19 September 2021

RISIKO KECEDERAAN DI RUMAH. APA YANG ANDA KENA TAHU? #AzizRiadi #accident

 


[ KECEDERAAN DI RUMAH ]
.
.
Kalau saya berkongsi pasal manfaat perlindungan takaful yang melibatkan risiko kemalangan, ramai client atau bakal client tertumpu kepada kemalangan jalan raya. Tapi, dari pengalaman saya, banyak kes tuntutan takaful especially medical disebabkan oleh kemalangan di rumah.
.
.
1) GANTI MENTOL LAMPU, TERGELINCIR DARI TANGGA, JATUH & PATAH TANGAN atau KAKI.

Ini antara yang biasa yang saya jumpa. Kekadang tak patah tangan, patah kaki. Atau pun ada keretakan. Nampak macam takde apa2, tapi selepas 2-3 hari, kawasan kecederaan jadi bengkak, dan lebih bahaya kalau ada jangkitan kuman, yang kekadang memerlukan rawatan sehingga melibatkan pembedahan. Kalau tak, jangkitan kuman boleh masuk dalam darah dan menyebabkan penyakit lain yang lebih serious.
.
.
2) TERSIRAM AIR PANAS / SAYUR PANAS / MINYAK PANAS / RENJATAN ELEKTRIK VOLTAN TINGGI

Ini pun selalu terjadi, dan lebih teruk kekadang melecur anggota badan. Dan kalau kena case macam nie, biasanya kena tahan ward especially apabila melecur tahap kedua atau ketiga. 

Apa itu tahap melecur?..

Tahap melecur atau terbakar biasanya diklasifikasikan kepada 3 peringkat.

Peringkat PERTAMA.

Ia hanya membabitkan permukaan kulit sahaja atau dipanggul epidermis. Keadaan ini mengakibatkan kesakitan dan kemerahan yang tidak teruk. Cara merawat luka melecur yang biasa seperti disarankan doktor. Biasanya disebabkan oleh risiko yang kurang bahaya seperti terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap atau lama (sunburn).

Peringkat KEDUA 

Ia membabitkan lapisan kulit yang kedua atau dipanggil "dermis"
Keadaan ini akan mengakibatkan kesakitan, kemerahan dan keluarnya lendir seakan nanah. Dan nanah ni yang biasa ada risiko jangkitan kalau tidak mendapat rawatan segera.

Untuk rawatan peringkat kedua, adakalanya hingga memerlukan kaedah ganti kulit kalau keadaan sangat teruk. So, kena ambil la kulit bahagian lain dalam badan, biasanya peha kalau berdasarkan pengalaman saya buat claim.

Biasanya ia disebabkan oleh risiko kena air panas, atau terbakar melecur sampai bahagian isi daging. Kena rawat segera, sebab kalau dah kena jangkitan, ia akan lebih teruk.

Peringkat KETIGA

Keadaan melecur atau terbakar yang membabitkan kesemua lapisan kulit. Kalau kena tahap nie, bahagian melecur atau terbakar terasa sangat sakit. Boleh dilihat ada perubahan warna kulit kepada coklat atau hitam disebabkan kesan melecur atau terbakar tadi. Kalau teruk sangat, sampai melibatkan saraf, mangsa mungkin hilang rasa dibahagian yang cedera. Yang ni memang lagi teruk la.

Yang nie, biasanya memerlukan rawatan ganti kulit untuk merawatnya jika teruk. Perkara ini biasa berlaku atas faktor risiko yang sangat bahaya contohnya melecur akibat terkena minyak panas, besi panas, renjatan elektrik ataupun bahan kimia yang boleh menghakis.
.
.
3) PATAH KAKI SEBAB TERSALAH STEP ANAK TANGGA.

Yang ni, nampak macam simple. Tapi, memang kerap terjadi. Walau pun kalau nak ikutkan, anak tangga rumah kita tu kita lalu berkali-kali setiap hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun, ada kalanya mungkin masa tu kita tak focus atau tengah fikir benda lain, akhirnya tersalah step, ingatkan dah habis (sampai lantai) rupayanya ada satu step lagi, tak perasan, terseliuh dan ada kalanya boleh menyebabkan patah.

