada penerima, tapi pemilik barang masih lagi pemberi hibah)
- Hibah Bersyarat dari konteks Mualamat Islam
Hibah bersyarat dari segi mualamat terbahagi kepada
2. Iaitu al-Umra' dan al-Ruqba.
Al ‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah.
Ia juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al-’umra adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati”.
Al Ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.
Ia juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Ia juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
- FARAID
FARAID ialah pembahagian mengikut HUKUM ISLAM.
Akan tetapi waris boleh membahagikan harta arwah tanpa mengikut FARAID dengan syarat semua waris faraid bersetuju dengan pembahagian yang dibuat.
Sebelum pembahagian harta dibuat, PERKARA UTAMA yang perlu dilaksanakan oleh waris ialah:-
a) Urusan Pengebumian Jenazah
(Kos Pengebumian perlu gunakan duit arwah. Jika ada khairat atau sesiapa nak sponser pun tiada masalah)
b) WAJIB Selesaikan Hutang Arwah
- Hutang dengan Allah (Fidyah, Zakat, Kaffarah, Nazar dan Badal Haji.
- Hutang dengan manusia.
- Hutang dengan Allah (Fidyah, Zakat, Kaffarah, Nazar dan Badal Haji.
- Hutang dengan manusia.
c) Selesaikan Urusan Harta Sepencarian dengan pasangan arwah (jika ada tuntutan)
d) Selesaikan Pemberian Hibah Amanah.
e) Laksanakan Wasiat yang dibuat oleh arwah.
Jika segala urusan diselesaikan, maka barulah harta boleh dibahagikan secara FARAID.
Tetapi kena ingat, PROSES FARAID TERBAHAGI KEPADA 2, iaitu:-
i. PROSES PENGURUSAN/ BIROKRASI
Cabaran inilah yang besar sebenarnya sebab ia memerlukan ilmu, masa, kerjasama waris, komitmen dan kos.
Untuk mempercepatkan proses ini, yang akan membantu kebanyakannya ialah waris LELAKI. Kerana keadaan isteri arwah masih dalam eddah dan tak boleh keluar rumah.
Biasanya ia mengambil masa 6 bulan keatas, bahkan mungkin bertahun jika perbincangan antara waris tidak mencapai sepakat.
Jika kes harta 2 juta keatas dan arwah tidak buat wasiat, kes lagi rumit.
Waris perlu LANTIK PEGUAM dan dapatkan PENJAMIN YANG HARTA SAMA NILAI DENGAN HARTA ARWAH.
Waris perlu LANTIK PEGUAM dan dapatkan PENJAMIN YANG HARTA SAMA NILAI DENGAN HARTA ARWAH.
Nak cari penjamin beli kereta pun payah, ni kan pula nak cari penjamin yang ada harta 2,3 juta
ii. PEMBAHAGIAN
Jika segala urusan telah selesai dan sijil faraid telah di keluarkan maka pembahagian boleh dibuat dengan mudah.
Cuma isu yang mungkin timbul adalah pembahagian harta tidak alih seperti Rumah.
Jika dalam sijil faraid dinyatakan hak Ibu 1/6, Bapa 1/6, Isteri 1/8 dan Baki untuk Anak2, bagaimana ia akan dibahagikan?
Dapur Ibu ambil, Tandas Bapa ambil, yang lain tu Isteri dan anak2 ambil, boleh ke macam tu?
Biasanya Isteri boleh tebus guna duit Hibah, atau jual saja rumah dan bahagikan duit.
Banyak sangat kes macam ni.
Jika dalam sijil faraid, ibu bapa telah menyerahkan rumah tersebut kepada isteri, maka mudahlah urusannya.
iii- WASIAT
iii- WASIAT
Pemberian 1/3 harta kepada BUKAN WARIS FARAID.
Tetapi jika arwah mewasiatkan harta diberikan semua kepada isterinya (waris faraid), ianya tetap sah jika dipersetujui oleh waris faraid lain (ibu, bapa, anak2 dll).
Sebaiknya wasiat ini dibuat secara bertulis dan bukan hanya melalui lisan semata kerana jika wasiat ini ditentang oleh waris faraid lain, maka ianya boleh terbatal.
Apa yang penting, wasiat ini sangat mudah jika tiada tentangan waris faraid lain.
.
.
.
.
Kita kena faham, setiap orang berbeza situasi yang akan dihadapi. Apa yang kita kena sediakan, ialah ilmu dan iman dalam diri.
Jika nak lebih detail, whastapp saja ke https://wa.me/60193232121
Aziz Riadi
Shariah RFP
Muqmeen Group
No comments:
Post a Comment