[ SINAR DI HUJUNG JALAN ]
Bila kita dalam kegelapan atau dalam keadaan kabur. Kita teringin sangat kalau ada sinar. Dan bila kita mula nampak sinar tersebut...adakah kita hanya tunggi sinar tersebut datang kepada kita atau, kita yang kena pergi mencari sinar tersebut?
Macam tu la jugak peluang dalam kerjaya atau juga dalam kewangan. Bila kita mula nampak sinar atau peluang, kita kena keluar dari zon selesa untuk mencari sinar dan peluang tu. Bukan tunggu peluang tu ketuk pintu rumah kita, and lagi teruk tunggu peluang ketuk pintu bilik tidur kita..
Saya just nak kongsikan pengalaman saya dulu. Gaji fresh graduate RM 1,800...tahun kedua ada kenaikkan RM 60 setahun. Jadi RM 1,860 dan tahun berikutnya pulak bertambah RM 70 setahun jadi RM 1,920.
Selepas itu, saya cuba kira balik, berapa income saya agaknya kalau aku stay kat company yang sama dalam masa 5 tahun lagi kalau aku kira balik based on kenaikkan income tahunan.
Kalau setahun naik average RM 65 [ (60+70)/2 = 65 ]..maknanya dalam 5 tahun, income saya akan antara 300 - 325. Tambah dengan income sekarang RM 1,920 sebulan = RM 2,245. Dan masa tu umur saya 30 tahun. Umur 30 tahun, berkahwin, anak sorang atau 2, duduk di lembah klang...income RM 2,245 (belum tolak epf dan socso) macam mana agaknya tu ya?...Saya terifikir masa tu.
Boleh ke aku hidup kat lebah klang nie dengan income macam tu?..Bagaimana aku punya taraf hidup masa tu?..Itu belum fikir nak kena support mak ayah kat kampung.
Selepas saya jauh berfikir, dan saya beritahu diri saya, saya kena buat sesuatu. Kena usaha tambah income. Apa sumber yang saya ada untuk saya gunakan dan boleh dapat income.
Then, saya fikir saya ada sedikit masa lapang...malam dan hujung minggu. Macam mana saya boleh gunakan masa lapang saya untuk tambah income. Saya tak boleh nak duduk saja dan harapkan kehidupan saya berubah. Saya sedar yang saya kena ubah nasib hidup saya, dengan saya perlu usaha dan tak boleh nak harapkan orang.
Lepas tu, baru la tetiba Allah lorongkan berjumpa dengan orang yang perkenalkan business insurance dengan saya pada tahun 2003. Masa tu, dengan tak tahu apa2 pasal business insurance. Apa yang saya tahu masa tu, saya kena berubah, saya kena rebut peluang. Tak tahu nak buat itu bukan masalah bagi saya, sebab saya boleh belajar. Tapi kalau tak nak buat memang itu masalah yang takde sesiapa yang boleh selesaikan kecuali diri sendiri.
Lepas dah masuk kelas dan belajar, bohong la kalau terus2 pandai. Saya struggle, saya tak pandai nak present, saya takde network yang besar2. Tapi, satu benda yang saya pegang.....buat sampai jadi. Selagi tak jadi, buat lagi sampai jadi.
Saya lihat orang lain boleh buat, saya yakin, saya pun mampu buat. Sikit banyak saya tak fikir sangat. saya nak ada progress...saya nak saya ada income RM 500 tambahan untuk cover saya punya expenses yang paling besar iaitu kereta saya.
Alhamdulillah.....apa yang saya buat simple je. Just focus dengan apa yang leader suruh buat. Back to basic....focus dengan prospecting, buat appointment, present dan open proposal banyak kepada prospect.
Rejection?...jangan cakap....bersepah....Down?..bohong kalau takde rasa down. Tapi, sebab DREAM saya lebih besar dari semua halangan tu, saya teruskan usaha saya.
Saya tak cakap saya bagus. Tapi saya nak kongsikan kepada anda yang baru je start buat business....baru je dalam process pembelajaran. Ada yang dah start dapat hasil, tapi, bila kena reject, bila ada cabaran sikit, terus rasa macam malas nak teruskan. Terus raca macam susah nak buat. Dan terus rasa macam orang lain buat senang je, kita buat susah. Tapi kita belum jumpa lagi tanya orang yang berjaya tu lalui zaman kesusahan macam mana.
Saya dulu bermula dengan naik motor EX5. Letak tong kat belakang untuk letak beg kalau hujan. Dan masa tu, kena ingat, laptop bukan kecik2 dan nipis macam sekarang...
Masa tu, kalau setakat hujan duduk bawah jambatan tunggu hujan reda. Kalau setakat tayar pancit kat highway, kalau setakat kena hujan tengah2 ride dan tak sempat nak pakai baju hujan...semua saya lalui. Jangan ingat apa yang saya ada sekarang dapat dengan mudah.
Akhir sekali, kalau bebetul nak ubah hidup..tetapkan matlamat...mula berusaha dan jangan sekali-kali putus asa atau buat kerja separuh jalan. Buat bagi sampai jadi.
Itu je dulu..nanti saya share lagi pengalaman macam mana saya jimat duit belanja setiap bulan masa saya mula2 jadi agent dulu.
Kalau ada sesiapa yang ada DREAM nak ubah hidup dan ada semangat yang JITU untuk harungi semua cabaran untuk berjaya. Boleh click link di bawah ni..
Saya akan guide anda sampai berjaya In sha Allah.
Aziz Riadi.
- Dulu naik motor masa mula2 buat business-
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
No comments:
Post a Comment