29 October 2020

TAKAFUL AGENT BUSINESS TIPS : ANDA LOST? GO BACK TO BASIC.

 


[ GO BACK TO BASIC ]


Cabaran yang biasa dihadapi oleh agent takaful sama ada yang baru atau yang lama, setelah beberapa lama dalam industri adalah...."TAK NAK BACK TO BASIC"

Apa maksudnya tu?..

Rasanya semua agent tahu, untuk dapatkan client kita kena kena buat sales cycles.

Prospecting
Approach (phone calls)
Fact Finding
Present
Handling Objection
Closing
Servicing
dan kemudian ulang semula ke Prospecting.  

Ini je asasnya, atau foundationnya.  Jadi, kalau kita punya result semakin kurang, atau takde, atau semakin drop, check sales sycle nie. Kat mana yang  kita sangkut.   
Kalau ikut pengalaman saya, Prospecting (New Names) dan Approach antara sales cycle yang paling  basic dan paling  utama, tapi itu la yang  paling agent ambil mudah.   Setiap hari tak nak tambah new contacts. Setiap hari tak nak call atau buat appointment dengan client. Rata-ratanya kalau setakat nak present, ramai yang boleh present. Tapi, untuk dapatkan presentation tu memang agak mencabar.   
Walau pun kekadang  kita tahu cara, tapi belum tentu kita buat  sebab apa?..Sebab kita takde ENERGY.....nak buat  rasa macam malas, dan dengan keadaan zaman penuh dengan DISTRACTION nie...dengan social medianya, dengan kekawan ajak sembang benda2 yang buat  high value untuk business...last2 kita hanyut, habis masa satu hari....
  
Jadi, macam mana nak dapatkan ENERGY?...Check balik apa tujuan anda jadi agent?...  Adakah jadi agent hanya untuk isi masa lapang?...Atau jadi agent memang bebetul nak bantu orang  sambil tambah income, so that kita boleh perbaiki tahap kewangan kita dan seterusnya bantu keluarga kita untuk naikkan taraf hidup.  Rasanya ramai je orang tahu, kat Malaysia, nie, berapa orang  je yang  ada simpanan kecemasan. Menurut kajian, dari pada 10 orang, 6 orang takde simpanan RM 1,000 dalam account untuk dana kecemasan. Kita bagaimana?...Kalau ada, adakah cukup untuk kita retire nanti?....Adakah kita dah standby backup untuk kita  retire dengan  passive income yang  ada?  

Kalau ikutkan pengalaman saya dan apa yan saya buat, bila jadi  agent nie la paling senang nak kumpul asset.  

1- Income kita boleh naikkan ikut berapa yang kita perlukan. (Kat  sini la patutnya jadi sumber energy)  

2- Kalau client nak ke tak nak ke, kita akan dapat upah dari setiap apa yang buat. Contoh. Katakan kita buat phone call 30 orang sehari. 

Dari 30 orang tu, kita dapat 5-6 appointment dan dari 5-6 appointment kita dapat 3 solid presentation dan kita dapat  1 closed. Commission dalam masa 6 tahun total semua dengan bonus adalah 142% dari jumlah caruman. 

Jadi, kalau orang  tu ambil contribution RM 200 = RM 2,400 annualised. 142% x RM 2,400 = RM 3,408. Ini adalah potential income kita. So, berapa upah yang  kita dapat untuk setiap call?..  RM 3,408 / 30 calls = RM 113.60.   

Nampak?..1 calls atau 1 approach, kita dapat upah RM 113.60, tak kira sama ada client tu sign up dengan kita  atau pun tidak.  

3- Closed deal sekali, commission dapat  berkali-kali...provided kena la jaga collection. Yang  ni, kalau agent takaful tak nampak power nya benda nie, better korang tak payah jadi agent la. Kat sini la paling power, sebab ia compounding. Ada orang cakap, compounding ini antara  benda ajaib dalam dunia....kenapa jadi macam tu?..  Bulan pertama closed 10 orang, dapat commission katakan RM500 sebulan. Bulan kedua closed 10 orang, bukannya hanya dapat RM 500..tapi RM 500+RM 500...nampak?..

Kalau anda berpotensi untuk naikkan income (atau dapat increment setiap bulan, anda rasa nak kerja rerajin atau nak kerja memalas?)...orang yang tak cerdik je yang  ditawarkan increment income setiap bulan, tapi masih lagi nak bermalas-malasan.  

4- Ada pelbagai contest yang  dalam bentuk duit dan buat duit. So, yang  ni commission dah la dapat  full, lepas tu, dapat contest lagi on top of commission...dan bukan berkurang pun commission kalau dapat achieved contest. Ini semua duit. Sama anda nak atau tak nak je.   

5- BONUS - yang ni duit untuk kita simpan. Masa saya memula jadi agent dulu, income baru nak cecah RM 3,000 hingga RM 3,500 sebulan, nak simpan setiap bulan mmg perit. Sebab dengan family dan business expenses...kekadang dapat  simpan RM 200-300 je. 

Kekadang tak dapat nak simpan. Tapi, apa yang saya buat?..saya kejar bonus. Saya buat sales sampai saya layak dapat bonus....then sekali dapat bonus ..BOOMMMMM!!!! RM 10K, RM 20K, RM 30K...bergantung berapa tahun saya layak dapat bonus. 

So duit nie la saya simpan selepuk. Orang lain upgrade kereta, renovate rumah...saya tak...Saya simpan terus dan lupakan. Ambil la dalam 5% untuk reward saya dan family....then lepas 3-4 tahun ada HARD CASH RM 100K-150K...there.....masa tu baru la boleh expand the money..  

Oklah....panjang sangat dah ni...fahamkan dulu BASIC nie...nanti saya sambung lagi.

Anda nak berminat untuk jadi agent takaful? Saya boleh ajar anda untuk dapatkan income RM 500 increment setiap bulan. Dalam masa 10 bulan sahaja, income tambahan dah ada RM 5,000 sebulan. Bukan setakat boleh cover expenses...sesilap boleh buat takaful full time lagi. Nak join? Click sini http://jomextraincome.wasap.my

Untuk yang dah jadi agent. Nak saya guide free...boleh join link FB group private ni.

https://www.facebook.com/groups/agentsinnercircle/
  

Sekian.  

Aziz Riadi
ShRFP.
18 years in takaful industry.

No comments:

Post a Comment