06 June 2022

WINNING MINDSET - SANGGUP NAIK BAS DARI JB KE PJ BELAJAR JADI AGENT INSURANS

 


Tahun ini (2022) masuk tahun ke 20 saya dalam bidang  insurans dan tahun ke 16 dalam bidang takaful. Sebab PruBSN dapat lesen Takaful pada bulan 8 2006 dan mula start launch product pertama iaitu Takafulink pada bulan 11 tahun yang sama.
.
.
Kalau dikenang bagaimana saya bermula, memang saya pun tak jangka boleh sampai ke tahap ini. Namun, macam tu la dalam bidang  perniagaan yang ada system dan structure yang tersusun ni. Biasanya, kita memang memang didedahkan dari awal lagi bagaimana kita susun pelan perancangan business kita untuk 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau lebih lama dari tu.
.
.
Saya masih ingat lagi, moment saya memula join business insurance nie. 
.
.
Pada tahun 2003, dalamn bulan 2-3 macam tu, pakcik saya, Hj Yom dari JB (Hj Sahrom Salikin)…call saya masa tu. ...dia memang pangkat pakcik tapi sebaya dengan saya. Sebab Arwah ayah dia adik beradik dengan Arwah Atuk saya.
.
.

“Jis, rumah kou kat KL kat mana?…” saya balas..”Kat Kg Baru, kenapa?”…Hj Yom jawab “Aku ingat nak tumpang tidur umah kou, umah kou dekat dengan LRT kan nak ke PJ?…Taman Megah?”…saya jawab “Memang ada stesen LRT  kat Kg Baru ke PJ. Ok je nak duduk bilik aku…bila nak datang?” Tanya saya lagi. “Jumaat  petang lepas kerja aku naik bas, turun kat Pudu, kou amik aku boleh?”…Dia jawab. Saya balas “Ok je, kou bagitau aku la kou sampai pukul berapa, nanti aku pickup”.
.
.
Dipendekkan cerita, sampai hari Hj Yom tiba kat Pudu dan saya pickup dan bawak balik ke rumah sewa saya di Kg Baru. Esoknya pagi2 dia dah gerak ke stesen LRT ke Taman Megah (SS2) PJ. Saya masih tak tahu lagi masa tu dia buat apa kat PJ. Sebab saya ingat dia ada kerja. So, saya tak tanya lelebih la. 
.
.
Sepanjang hari dia di PJ, malam tu dia balik dan kami keluar makan bersama. Masa tu la baru saya tanya, apa dia buat dan sebagainya, dan dia cerita la yang dia tengah belajar untuk jadi agent insurance dengan  Prudential. Saya tak berapa faham sangat masa tu. Tapi, dia jelaskan pasal medical card. 
.
.
Bila dia sembang pasal medical card je, saya jadi tertarik sebab antara sebab saya pilih kerja di GLC (masa tu Telekom Malaysia, sebelum bertukar ke TM), adalah medical benefit yang diberikan kepada staff. Jadi, saya tanya lanjut, medical card Prudential ni sama function ke macam medical card dari Telekom nie dari Pantai Medicare?…Dia cakap, sama la…boleh guna online kalau masuk hospital tak payah pakai duit sendiri.
.
.
Lepas saya dengar kegunaan dan fungsi medical card tu, saya  terus teringat kawan saya yang berbangsa cina. Diorang sanggup kerja company  SME (Small Medium Enterprise) dengan benefit yang kurang, tapi gaji tinggi….ada pulak prefer kerja contract based asalkan gaji besar. Sebab, bila gaji besar, mereka boleh ambil insurance sendiri untuk medical benefit dan lebihan duit gaji yang mereka dapat boleh digunakan untuk invest. Lagi pun, dapat tolak cukai pendapatan lagi….Lepas tu, kalau muda2, jarang sangat la pakai manfaat medical dari company tu. 
.
.
Saya  terfikir, betul jugak strategy kawan cina saya tu…saya pulak tak terfikir. Sebab takde siapa yang dedahkan strategy macam tu. Ini tahu pasal medical card insurance pun lepas Hj Yom kongsikan kat saya. Kalau tak memang  tak tahu ada medical card insurance yang boleh amik sendiri yang  fungsi dia sama macam medical card company.
.
.
So, malam tu, Hj Yom banyak present kat saya, benefit medical card semua. Masa tu paling rendah RM 150 sebulan, termasuk pelaburan dalam dana insurance investment link dan manfaat medical card masa tu  paling rendah annual limit RM 50,000 dan lifetime limit RM 150,000….katil RM 100 dan elaun hospital dalam RM 300 sehari kalau masuk wad. Masa tu, 150,000 seumur hidup (tahun 2003) memang rasa dah besar. Sebab masa tu, rawatan appendics pun dalam RM 5-6K sahaja. Sekarang tak dapat harga macam tu….berpuluh ribu dah. Sebab tu  kalau pakai limit yang lama memang tak cukup.
.
.
Tapi, saya tak terus sign up masa tu. Saya cakap dengan Hj Yom, bagi masa saya untuk buat kira2. Sebab masa tu, gaji saya  RM 2,300 je. Take home lepas deduct EPF dan SOCSO dalam RM 2,160. Bayar kereta je dah RM 540…belanja lelain lagi…so, saya kena fikirkan dulu kalau nak allocate RM 150 sebulan untuk insurance.
.
.
Kalau korang nak tahu, Hj Yom turun KL dari JB seminggu sekali. Biasanya ahad petang tu  lepas kelas insurance, dia akan naik bas kat Pudu, then terus balik JB sebab esoknya nak kerja. Minggu berikutnya, dia naik KL lagi, dan macam biasa, malam lepas kelas hari sabtu tu dia akan lepak makan dengan saya dan masa tu la saya amik keputusan untuk sign up. Sebab saya fikir, kalau masih kerja lagi  dengan company yang ada medical benefit ni, ok la lagi. Tapi kalau dah tak kerja lagi…mana ada benefit medical lagi. Nak tak nak kena sediakan sendiri.
.
.
So, malam tu Hj Yom closed saya plan investment link RM 150 sekali dengan medical card dan beberapa benefit lain...
.
.
Settled je sign form semua, saya terus tanya dia....
.
.
Bersambung Part 2.
.
.
Ada yang nak cuba kerjaya sebagai agent takaful?...saya boleh bantu develop anda untuk capai impian kerjaya anda. Click ni http://jomextraincome.wasap.my
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Sen Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com.my
www.muqmeen.com.my

No comments:

Post a Comment