29 October 2020

TAK SURE NAK MULAKAN BUSINESS APA? #AzizRiadi #BusinessStartup



Kalau anda nak mulakan business. Apa yang paling penting anda kena fikirkan adalah 


"SIAPA YANG AKAN BELI BARANG ATAU PERKHIDMATAN YANG ANDA JUAL ATAU TAWARKAN?"


Memang  la, senang tengok orang  buat business. Sebab business nie ada banyak cabang cabarannya. Kalau kita sendiri tak kenal siapa prospect (atau bakal pelanggan kita). Macam mana kita nak target client client kita?..


Process ini saya panggil nama dia RETARGETING.


1- TARGET

2- RETARGET


TARGET ni lebih kepada umum. So, katakanlah segment market kita adalah orang dewasa.


RETARGET - 


Kena tahu apa masalah yang kita cuba selesaikan supaya mereka sanggup beli atau gunakan khidmat kita dan sanggup bayar kita?


Kena tahu apa resources atau  opportunity yang kita ada untuk berikan solution kepada mereka sampai mereka nampak yang kita boleh selesaikan masalah mereka?


Kena check kawasan mana kita  nak mulakan dan kita nak cover. Kita tak boleh main belasa semua kawasan.


Kena tahu apa emotional factor yang kita kena gunakan supaya prospect boleh buat keputusan segera untuk beli atau ambil service kita.


Kena ada sample result yang  kita pernah settlekan masalah yang kita cuba selesaian kepada semua bakal prospect kita. 


Itu baru nak determine prospect je. Belum masuk lagi 5 asas business component iaitu MARKETING, SALES, OPERATION, FINANCE & HUMAN RESOURCES.


Banyak lagi nak ekna fikir. 


So, kalau orang tanya soalan macam nie kat saya, saya akan tanya  dia balik, dah buat study dah?..Ramai yang meniaga, main belasah je, letak modal. Lagi teruk pinjam modal. Modal hangus, lepas tu berhutang lagi.


So, nak berniaga, yang paling senang, belajar dulu. Tak perlu belajar sampai pandai, tapi belajar nak mulakan dulu. Dan lagi bagus, kalau kita nak buat sesuatu business tu, kita kerja dulu sebagai kuli pada syarikat atau company yang buat business tu. Baru le kita tahu selok belok dan asam garam business tu.


Ok?


Aziz Riadi
Sh.RFP
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
"Best Takaful Operator in Malaysia 2019"


No comments:

Post a Comment