26 June 2022

WINNING MINDSET PART 3 : USAHA & PENGORBANAN BERPADANAN DENGAN IMPIAN



Satu hari, masa saya dengar  tazkirah dari Prof Muhd Kamil Ibrahim di depan lobby hotel di Madinah. Sebagai manusia biasa, kita ikut level kita sebagai manusia biasa. Katanya lagi kalau ikutkan ikut akal dan adat api tu panas, dan boleh membakar...tapi dengan kuasa Allah, api yang panas dan membakar tidak panas dan membakar Nabi Ibrahim A.S. Itu Rasul, Allah berikan kelebihan yang tiada pada manusia biasa macam kita yang banyak dosa.

.

Pointnya yang  saya dapat kat situ adalah, kita sedar bahawa kita ni manusia biasa, jadi kena la usaha ikut manusia biasa....

.

Pada kisah WINNING MINDSET Part 2 (https://www.facebook.com/azizriadi/posts/10229206299447898) saya ada kongsikan bagaimana dengan sesebuah impian tu buat saya sanggup berusaha dan berkorban untuk capai impian.

.

Pernah saya ditanya. "Macam mana Encik Aziz buat dulu masa memula jadi agent?"...Saya diam sejenak, menghela nafas dan mula bercerita. Saya kongsikan bagaimana saya luangkan masa, tenaga dan sumber lain termasuk kewangan masa mula2 nak bina business saya. 

.

Masa tu, kalau nak ikutkan dari segi kewangan, skill dan knowledge sangat fragile. Tahun 2003, saya mulakan part time. Habis waktu pejabat, akan pergi ke kelas belajar insurance masa tu di Damansara Intan, PJ. Dan biasanya akan lajak sampai ke malam. Jumpa kawan, kawan reject tak nak jumpa, jumpa kawan lain. Ada yang respond ok, ada yang  support, ada yang delay. 

.

Saya akan bernasib baik dan sangat  bersyukur bila client kedua saya Razali Hamran (sahabat saya dari Telekom)...dia setuju untuk jadi client saya masa tu, then lepas 2 bulan dia warded kat Hospital Pantai sebab demam denggi. Dia masuk ward pakai medical card Telekom, under PMCare. Tapi, client saya nie ada elaun hospital sehari RM 300. Jadi, dia warded dalam 2 malam masa tu. Saya bagitau dia boleh claim, dan offer dia untuk buat claim. Client saya bayar RM 150 sebulan, then 2 bulan baru RM 300 bayaran. 

.

Pada awalnya saya pun baru lagi jadi agent, tak sure nak claim macam mana. Tapi perangai saya nie, untuk permulaan, memang saya sanggup buat apa sahaja untuk belajar dan dapatkan ilmu. Saya datang office agency di Damansara Intan dan tanya senior apa form yang diperlukan untuk claim elaun hospital dan macam mana nak buat claim. Ada  sorang staff agency masa tu Yani nama dia (seingat saya)...ajar saya macam mana nak buat claim. .

.

Di pendekkan cerita, saya process claim tu dan dapat la cheque RM 600, dan saya berikan kepada client..

.

Ya, betul, tak banyak pun RM 600...tapi itulah antara turning point keyakinan dan kefahaman saya pasal insurance dan takaful. Yang  menyatakan bahawa, apa yang  dicover dan tertulis dalam policy, dan sekiranya benda tu berlaku, memang boleh claim dan company insurance pun tak banyak query. Follow process dan procedure, claim keluar. Semenjak dari situ la, saya bertambah yakin dengan apa yang saya buat. Walau pun ada ramai yang jugak yang reject, tapi sebab pengalaman claim tu, yang buat saya tak kisah orang  reject yang penting saya cerita benda yang betul. Bukan menipu.

.

Berbalik kepada cerita macam mana saya buat kerja masa memula jadi agent dulu. Lepas 3 bulan saya buat part time, saya join full time. Dan bila full time, memula tu agak kekok nak biasakan diri dengan jadual kerja yang baru. Tapi, nasib baik agency  ada tetaplan system and structure, setiap pagi memang kena masuk office, sharing dan lepas tu kena buat phone call dan kalau ada appointment keluar ke appointment kalau takde appointment, fight to get an appointment.

.

Pagi masuk office 8.00 pagi dah start sharing. Sampai 9.00 pagi. Then lepas tu, buat phone call sampai jam 10.00 -10.30 am then lepas tu keluar. Jangan duduk office lama-lama, nanti takde energy dan kawan2 lain semua dah keluar cari sales dan jumpa prospect.

