11 March 2022

MACAM MANA NAK START BUAT RETIREMENT PLANNING?


[ PLAN FOR RETIREMENT ]

Ini yang saya selalu jumpa bila orang minta advice pasal financial planning dengan saya.

1- LAMBAT UNTUK PLAN

Lagi 10 tahun atau 5 tahun nak retire, baru fikir pasal nak plan untuk retire. Jadi, time horizon dah makin pendek. Bukan tak boleh, cuma kurang pilihan. Macam kita nak mendaki bukit. Kalau masih muda, bukit lebih landai jadi nak mendaki tu tak la curam sangat. Kalau dah umur dah dekat dengan retirement, bukit tu dah curam.

Moral Of The Story (MOTS) :

- Kena start rancang dan bertindak lebih awal. Fast Action Fast Result. Yang dah lambat macam mana?..Terus je buat apa yang perlu disaat anda mula sedar untuk buat retirement planning. Tak tahu cara?..boleh click link ni http://financialcoach.wasap.my

2- BERMULA DENGAN NEGATIVE NETWORTH

Maksudnya, ramai yang bermula dengan nilai liabiliti lebih tinggi dari nilai aset. Kalau masih muda, takde masalah sangat itu biasa. Masa masih panjang masih ada banyak benda lagi boleh dibuat. Tapi kalau dah lepas umur 40 masih lagi negative networth...itu yang agak mencabar tu. Sebabnya, nak kembali kepada '0' networth pun ambil masa, apatah lagi untuk bina asset yang boleh cover kita punya living expenses selepas retire?

Moral Of The Story (MOTS) :

Kalau nak berhutang, buat hutang masa muda, lepas tu, usaha tambah income untuk settlekan hutang dengan cepat supaya lebih cepat dapat bina asset. Bila dah dapat bina asset, lebih cepat dapat cash flow untuk jana passive income.
.
Apa?..Tak tahu nak mula?..Jangan risau, saya pun dulu tak tahu nak mula dari mana. Tapi Alhamdulillh, ada orang yang ajar saya. Now, masa untuk saya share dengan anda semua pulak. Click je link ni : http://financialcoach.wasap.my


3- INCOME CUKUP-CUKUP UNTUK COVER EXPENSES

Yang pun ramai juga, lebih teruk, dah la income cukup2 untuk cover expenses. Lepas tu buat hutang personal loan dan credit card pulak. Dan personal loan pulak kekadang digunakan untuk cover liability, bukan untuk kumpul asset. Bertambah-tambah la bebanan komitmen bulanan nak cover semua hutang2 tu. Macam mana nak start kumpul asset? Betul tak?

Jadi..

Moral Of The Story (MOTS) :

Kena gunakan masa lapang untuk generate more income. Buat la kerja part time atau pun business part time. Sekarang nie banyak je peluang untuk jana income tambahan kalau anda rajin cari dan rajin buat. Ada orang buat content video sahaja boleh jadikan sebagai main income untuk sara diri. Ada orang mengajar home tuition je boleh dapat hampir 500 hingga 1 ribu sebulan. Nak atau tak nak sahaja.

Apa?..tak tahu nak dapatkan income tambahan macam mana?....Takpe, click je sini dulu, http://jomextraincome.wasap.my. Saya akan kongsikan beberapa benda yang anda boleh buat untuk tambah income.



4. DAH DAPAT DAN ADA PELUANG TAMBAH PELUANG, TAK NAK BUAT SEBAB 1001 ALASAN

Yang ni pun ramai juga saya jumpa. Dah ada peluang macam2 untuk tambah income, bagi alasan macam-macam pulak untuk tak buat. Ada je alasannya. Penat la, susah la, tak biasa la, tak tahu buat la, segan la, orang lain kata apa la....Kalau macam nie, memang tak payah cerita la pasal retirement. Hidup je la macam biasa, tak payah rancang apa2....

Moral Of The Story (MOTS) :

Dah ada peluang, buat je...sikit2...biasakan sampai jadi expert. In sha Alla akan dapat hasil.

Apa?...Masih tak confident atau tak nampak jalan?..Takpe, click link ni http://jomextraincome.wasap.my. Saya akan bagi penerangan peluang untuk tambah income. Jangan buat keputusan terus. Bagi peluang untuk diri kita mencuba dulu.


5. DAH BACA POSTING SAMPAI HABIS PUN MASIH TAK BERTINDAK.
.
Takpe, kalau rasa tak nak ikut cadangan yang saya berikan. Apa kata bantu saya sebarkan posting ni dikalangan kawan anda2?...Simple je. Mana la tahu, asbab dia baca posting saya, dia tergerak hati nak berubah dan buat tindakan dan perubahan. Itu pun pahala jugak untuk orang yang share posting ni kan?
.
GAMBAR :
.
Sessi coaching dengan salah seorang yang nak dapatkan khidmat nasihat kewangan macam mana prepare untuk retirement. Memang la, kalau tak sempat umur retire macam mana?...Sempat ke tak sempat, tetap kena rancang. Sebab kalau tak sempat, ada juga benda yang kita perlu rancang, sebagai contoh kalau kita ada harta...bagai mana nak susun dan rancang harta pusaka?..kalau kita ada hutang, siapa yang nak langsaikan hutang kalau kita dah takde....
Itu je dulu, untuk kali ni. Semoga memberi manfaat kepada ramai orang.


 

No comments:

Post a Comment