Siapa yang suka berhutang?
Kalau boleh nak beli semua pakai cash. Tapi, keadaan kewangan pulak tak mengizinkan.
Tapi, bila dilihat dari sudut pandang lain pulak, contoh dari case study atau senario orang yang terciduk sebab hutang nie, 90% bukan sebab masalah kewangan...tapi masalah EMOSI dan PERASAAN.
Ehh,...mana saya tahu?...Ini based on apa yang saya terima dari apa yang orang tanya saya. Sebab setiap hari ada ke yang tanya saya dan bila saya tanya sebab apa berhutang...jawapan mereka lebih kurang sama dan ia boleh dielakkan kalau mereka boleh faham beberapa perkada.
1- DUIT ADALAH ALAT atau "TOOLS"
Bila sebut pasal TOOLS, kena la tau nak handle tools. Sebab tools nie ada cara nak guna dia. Adakala boleh jadi manfaat, ada kala kalau tak reti handle boleh jadi mudharat dan membebankan.
2- HUTANG ITU DICIPTA OLEH KITA SENDIRI, BUKAN TERJADI SECARA SEMULA JADI.
Semua dari kita tak berhutang. Kita yang create hutang tu. So, bila kita create, kena la sedar dan tahu macam mana nak uruskan dengan baik,
3- DALAM URUSKAN KEWANGAN, KITA KENA FIKIR DIRI KITA SEBELUM NAK TOLONG ORANG LAIN. BELAJAR UNTUK BERKATA "TIDAK" (LEARN TO SAY NO)
Ada banyak case, seseorang tu berhutang sebab nak tolong orang lain. Nak clearkan nama orang lain. Nak sambung hutang orang lain yang tak mampu bayar disebabkan masalah orang lain. Jadi, kalau kita rasa tak mampu tolong dan tak perlu jangan kita rasa sanggup untuk bantu tanpa kita buat kira2. Takut2 nanti kita yang tolong orang lain, orang yang kita tolong terlepas beban hutang, beban hutang dia pulak kita tanggung.
4- HUTANG YANG TIDAK DIBAYAR MENYEBABKAN ANDA BLACKLIST DAN MEROSAKKAN FINANCIAL PROFILE.
Bila anda kena blacklist, bank pun tak nak bagi pinjaman untuk anda. Jadi, anda terlepas la peluang untuk gunakan kemudahan pinjaman bank untuk leverage bagi tujuan pelaburan dan sebagainya. Jadi, kena aware benda nie.
5- ATTITUDE PALING PENTING DALAM NAK URUS KEWANGAN ADALAH DISCIPLINE.
Discipline adalah kunci utama. Sebab, bila melibatkan hutang, dan pengurusan kewangan, ia biasanya melibatkan satu tempoh yang panjang. Jadi, untuk satu tempoh yang panjang, disipline sangat diperlukan untuk kita sentiasa on track dengan apa yang kita dah rancang. Jadi, kalau anda jenis yang takde discipline, usaha untuk ubah tabiat...
Discipline macam mana yang diperlukan.
i. Discipline dalam buat saving
ii. Discipline dalam generate gerate income sama ada anda berniaga atau bekerja.
iii. Discipline dalam kita kembangkan asset kita dengan membuat pelaburan yang kita faham.
Ok,...itu je perkongsian hari ni.
Kepada anda yang ingin belajar manage business dan juga kewangan, boleh join FB Group Private saya di
Banyak tips kewangan saya kongsikan dalam tu.
Kalau nak dapatkan khidmat nasihat kewangan percuma. Boleh click http://financialcoach.wasap.my
Dan kalau anda nak dengar sharing audio
JOIN KAMI DI CLUB HOUSE FINANCIAL SWAGGER™ dalam CEOFlix™ Clubhouse untuk dapatkan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan juga business.
Click link ni : https://www.clubhouse.com/club/financial-swagger-tm
Sekian.
Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
www.azizriadi.com
www.muqmeen.com.my
#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang
No comments:
Post a Comment