.

Alhamdulillah, tahun 2004 (tahun pertama saya full time)...saya dapat naikkan income lebih 2 kali ganda dari kerja makan gaji. Masa tu la yang saya nampak income leader saya 6 angka sebulan dan menyebabkan saya berkobar untuk capai angka yang sama. 

.

Tahun berikutnya, saya dilantik jadi LMT (leadership management team) agency. Masa tu, bukan setakat jadi agent, buat sales, tapi pada masa yang sama pegang portfolio IT and Communication. Setiap selasa 2 kali sebulan, akan ada meeting. Dari jam 5.00 pm sampai 1.00 pagi -2.00 pagi. Perghh...lama gila...meeting apa tu lama2. Ya...memang lama, saya pun fikir macam tu dulu masa memula. Tapi, duduk dalam meeting tu bukan setakat meeting biasa2. Macam-macam yang dibincangkan dan saya pelajari. Masa tu la masa paling banyak saya belajar cara nak develop agency daripada Hj Lau Ting Hee. 

.

Habis meeting, terus balik, then esok pagi pukul 8.00 am kena terpacak kat office untuk sharing lagi. Lepas tu pulak 2 minggu sekali pulak hari selasa, diselang-selikan dengan BOP (Business Opportunity Presentation)...pukul 8.00 pm - 10.00 pm. Then saya kena standby lepas asar kira-kira jam 5.00 pm sebab saya tukang jaga slide (IT technical support) dan saya yang akan balik paling lewat sebab kena kemas semua laptop dan perkakasan yang lain. 

.

Itu lah antara rutin saya dalam 2-3 tahun pertama saya jadi agent. Sales kena buat, LMT,  jadi assistant captain untuk SBU, kena handle booth blue ocean lagi kat Kuantan masa tu. Memang padat dan meletihkan.

.

Saya pernah share cerita ni pada rakan-rakan agent saya satu masa dulu dan saya dapat pertanyaan macam nie.."Kalau macam tu la cara kerja, lebih teruk dari kerja makan gaji dulu?''...Saya cakap "Ya, saya kerja lebih teruk dari makan gaji dulu, lebih masa, outstation, dan sebagainya...tapi itu lah harga yang saya kena bayar untuk dapatkan income 70 kali ganda masa kerja makan gaji dulu". Memasing terdiam sejenak....ada yang faham, dan ada yang  macam tak boleh nak digest. ..

.

Kalau kerja kat Telekom income RM 2,000 sebulan. Then impian untuk dapatkan income 6 angka 100K++ sebulan...takkan kita expect kerja sama macam RM 2,000 sebulan. Ini la kaitan cerita pada permulaan tadi. Kita manusia biasa, bila manusia biasa, memang kena buat lebih untuk dapat lebih. Kalau Nabi dan Rasul, Allah kurniakan benda2 yang  bukan dari adat yang manusia biasa dapat. Jadi, saya sedar saya manusia biasa...jadi saya kena buat lebih untuk dapat lebih.

.

Untuk dapatkan 100K income sebulan, kena la buat macam mana yang sepatutnya income 100K sebulan punya kerja. Cakap memang mudah sebab TALK IS CHEAP, ACTION IS EXPENSIVE....nak buat tu yang memerlukan determination dan willingness yang tinggi. 

.

So, itu je la sikit perkongsian saya. Sebab ada yang bertanya, saya cerita. Jangan expect kerja sikit untuk dapat banyak. Saya jumpa ramai kawan yang business besar2 pun, yang develop sendiri...bermula dari bawah, memang spend masa banyak dan duit, tenaga dan usaha untuk bina business dan bina income. .

.

Tak perlu nak follow macam saya buat untuk dapat macam mana yang  anda inginkan. Sebab impian manusia dan sumber dan peluang manusia (rezeki) tu berbeza-beza. Mungkin anda tergolong dari orang kerja santai-santai pun boleh dapat income impian anda...so teruskan. Saya share sebab ada orang tanya.....

.

Kalau ada sahabat-sahabat pembaca yang belum jadi agent dan berniat serta berminat nak tambah income dalam bidang  takaful, boleh click http://jomextraincome.wasap.my

.

Saya boleh bantu anda untuk capai pendapatan impian anda....

.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com.my
019-3232121
www.muqmeen.com.my

No comments:

Post a Comment