15 June 2022

WINNING MINDSET - BERMULA DENGAN IMPIAN BANTU KELUARGA




[ WINNING MINDSET - BERMULA DENGAN IMPIAN BANTU KELUARGA ]

Sambungan dari part 1. Ini link part 1 in case kalau nak tahu cerita dari awal.

https://www.facebook.com/azizriadi/posts/10229154611075721

Dalam part 1, ada satu malam tu , lepas saya sign up plan insurance medical untuk saya, saya tanya Hj Yom. 

"Bang, berapa kou dapat dari 1 client?"...

Hj Yom, jawab ringkas "RM 30"...(kalau nak ikutkan lebih, tapi dia jawab RM 30 tu supaya senang kira.

Saya tanya lagi, "Kalau katakan sebulan aku dapat 10 orang client, berapa aku dapat?.."

Hj Yom jawab " Kou kali la 10"..."RM 300?..." Saya tanya lagi untuk dapatkan kepastian. "Bukan itu je, kou akan dapat setiap bulan selama 6 tahun bergantung kepada jumlah payment yang client bayar", sambung Hj Yom.

.

Saya pun mula buat congak. Kalau 1 bulan boleh dapat RM 300, setiap bulan dapat naik RM 300...12 bulan RM 3,600....dah lebih tinggi dari kena Telekom saya....

.

Saya pun tanya dia "Yom, macam mana nak join benda ni?"...Dia jawab pendek "Esok kou ikut aku ke office"....

.

Esoknya, saya pun ikut dia ke office Prudential di Taman Sea PJ. So, kat situ lah bermulanya kerjaya saya dalam bidang insurance. Mula-mula part time, dalam masa 4-5 bulan, lepas tu disebabkan income pun naik ok dan atas dasar commitment untuk berikan servicing terbaik kepada client, jadi saya full time pada tahun 2004.

.

Macam biasa, mula2 buat business, mana ada yang senang. Masa tu saya naik motor. Bukan sebab takde kereta, tapi sebab kereta wife bawak gi kerja. Satu lagi pulak, kalau ulang alik kerja dengan toll dan kos minyak, jadi saya mulakan business insurance saya dengan  naik motor je. 

.

Masa tu kalau setakat dari Shah Alam, ke Bandar Putra Mahkota Bangi (jumpa Puan Mega Ismail), ulang alik 2 kali pun steady lagi. Masa tu, tak fikir sangat pasal masalah...yang penting misi tercapai. 

.

Naik motor....tiup selalu pamcit..kena paku la,  terlanggar lubang, tiup terhimpit la...macam2 pengalaman. Last2...standby spanar dan tiup dalam bakul motor. Pamcit, tukar tiub sendiri tepi highway. Kalau minta runner tiub ganti, baik2 1 tiub RM 7.00...kena sesah sampai RM 20.00. Biasa la, dalam keadaan terdesak....terpaksa bayar jugak. So, bila ada spanar dan tiup spare dengan siap pump lagi, kalau pamcit..memang buat sendiri je.

.

Lepas tu, bila dah ada duit sikit, terfikir, untuk pakai tubeless...so, tukar sport rim then pakai tayar tubeless...Tayar tubeless nie kalau langgar lubang masih ok lagi. Kalau kena paku je yang susah sikit. Itu pun standby tools untuk tampak pakai getah cacing dan pump sesiap dalam bakul.

.

Itu kalau tayar bocor. Kalau hujan pulak, macam mana?..Memang saya dah siapkan baju hujan siap dengan seluar dan satu lagi baju hujan macam poncho, sebab kalau pakai baju hujan je, kekadang  kalau lebat sangat pun tembus jugak. Kalau nak terus balik rumah takpe. Tapi, kalau masa tu nak pergi appointment...takkan nak balik rumah amik kereta dulu. Tak practical. 

.

Tak cukup dengan baju hujan, siap dengan selipar semua ada kat tong belakang. Sebab kalau hujan, kena bukak kasut dan stokin, pakai selipar. So kalau dah sampai kat tempat client nanti cari toilet dulu, then kemaskan diri sikit baru jumpa client. Kelebihan naik motor masa tu, kalau perjalanan naik kereta 1 jam, sebab jammed, naik motor kejadang  20 min sahaja. Itu yang biasanya sehari saya kejar 5 appointment dan presentation sehari.

.

Saya ingat lagi masa tu, nak beli laptop yang canggih, budget takde. Sebab baru full time. Beli la laptop DELL Intel Celeron. Asal boleh buat kerja. Sekarang, semuanya pakai ipad dan smartphone. Lagi simple dan practical.

.

