01 July 2022

WINNING MINDSET PART 4 : TEAMWORK

 


Masa saya mula-mula join business insurance pada tahun 2003, memang  kami didedahkan dengan kepentingan kerja dalam kumpulan. Bila kerja dalam kumpulan ni, apa yang paling penting adalah setiap orang dalam kumpulan tu tahu ke mana arah nak dituju. Kalau dalam bahasa business iaitu VISION.

.

Sebab kalau takde common vision, sorang nak ke utara, sorang nak ke selatan memang payah la. Dalam kumpulan tu pulak mesti ada leader yang bagi nampak direction kepada semua team member. 

.

Dan dari situ lah saya belajar jugak untuk jadi key player atau play maker dalam team. Bukan cuma menumpang dalam team jadi passenger. Mindset bila duduk dalam team, mesti CONTRIBUTE. Jangan nak sedut untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Dan itu juga akan menjadi cabaran kepada seorang leader untuk menyatupadukan team member.

.

Adakalanya, sebagai leader, terpaksa buat keputusan yang  kurang popular, sampai ada yang rasa teraniaya, tapi demi kepentingan kumpulan dan semua ahli, kekadang keputusan tersebut terpaksa di ambil untuk kepentingan jangka panjang.

.

Bila sebut sahaja system agent (sekarang ni banyak founder-founder product pakai system agent) sebagai salah satu distribution channel, strategy tiering (susunan ranking) amat penting. Banyak yang saya jumpa business owner yang pakai system agent, buat tiering ikut suka atau ikut dan. Asal boleh. Untuk permulaan group kecik mungkin boleh.  Tapi untuk handle team yang besar sampai 300-400 orang dan hingga 1,000 orang, bukan mudah. Tapi kalau ada ilmu, takde la susah sangat.

.

Saya belajar jadi leader (buat kerja-kerja leader) bermula dari tahun 2005. Masa tu saya masih jadi agent. Saya ni pulak kalau ada apa-apa peluang untuk buat project, saya  akan volunteer untuk lead. Walau pun sebenarnya kekadang menyusahkan juga sebab saya pun kena buat sales dan servicing. ....Itu rasa mula-mula bila saya dilantik jadi LMT (leadership management team) pada tahun 2005.

.

Sepanjang jadi LMT tu, macam-macam pengalaman dan ilmu yang  saya  perolehi dari leader saya  masa tu  Hj Lau Ting Hee, dan juga senior agent  Hj Fazli Mohd Noor, Hj Othman Shaharum dan juga Hj Rosli Yaacob, dan juga Brader Rodzman Kassim. Setiap leader nie ada character masing2 dan setiap orang compliment each other. Teramat jarang  tengok mereka tidak sehaluan dalam buat keputusan. Walau pun masa nak buat keputusan tu, ada juga pelbagai argument, tapi disebabkan masing2 faham vision, mission, values dan goals, setiap orang  nampak direction yang sama dan persetujuan dapat  dicapai dengan lebih cepat dan tepat.

.

Masa saya jadi LMT, Hj Lau pernah share vision dia untuk bukak branch kat tempat lain. Masa tu  kat KB, Kuantan dan JB. Dan masa tu lah dia bentangkan idea dia dalam LMT  meeting. Memula, kami sebagai  LMT Member macam percaya tak percaya, sebab nampak macam perlu buat banyak benda. Tapi disebabkan Hj LTH nie, memang sangat bijak dalam buat  pre-conditioning dan juga bagi kita nampak apa yang dia nampak. Ilmu ni la jugak yang saya rasa sangat berharga bila jadi LMT di LTH  dulu. 

.

Alhamdulillah, ilmu yang saya pelajari masa tu, dan berkembang lepas tu pulak selepas tu dengan cepat sebab sebab bila kita  faham macam mana nak bina team, amat mudah untuk kita nak kembangkan business kita.

.

Antara perkara penting dalam bina  team adalah  bagaimana kita nak setkan PURPOSE (Vision, Mission, Values dan Goals)..kemudian macam mana handle PEOPLE supaya united. Then, bagaimana nak mahirkan PROCESS supaya organisasi tersusun dan berkembang dengan smooth, dan bagaimana nak dapatkan PROOF (best result in term of sales dan recruitment).

P/S: Gambar bersama dengan team saya pada tahun 2013. Sekarang mereka punya income dah ada yang level2 menteri dah...😃. Dari B40 ke T20. Shukor Idris, Ariff Hakimi Shahri Zulkhairi Supaat Khosim Mohd Akhir, Azhari Aditiya

.

Oklah, In sha Allah...saya  akan sambung pada posting akan datang. Kepada yang berminat nak cuba bidang takaful bersama team saya, boleh click link http://jomextraincome.wasap.my 

.

Sekarang ni ada special arrangement untuk dapat elauns RM 3,500 (untuk fresh grad) dan juga yang ada income RM 6,000 sebulan ke atas tapi rasa macam dah stuck kat company you kerja, dan nak cuba dalam bidang takaful, anda boleh dapat bridging income (income perpindahan dari kerja lama ke kerja baru) sebanyak RM 8,000 sebulan hingga RM 10,000 sebulan.

.

Dan yang paling best, saya sendiri akan train dan coach anda sampai anda dapat  income yang anda impikan.

.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
www.muqmeen.com.my

No comments:

Post a Comment