[ NAK SURVEY TAKAFUL DULU? ]
Kalau sembang pasal nak survey nie, memang dah biasa sangat. Cuma apa yang biasa orang tak tahu, mereka ingat Takaful ni ada sejenis dua je. Dia tak tahu takaful nie ada macam2 dan ada beberapa strategy bagi memenuhi keperluan perlindungan. Sebab risiko macam-macam dan senario pun macam-macam boleh berlaku..
Bila ada orang cakap nak survey, saya sebagai orang yang dah hampir 20 tahun dalam bidang nie, biasanya akan test orang tu. Dia tahu tak apa yang dia nak survey dan macam mana nak survey.
Kalau setakat survey harga, survey benefit, survey plan, survey company, survey agent....ada berapa company nak survey?..ada berapa products nak compare?..ada berapa harga nak dapatkan proposal?...ada berapa ramai agent kita nak tanya?..
Jadi sebagai orang yang ada pengalaman hampir 20 tahun nie, saya bagi anda guide sikit macam man anak buat survey. Sebab, kalau tak jadi macam orang dalam screen shot nie. Kalau setakat nak main survey je, sama macam nak survey ikan, pergi ke laut yang luas....agak2 macam mana nak survey kalau kita takde guidance atau framework?
Kenapa biasa orang survey?...
Memang tak pelik orang survey nie. Benda nie memang bagus dan biasa. Kita sendiri pun sebelum beli sesuatu kita akan survey. Cuma, biasanya kita tahu parameter atau perkara-perkara yang kita nak jadikan kayu ukur bila buat perbandingan dan juga kajian.
Biasanya orang survey nie sebab beberapa perkara.
1- SUMBER KEWANGAN TERHAD.
Maksudnya, budget terhad, tapi nak dapatkan perlindungan atau pakej yang paling baik. So, kena la survey bagi match dengan budget.
Then, bila dah set budget, ada banyak pulak pakej, plan, benefit, coverage...mana satu nak pilih....then check perkara nombor 3.
2- RASA TAHU DAN BOLEH BUAT PILIHAN SENDIRI.
Ini ramai yang macam nie. Rasa macam tahu hasil dari pembacaan. Tapi apa yang ramai tak tahu, industri takaful nie ada regulator, jadi, akan ada perubahan dari segi term and condition dan juga business rules (bergantung kepaa syarikat pengendali takaful).
Kekadang agent yang tak active pun tak tahu sangat perkembangan mengenai latest products, latest terms and conditions, latest business rules dan sebagainya. Ini kan pulak orang awam...kalau tahu pun memang tahu sikit sangat.
3- NAK SEMUA BENDA TAPI TAK TAHU NAK SUSUN KEUTAMAAN KEPERLUAN PERLINDUNGAN.
Oleh kerana budget terhad, dan pada masa yang sama, banyak pulak keperluan perlindungan yang nak diambil, antaranya
- Manfaat Pampasan Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
- Manfaat Pampasan Sakit Kritikal
- Manfaat Pampasan Kemalangan
- Manfaat Rawatan Hospital
- Jaminan Simpanan untuk pendidikan atau persaraan...
Kalau tengok list kat atas, semua tu penting....tapi tengok budget pulak, macam tak lepas nak ambil semua...kena pulak yang baru kerja...dengan living expenses lagi, dengan nak invest kat tempat lain lagi...
Kat sini la pentingnya agent untuk advice. Agent yang pandai nak advice adalah agent yang faham MASALAH prospect dan faham bagaimana nak berikan SOLUTIONS TERBAIK yang MEMENUHI KEPERLUAN berdasarkan KEMAMPUAN.
Cari lah agent yang boleh share sample case study atau senario untuk anda lebih mudah nak faham. Kalau setakat sembang benefit, tengok brochure pun ada kadang-kadang,. Tengok Sales Illustration pun ada tulis dalam tu.
Tapi, berkenaan process nak claim, process kalau dah ada penyakit nak apply...banyak benda nak kena tahu jugak tu. Sebab tu kena deal dengan agent, biar agent terangkan.
Kalau products simple macam personal accident memang oleh deal online dengan company, tapi benda2 yang melibatkan process, terms and conditions, exclusions, dan sebagainya, kena ada agent advice...
Jadi, nasihat saya, kalau nak survey, kena tahu apa yang nak disurvey dan macam mana nak survey. In sha Allah anda akan dapat apa yang anda mahukan.
Kepada anda yang mungkin nak tahu atau tengah survey plan takaful. Nak saya berikan khidmat nasihat percuma,
Oklah...itu sahaja.
Terima kasih...
Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group
www.azizriadi.com
#medicalcard #medicalcardunlimited #medicalcardmampumilik #hibahtakaful #hibahtakafulmampumilik #prubsntakaful #prubsnwarisanplus #retirementplan #ejentakaful #parttime
No comments:
Post a Comment