Tahun pertama saya full time, 2004...Alhamdulillah. berkat ilmu yang diajarkan dan usaha berterusan, saya dapat naikkan income (commission) dari RM 1,200 (masa mula nak full time)...hujung  tahun 2004 commission saya dah RM 4,500....so, 2 kali ganda dari income kat Telekom. Saya bersyukur sangat2. Dan yang paling best, pada tahun 2004 tu, saya dapat capai target untuk trip luar negara iaitu ke Switzerland. First time pergi oversea...baru kahwin dalam 10 bulan. Baby pun takde lagi masa tu...

.

Dapat income RM 4,500 dalam tahun pertama full time, itu jadi biasa2 ap bila masa tu. saya ternampak statement Agency Manager masa tu income dia RM 120,000 sebulan. Tahun 2004 tau...masa tu income saya baru je RM 2,300 macam tu.

.

Macam mana saya dapat tengok figure RM 120,000 sebulan tu?..

.

Cerita dia macam nie, masa tu manager tu nak buat transaction ke credit card, bayar dari account semasa. Since masa tu internet banking baru je nak bermula, jadi dia minta saya tolong buatkan bayaran....itu yang sekali nampak dia punya duit masa RM 120,000 sebulan, terkejut saya...terdiam sampai tersandar ke kerusi. 

.

Manager tu nampak saya macam terdiam, dia urut bahu saya dari belakang sambil berkata "Don't worry Ziz, your time will come. Stay long enough in this business"....Semenjak dari situ, saya lagi bersemangat dan lebih clear dengan impian saya. 

.

Masa memula saya nak tambah income tu sebenarnya nak bantu family kat kampung. Sebab walau pun saya anak lelaki no. 8, tapi, Allah berikan saya nikmat  dapat belajar sampai universiti. Jadi, bila dah keluar kerja, kena la bantu keluarga, sebab ada degree dan kerja sebagai IT Engineer...Tapi, malangnya, income masa tu tak cukup nak hantar ke kampung dengan jumlah  yang saya inginkan. Kat  situ la datangnya niat nak tambah income dan akhirnya saya memilih insurance business dan saya masih lagi dalam industri yang sama sampai sekarang.

.

IMPIAN untuk dapat income 6 angka sebulan berkobar2....Sebab saya pernah nampak orang dapat, saya dapat satu keyakinan. Kalau ada orang lain boleh dapat, kita kena percaya, In sha Allah kita pun boleh dapat. Itu yang saya pegang sampai sekarang.

.

Sepanjang perjalanan kerjaya saya bersama Prudential bermula pada tahun 2003 hingga sekarang, pada mulanya memang fikir pasal income sahaja, lepas tu bila tahu boleh dapat trip ke oversea setiap tahun, so, setiap tahun target nak berjalan over sea secara percuma pulak (company fully sponsor). Tapi, bila dah lama-lama, nampak pulak leader kita naik pentas Top UM, Top AM, Top Recruiter dan sebagainya, hati saya mula terdetik. "Aku kena naik pentas juga satu hari"...Alhamdulillah, dengan  Izin Allah saya berjaya bina team hingga pada tahun 2010 saya dapat Top 3 UM Nationwide. Naik pentas....first time dalam event besar company.

.

Kemudian tak lama lepas tu, MTA (Malaysian Takaful Association) pulak menganjurkan MTA Star Nite Award untuk meraikan kejayaan agent2 dan leader dalam bidang takaful. Alhamdulillah, saya beberapa kali dapat award di peringkat nasional semasa MTA Star Nite Award. Bukan senang woo nak dapat ranking dalam MTA. Sebab kena compete  dengan company2 lain dalam industri. Sebab tu saya sangat teruja dengan award dari MTA kalau anda dapat top award semasa MTA Star Nite Award ni, ketuahilah, anda adalah antara yang terbaik dalam industry.

.

Kesimpulannya, bila kita nak buat sesuatu tu, kena clear PURPOSE kita. Apa yang kita nak capai dan yang paling penting kita punya  kepercayaan kepada Allah yang mampu berikan apa yang sahaja yang  Dia nak bagi dan tiada siapa boleh halang, In sha Allah.

.

In sha Allah Part 3, saya kongsikan pulak macam mana saya develop saya punya client base. Jangan lupa follow...

.

.

Untuk anda yang mungkin bukan agent takaful, tapi nak cuba untuk dapatkan extra income sebagai perunding takaful bersama PruBSN takaful under Muqmeen Group (MG). Boleh click link di bawah ni

http://jomextraincome.wasap.my.

Untuk agent2 baru yang mungkin nak belajar social media marketing untuk business takaful. Boleh join FB private group pada link di bawah ni :

https://www.facebook.com/groups/agentsinnercircle

Aziz Riadi

ShRFP

Senior Agency Manager

www.azizriadi.com.my

www.muqmeen.com.my

"Talk Is Cheap, Action Is Expensive"

No comments:

Post a Comment