13 June 2021

SIAPA YANG BOLEH SIGN UP PELAN TAKAFUL? #AzizRiadi #TakafulBlog

 


[ SIAPA YANG BOLEH SIGN UP PELAN TAKAFUL? ]

Secara umumnya, sesiapa pun boleh. Tapi secara khususnya ada 3 faktor yang menurut pengalaman saya boleh menjadi kunci utama untuk seseorang tu sign plan takafu.

1- RIGHT PEOPLE

2- RIGHT TIME

3- RIGHT PLACE

Saya nak share sikit pasal RIGHT PEOPLE.

Macam mana nak identify right people pulak untuk membolehkan dia sign up?. So, ada 3 kunci lain pulak.

Iaitu

1- Dia sihat
2- Dia ada duit
3- Dia boleh buat decision.

Takaful bukan hanya disertai dengan ada duit sahaja. Berapa ramai orang ada duit yang nak sign up takaful tapi tak dapat? Kalau dapat pun penyakit seria ada tak cover. Kalau cover pun kena bayar lebih dari orang yang sihat.

Takaful juga bukan hanya boleh disertai oleh orang yang sihat. Dia mesti mampu untuk menyumbang kepada tabung tabarru' (derma), concept dia macam tabung khairat kematian kat kampung la. Kira setiap satu rumah atau keluarga kena mencarum RM 10 sebulan dalam tabung khairat kematian tu.

Jadi, bila ada salah seorang dari ahli kariah yang menyertai tabung khairat tu meninggal dunia, duit tabung khairat tu la yang akan digunakan untuk pengurusan jenazah dan pengkebumian. Yang tak mencarum, tak boleh la pakai duit tu, sebab duit tu amanah untuk kegunaan dan persetujuan peserta yang mencarum. Jadi kena la ada duit. Sihat sahaja takde duit tak boleh sertai takaful.

Last sekali adalah, seseorang tu boleh buat decision untuk diri dia atau tanggungan dia.

Sebagai contoh, individu bawah umur. Tak boleh sertai pelan takaful under nama dia tanpa nama ibu bapa atau penjaga yang sah. Sebab apa? Sebab dia tak boleh buat decision untuk diri dia sendiri atas faktor bawah umur.

Selain tu, contoh lain. Dia mungkin dah cukup umur, tapi dia takde income dan income dari individu lain. Sebagai contoh, Isteri tak kerja, harapkan duit belanja dari suami, dan itu pun kekadang tak cukup..jadi tak boleh nak buat decision untuk ambil plan takaful. Takut nanti dia ambil, suami tak setuju, dia stop duit belanja, akhirnya duit sumbangan takaful pun tak dapat bayar. Lama-lama lepas tu lapsed. No point jugak.

So, itu sahaja tips sikit hari ni. Boleh follow FB page saya untuk tips dan tricks perancangan kewangan di Abd Aziz Riadi.

Kepada agent takaful yang nak dapatkan tips-tips sales dan closing serta handling objection, boleh join private group TAKAFUL & INSURANCE AGENTS INNER CIRCLE (PRIVATE GROUP). Saya kongsikan banyak content berkenaan sales dan recruitment di dalam tu.

Untuk video2 perancangan kewangan, boleh subscribe channel youtube saya di https://www.youtube.com/c/azizr3130

Sekian

Aziz Riadi
ShRFP

No comments:

Post a Comment