23 June 2021

3 CARA SIMPLE TARIK PELANGGAN ONLINE #AzizRiadi

 

Pic Source : Google


ANTARA SKILL nak memperkenalkan business kita adalah dengan kita tarik potensi pelanggan atau prospect ke website, facebook profile, facebook page dan sebagainya. Semua socia media platform nie, kita perlu anggap sebagai KEDAI ONLINE KITA.


Tapi, berapa ramai peniaga, founder atau agent yang faham perkara asas nie?..

Kalau dah namanya meniaga, kena la beritahu orang yang kita meniaga. Kena la tunjukkan orang apa yang kita provide, apa masalah yang kita boleh selesaikan. Tapi, cabarannya, kalau orang pun tak tahu yang kita meniaga...macam mana?..

Ada 2 kaedah utama untuk tarik pelanggan ke kedai ONLINE KITA.


1- TEKNIK TOLAK atau "PUSH"

Push nie, maksudnya kita kena approach orang, Kita kena proactive. Antara cara yang kita boleh buat di social media adalah, kita engage dengan potential client kita dengan like, share dan comment posting dia. Dan buat selalu sampai dia notice. 

Selalu le support dia punya statement, dengan berikan comment panjang pada posting dia. Secara tak langsung, follower dia pun akan tengok kita dan biasanya, kalau comment tu bagus, orang suka, orang akan like comment kita.

Bila orang lain like comment kita, kita kena click kat yang like tu, kalau mereka bukan friend lagi dengan kita (dalam platform facebook)...kita add friend dengan dia.

Comment yang saya maksudkan ni pulak, bukannya comment yang menjual. Comment la benda2 yang support kenyataan dalam posting dia dengan berikan pedapat kita, sebagai contoh, setuju dengan statement di sebab apa?..mungkin pernah lalui kisah yang lebih kurang sama.

Macam tu la kita kembangkan contact kita. Bila orang yang kita dah add friend tu accept, kita boleh pulak share kat story kita apa yang kita buat, atau apa service yang kita boleh berikan kepada kita punya network.

Ini sebahagian dari cara. Ada banyak cara lagi. Saya akan kongsikan kemudian.


2- TEKNIK TARIK atau "PULL"

Teknik ni pulak, kita kena bijak menyusun content. Content apa yang boleh tarik audience untuk engage dengan kita. Cara kita bercerita, isi cerita, perjalanan cerita, take away cerita, tips dan tricks dalam cerita dan sebagainya...

So, nak cerita apa dan cerita yang macam mana yang orang suka baca?..

i. UNTOLD REAL STORY

Kisah benar dan bukaan rekaan antara cerita yang paling orang suka. Especially kalau cerita tu ada drama, conflict, khianat, scandal dan kantoi, rahsia kejayaan yang disorok pada awalnya tapi akhirnya orang tahu...ini antara cerita2 yang orang suka nak tahu, nak baca dan nak dengar...so, kena bijak nak dapatkan content cerita macam nie dan kena ada skill untuk link kan dengan apa yang kita nak commercialkan.

ii. LIFE JOURNEY

Perjalanan hidup atau process dari mula sampai habis. Contoh, macam mana perjalanan hidup seorang usawah berjaya yang dulunya hidup susah, melarat, melalui fasa-fasa kegagalan, dan bagaimana beliau bangkit dan siapa yang beliau jumpa, bagaimana beliau gunakan sumber yang ada, buatkan cerita tu lebih menarik untuk orang follow.

iii. ADVANCE TIPS AND TRICKS (OUT OF THE BOX)

Yang ini biasanya kalau kita boleh ceritakan, tips and tricks yang advance, yang tak ramai orang tahu dan share tapi sebenarnya simple je. Cuma pastikan jangan ajar benda2 yang menyalahahi undang2...Sebab takut impact negative  akan timbul disebabkan perkongsian kita. Jadi, kena bertanggungjawab dengan apa yang kita kongsikan. Kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada audience anda.

iv. NETWORKING

Anda kongsikan kisah2 bagaimana anda dapat kembangkan network anda, cara anda kembangkan, cara bagaimana anda dapatkan kepercayaan untuk kembangkan network anda. Network kat sini, bukan nya network dari segi berapa laju line internet atau sebagainya, tapi lebih kepada siapa yang anda kenal, yang lead kepada apa yang anda nak dalam business atau dalam kehidupan. So, ni antara benda2 yang ramai orang nak tahu dan nak belajar...

So, saya dah kongsikan sedikit beberapa info untuk kembangkan business anda supaya orang boleh nampak, kenal dan perasan kewujudan anda dan business anda...

NOW....Bagaimana nak convert supaya jadi client kita?..

Umpama, bakal pelanggan kita dah masuk dalam kedai kita (bayangkan anda ada kedai fizikal)....apa anda akan buat kepada bakal pelanggan anda?..takkan biarkan je?...Sudah tentu kena layan baik2. Tunjukkan apa barang yang kita ada yang boleh selesaikan masalah dia...sama ada keperluan atau kehendak.. Sebab bila mereka dan masuk dalam kedai kita, ia lebih mudah untuk kita yakinkan mereka membeli product atau perkhidmatan yang kkita tawarkan berbanding dengan bakal pelanggan yang berada di luar kedai kita.

Sama juga dengan kedai MAYA. Anda kena la sajikan content2 yang boleh menarik minat mereka yang dah visit social media anda sama ada facebook, instagram, youtube dan sebagainya...

3- TEKNIK MEMBURU atau "HUNTING"

Cara ini agak advance dan perlukan masa. Sebabnya, cara ini perlukan beberapa strategy skill yang lebih power.

Antaranya :

i. PROFILING (Skill mengenal pasti target market dan prospect)

ii. RETARGETING (Skill bagaimana kita nak buat segmentation dan bagaimana kita nak get connected dengan target prospect). 

iii. POSITIONING (Skill nak position kan diri kita sebagai EXPERT dalam bidang kita. Kena tunjukkan credibility dan kena ada reference yang boleh digunakan untuk endorsed yang kita bebetul ada value yang orang harapkan)

iv. HACKING NETWORKING (Skill nak penetrate new network dengan orang yang tolong introduce kita)


Oklah, itu sahaja. 


Nak Belajar menulis content yang boeh berikan impact kepada pembaca?..Boleh click link ni : 
https://aarcreativemedia.onpay.my/order/form/hiim


Sekiranya anda merupakan founder yang baru sahaja keluarkan products, atau agent yang baru je bermula nak buat business, tapi tak tahu macam mana nak kembangkan business anda. Tak tahu nak manage duit business anda, boleh join group FB saya di link berikut :

https://www.facebook.com/groups/AARFreeCoaching/

Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang khidmat nasihat kewangan, boleh click http://financialcoah.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
www.azizriadi.com

#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang


No comments:

Post a Comment