Sebagai contoh, yang berlaku dalam gambar nie. Salah seorang client saya, yang baru je mendapatkan rawatan akibat kecederaan berlaku di dalam rumah. Jadi, jangan ingat STAY AT HOME tiada risiko cedera.

Kes ini, Doktor nasihatkan untuk cepat recover, kena masukkan plate dalam kaki sebabnya patah. Kalau nak normal healing, tak masuk plate boleh, tapi lama dan maybe akan ada kesan sambungan tulang tak sama disebabkan patah.

Bila check2 balik, anggaran kos nak buat adalah RM 16,000....nampak macam simple, tapi bila menyebabkan kecederaan, kekadang ia boleh menelan kos yang tinggi.

Jadi, terpulang kepada diri masing2. Boleh je tak perlu untuk kos yang tinggi, natural healing, lama sikit nak recover dan maybe akan ada effect impairment (kecacatan) disebabkan tulang dah lari sikit. 

Atau pun, kena keluar kos untuk recover lebih cepat dan kurang kesan impairment. Kalau ada saving oklah, cuma kena korbankan la duit saving yang kita simpan bertahun-tahun tu.

Kalau ada perlindungan takaful atau insurance medical card, berkenaan kos rawatan, tak perlu bimbang sebab rawatan kemalangan atau kecederaan antara process claim yang paling mudah nak approved. Tak macam kalau rawatan penyakit yang kekadang kena check sama ada penyakit tersebut pernah ada ke tidak sebelum sign up plan perlindungan atau insurance.
.
.
4) TERBAKAR MELECUR AKIBAT KEBOCORAN SALURAN DAPUR GAS DI DAPUR.

Yang ni pun dalam beberapa tahun lepas, ada salah seorang kenalan saya, diberitakan, muka dan sebahagian tangan dan badan melecur peringkat kedua disebabkan oleh api menyambar disebabkan oleh kebocoran salur gas. Benda nak jadi, siapa yang boleh jangka. Selama umur, tak pernah terjadi, tapi kalau nak jadi, tetap terjadi. Sebab tu ada pepatah "Malang tidak berbau"...

Untuk case ini, lama juga warded dan kos rawatan sampai habis annual limit. Nasib baik bila dah hujung-hujung rawatan tu, kos dah tak tinggi sangat sebab dah boleh buat rawatan di rumah (dah keluar ward)...tapi masa dalam ward, penjagaan rapi diperlukan sebab kesan luka terbakar akan cepat bernanah kalau kena jangkitan kuman. Dan kuman tu pulak, kalau dah masuk salur darah, boleh attack organ yang lain. Jadi, jangan ambil mudah.

Ini satu perkara lagi mengenai limit tahunan medical card. Sekiranya anda dah ambil medical card lebih dari 10 tahun dan tak pernah review plan medical card, bagus untuk semak semula keperluan semasa medical coverage anda dan keluarga. Bukan apa, takut2 kita rasa ok sebab ada medical card, tapi tak tahu, limit medical card sangat sikit sebab ikut standard coverage 10 tahun lepas.

Contact agent2 anda untuk buat review, sekiranya anda nak minta saya reviewkan, boleh DM saya atau tulis diruangan comment untuk saya bantu.

Akhir sekali, apa yang saya nak kongsikan dalam posting ini adalah....kita kena berhati-hati di mana saya kita berada, sebab kecederaan boleh berlaku di mana-mana, walau pun kita berada di rumah.

Oklah, itu sahaja dulu untuk kali ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan perancangan kewangan, anda boleh click di link http://financialcoach.wasap.my. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan plan takaful, boleh click link berikut https://wa.link/yg10q0.

Boleh share kepada sahabat2 anda, semoga bermanfaat.

Terima kasih.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

#takaful #injury #muqmeengroup #financialprotection #medicalcard #hibahtakaful

No comments:

Post a Comment