10 March 2022

UMUR 26 TAHUN DAH TANYA PASAL PASSIVE INCOME.



Hari ini saya dapat satu message dari whatsapp, anak muda umur 26 tahun, perempuan, tanya pasal nak jana pendapatan passive. Wow!!....saya rasa teruja. Sebab apa?..sebab jarang saya jumpa orang umur 20-an dah fikir dan tanya pasal passive income. 
.
.
Cuma, apa yang mencabar adalah dia tak tahu macam mana nak mula. Dan saya yakin, ramai juga la yang ada cabaran yang sama. Tahu dan nak jana passive income, tak tahu nak mula dari mana.

Saya mulakan dengan konsep mudah.

Apa yang anda perlu ada mula-mula adalah 

1. ILMU 

Kena tahu apa itu passive income, kenapa pentingnya passive income, bagaimana nak jana passive income dan juga apa akan jadi kalau kita hanya bergantung kepada active income semata-mata sepanjang hayat kita.

So, ini persoalan yang kena ada jawapan dulu. Saya share sikit..Apa maksud passive income dalam masa yang mudah pada pandangan saya.

Passive Income - aliran tunai sebagai pendapatan yang dijana daripada asset tanpa perlu usaha atau penglibatan secara active dalam process menjana aliran tunai tersebut.
Kenapa pentingnya passive income ni?..

Pada saya, ia sangat penting sebab kita kena sedar kalau kita ditakdirkan umur panjang, kita mungkin tak mampu nak bekerja secara aktif. Jadi, kita perlukan sumber pendapatan dari sumber passive. Atau pun, ada diantara kita yang mungkin nak bersara awal. Jadi, untuk bersara (tidak bekerja atau bekerja sebagai pilihan..nak kerja boleh, tak nak pun boleh), kita masih perlukan income berterusan untuk tanggung kos belanja kehidupan (living expenses).

So, selain ILMU...yang berikutnya adalah..kita kena tahu bagaimana nak bermula.

2. KENA ADA SUMBER PENDAPATAN ACTIVE.

Kita tak boleh terus nak jana passive income tanpa ada active income terlebih dahulu. Dan kemudian, kena ada lebihan income untuk mulakan simpanan.

3. USAHA UNTUK TAMBAH INCOME DAN MULA SIMPAN DUIT JADIKAN BASE

Dah ada income active, kembangkan income active dan mula simpan duit untuk jadikan base. Bila dah ada base, mindset atau semangat untuk simpan duit akan jadi lebih tinggi. Kalau saya dulu, saya dah mula berkira-kira kalau nak beli barang2  yang bukan keperluan. Atau yang tidak mendapatkan pulangan. 

4. DUIT SIMPANAN YANG ADA GUNAKAN UNTUK BELI ASSET DAN JANA PELBAGAI SUMBER PENDAPATAN.

Bila duit dah banyak, cukup untuk beli asset, mula beli asset. Macam saya dulu, saya mulakan dengan ASB. Lepas tu saya kembangkan kepada property, lepas tu emas dan unit trust...dan sekarang, dah ada portfolio dalam saham bursa. 

Bila sampai satu masa, ASB dapat dividen, property mula jana cash flow dari sewa, saya mula tambah lagi asset untuk banyakkan lagi potensi untuk jana cash flow.

5. ULANG STEP 3. SAMPAI LA DAPAT CAPAI MATLAMAT UNTUK JANA PASSIVE INCOME.

So, ulang la step 3 - 5 sampai la you achieve target untuk capai passive income tu.

Saya share sikit strategy cash flow allocation plan (CFAP) based on pengalaman saya.

Sebagai contoh, anda nak target passive income dalam RM 5,000 sebulan.

So kena buat CFAP 

1- Positive Cash Flow dari Property RM 3,000 sebulan
2- Dividen ASB RM 12,000 setahun = RM 1,000 sebulan
3- Dividen Saham Bursa = RM 12,000 setahun atau RM 1,000 sebulan

dan seterusnya...

So, lepas baru kita plan macam mana nak dapat cashflow no. 1, no. 2 dan no. 3 tu dengan step2 yang kat atas.

Kepada anda yang berminat nak dapatkan tips lanjut untuk jana pendapatan passive seperti yang saya dah buat. Boleh click link http://financialcoach.wasap.my

"Rancang Kewangan, Bermula Dengan Anda"

Aziz Riadi
ShRFP
www.azizriadi.com.my
019-3232121


 

No comments:

Post a Comment