31 July 2022

[ RANCANG INCOME FLOW UNTUK JANGKA MASA PENDEK, SEDERHANA DAN PANJANG PART 1 ]


Saya ada sorang kenalan yang bekerja dalama bidang logistik di sebuah pelabuhan di semenanjung Malaysia. So, kerja dia adalah buat cross check barang-barang yang akan dieksport ke luar negara. Walau pun kenala saya ni mempunyai diploma dalam bidang permotoran, tapi sebab nak kerja (asalkan ada kerja) jangan sampai takde kerja dan takde income, kerja la jugak walau pun berlainan dengan apa yang dipelajari masa kat kolej atau universiti.
.
.
Apa yang saya nak kongsikan kat sini adalah dari segi bagaimana kita nilaikan masa kita dengan kerja yang kita buat. Kenalan saya ni buat kerja  freelance (pakai gaji hari)...jadi solid gaji, EPF pun takde. Saya congak-congak satu jam gaji dia RM 5. Dan untuk dapatkan income RM 2,200 lebih sebulan (untuk cover expenses bulanan), dia kena kerja 16 jam sehari...8 jam je untuk tidur dan rehat dan buat benda2 lain. Bayangkan?....dan dia kena buat 7 hari seminggu.
.
1 hari 16 jam x RM 5 jam sehari = RM 80 sehari. 7 hari seminggu RM 560 seminggu dan sebulan dalam RM 2,240.
.
.
Saya cakap dengan dia, gaji dia tersangat underpaid, unless memang kerja dia senang cuma perlukan masa banyak. Saya cakap dengan dia, untuk jangka masa pendek ok. Tapi kalau untuk jangka masa panjang, memang penat kalau macam nie. 
Sebabnya, dia tak kahwin lagi, itu tak campur kalau dia sakit, ada event2 perayaan dan sebagainya. Kita hidup bermasyarakat, sudah tentu akan terlibat dengan pelbagai event kemasyarakatan dalam hidup kita.

Saya tanya, lagi, rupanya EPF pun takde. Sebab gaji hari. Kalau ada job, ada, kalau takde, memang tak de gaji. Cuma sekarang nie dia kata, pelabuhan memang pack dengan kapal keluar masuk, jadi job memang sentiasa ada, dan pernah dia kerja 24 jam, rehat sekejap sambung kerja lagi. Sebab job banyak dan fikir nak kumpul duit.

Apa yang saya boleh nasihatkan, dalam membina kerjaya atau income ni, kita kena ada planning jangka pendek, jangka sederhana, dan juga jangka panjang.

Sebagai contoh, saya lebih rela kerja gaji RM 1,800 - RM 2,000 sebulan (untuk jangka pendek) tapi ada masa malam atau weekend untuk saya buat part time business yang boleh generate income flow berterusan jangka panjang. Sebab kalau masa kita dah kena pegang sampai 16 jam sehari. Kita tak boleh nak develop income flow untuk jangka panjang sebab masa kita habis untuk income jangka pendek.

Macam mana nak develop income jangka panjang?..

1) Boleh fikirkan untuk start buat business atau belajar buat business yang boleh generate income berterusan. Walau pun pada asalnya dalam sikit, tapi yang penting  berterusan dan tidak perlukan masa yang banyak. Sebagai contoh...katakan kita boleh gunakan masa weekend 2 hari dalam masa mungkin 4 jam...so, 8 jam, kita belajar buat sales (jualan), tak kisah la jual apa pun asalkan halal...katakan dengan 8 jam weekend tu kita boleh generate sales RM 400 atau  RM 500..itu lebih tinggi nilai per jam berbanding kerja jangka pendek yang perlukan 112 jam untuk dapatkan income RM 560. (Semak balik kiraan kat atas)

Main Job : RM 5 sejam.
Part time Job : RM 50 sejam. 10 kali ganda banyak nya. Ini yang kekadang orang tak reti nak menilai masa dari segi duit.

2) Boleh fikirkan untuk cari kerja part time yang kerja sikit, tapi upahnya tinggi. Upgrade skill kita sebgaai contoh, kalau kita ada bakat dalam repair sesuatu peralatan yang ada demand tinggi atau ramai yang pakai dan ada potensi kena ada maintenannce ke contoh alat elektrik, air cond, wiring, plumbing, repair motor, kereta...dan sebagainya. Mula2 kena la jadi kuli, belajar dulu. Makin lama takkan la tak pandai buat benda2 yang lebih besar dan upahnya mahal. Macam tu la kita upgrade.

3) Jadi agent2 mana company yang tawarkan products atau services. Macam saya, saya buat takaful. Sebab apa takaful?..sebab takaful ni, takde pakai modal besar. Demand tinggi sebab risiko memang sentiasa ada. Penduduk Malaysia seramai 32 juta orang. Kalau sakit mereka perlukan rawatan. Dan yang ada duit, nak rawatan segera dan selesa serta terbaik. Jadi, saya offer mereka medical card. Jadi, tak payah pakai duit diorang. Pakai duit takaful untuk cover cost rawatan. Jadi, bila client sign up plan, dapat la saya upah dari kerja saya buat sales and servicing.

Itu baru medical card. Belum lagi plan Hibah Takaful untuk cover income atau hutang. Plan Sakit kritikal untuk cover penyakit2 kritikal yang  pakai duit banyak seperti sakit buah pinggang, jantung dan juga cancer. Accident plan lagi. Plan simpanan untuk anak dan juga persaraan lagi. Macam products boleh bagi pada bakal client. Cuma, kita kena la belajar upgrade skill untuk buat sales dan present pada bakal pelanggan. 

Jadi, itu je la serba sedikit sharing saya, bagaimana kita kena value masa kita.

Kalau ada antara pembaca yang ingin tahu peluang dalam bidang takaful, boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my .

Saya bantu anda sampai anda boleh capai income yang anda inginkan. In sha Allah entry akan datang saya kongsikan bagaimana saya mulakan kerjaya saya dalam bidang  takaful dan apa strategy saya gunakan untuk dapatkan client atau sales. Dan yang paling best adalah, sales cycle yang saya gunakan ni bukan hanya untuk business takaful. Untuk apa2 apa sahaja yang you nak jual. Jangan lupa follow ya.

Tunggu part 2. 

Sekian.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful
Muqmeen Group ICity, Shah Alam

No comments:

Post a Comment