10 October 2022

MACAM MANA NAK KEKALKAN MOTIVASI DIRI? PART 1


.

NOTA : Ada 6 PARTS semuanya. Ini adalah PART 1.
.
.
Bila sebut pasal motivasi nie, teringat program2 motivasi yang dibuat melalui ceramah dan seminar-seminar. Masa tu memang hype dan semangat gila....rasa macam boleh terbang. Sangat positive. Hampir hilang semua fikiran negative dan macam-macam idea muncul masa tu nak improve diri sendiri dan juga kehidupan.
.
.
Cumanya, berapa lama boleh bertahan?
.
.
Sepanjang pengalaman saya, paling kuat boleh bertahan dalam masa 1 minggu. Lepas tu mula perlahan-lahan balik kepada habit yang asal. Kalau ada pun mungkin lebih baik sikit dari yang lama.
.
.
Jadi, macam mana nak dapatkan motivasi berterusan. Saya kongsikan sikit 3 sumber untuk kita boleh kekal bermotivasi.

1- PERSONAL MOTIVATION

Yang ini sebenarnya setiap orang ada, cuma tak ramai yang pandai nak cungkil potensi diri. Sebab tu kekadang terpaksa pergi minta bantuan motivator, coach, mentor dan sebagainya. Dan terpaksa bayar beratus malah ada yang beribu2 untuk dapatkan apa yang diri kita nak untuk kita sentiasa bermotivasi.
.
.
Saya share sikit tips untuk kekal bermotivasi (self motivation).
.
.
i) Kena tahu dan fahamkan apa tujuan hidup kita?. Adakah hidup kita hanya untuk menjalani kehidupan di dunia dan berhenti setakat tu sahaja atau hidup kita ini kehidupan lain yang lebih panjang dan kekal?. Rasanya ni, kalau orang muslim, bila tanya soalan ni, antara jawapan biasa yang diterima adalah, untuk bahagia dunia dan akhirat. Dan kalau tanya saya, sangat betul la tu. Ringkasnya, apa2 yang kita buat adalah untuk dapat REDHA ALLAH SWT.

ii) Untuk dapat redha Allah ni, ada banyak cara, kaedah, strategy dan sebagainya. Ada yang wajib semua kena buat ada yang additional (tambahan) ikut apa yang kita prefer.

Jadi, yang tambahan tu boleh la pilih cara macam mana yang sesuai dengan kita. Sebab ada cara yang orang nampak macam susah nak buat, tapi tak susah untuk orang lain buat. Contoh, ada kawan saya yang pilih untuk berhenti dari kerjaya Akademik (perancangan awal nak jadi Dr PhD dan jadi lecturer), tapi akhirnya pilih untuk berhenti dan usahakan madrasah tahfiz secara percuma untuk anak2 yatim, fakir miskin, asnaf2 seperti anak2 mualaf dan sebagainya.
.
.
Kalau tanya saya, saya memang tak mampu nak buat macam kawan saya tu. Tapi dia mampu. Jadi, apa yang mungkin saya mampu adalah beri sokongan kepada beliau. Jadi, setiap orang ada peranan dan bahagian masing2. Cuma kita kena le cari sendiri. Tak perlu nak kisah sangat kata2 orang. Focus dengan apa yang agama suruh, dan buat mana yang kita mampu dan buat sungguh dengan percaya dan mengharapkan sebarang ganjaran hanya dari Allah.
.
.
Sebagai contoh lain adalah, katakan kita ada niat nak beri sumbangan berkala kepada saudara-mara kita yang susah atau badan kebajikan yang memerlukan. Dengan niat tersebut kita terpaksa usaha lebih untuk dapatkan sumber kewangan yang lebih untuk beri sumbangan. Kalau kita faham yang kita ada misi atau tugasan macam nie, rasanya kita kurang perlu untuk tunggu orang lain beri motivasi pada kita. Setiap hari bangun pagi, kita tahu apa misi kita dan apa yang perlu kita buat. Tak perlu orang lain ingatkan. Kalau kita ada cabaran, kita usaha untuk belajar dari orang yang mahir untuk bantu kita capai misi kita.
.
.
Bukan hanya tunggu orang lain push kita untuk buat apa yang kita inginkan. Kalau macam tu, kita masih takde self motivation lagi. Kena fine tune macam mana kita nampak, faham dan rasa personal motivation kita.

iii) Kekadang kita mudah lupa apa yang kita inginkan. Itu yang ramai motivator atau business coach suruh visualkan apa yang kita impikan dalam bentuk poster, gambar dan sebagainya. Sebab nak stimulate minda kita supaya sentiasa ingat dengan apa yang kita inginkan. Sebab, seharian hidup kita ni, macam2 cabaran dan masalah masuk dalam minda. Jadi, benda tu boleh buat kita hilang focus dengan apa yang kita nak capai.

iv) Kena buat perancangan macam mana nak laksanakan process untuk capai impian kita. Impian kita tu mungkin tinggi menggunung. Takkan dengan hanya berimpian dan berangan, impian tu boleh tercapai dengan sendirinya. Sudah tentu tidak. Jadi, apa yang bagus dan perlu di buat adalah dengan buat atau senaraikan PLAN OF ACTION (POA) atau POE (Plan of Execution)...iaitu apa yang patut dibuat step by step.

Sebagai contoh, kalau anda inginkan lebihan kewangan dan nak bebas hutang, supaya bila bebas hutang, lebihan kewangan tu boleh dijadikan sebagai sumber untuk sumbangkan kepada orang lain selaras dengan tujuan atau niat kita di no. i) tadi.

Jadi apa yang perlu di buat untuk bebas hutang atau ada lebihan kewangan ni?..

Mungkin kita boleh mulakan dengan senaraikan, berapa sumber income kita dan berapa jumlah perbelanjaan kita. Lepas tu, dari situ tengok macam mana kita boleh adjust bagi kurang belanja dan macam mana kita boleh gunakan sumber kita yang ada sebagai contoh masa terluang, ilmu, akal dan kemahiran kita untuk tambah income. Kalau tanya saya, saya akan put on paper. Sebab kalau idea tu hanya kat dalam kepala. Sesilap lepas beberapa minit dah tak ingat dah. Bila kita letakkan on paper, kita boleh rujuk again and again....kita boleh keep track la.

Sama juga untuk orang yang buat sales, bila nak develop POA atau POE...apa step atau process yang kita kena buat. Katakan kita kena listkan prospect untuk kita approach dan buat appointment. Kita kena list down dan start buat tindakan dengan contact prospect tu sama ada message atau pun call. Jangan tunggu lama-lama bila dah buat POA tu. Jangan fikir jadi ke tak. Just buat je dulu. Sebab process in sha Allah kita boleh control, result kita serahkan pada Allah.

v) Yang ni yang biasa orang kantoi dan tak sanggup. Iaitu FUFT (follow up follow through). Kena selalu revisit apa yang kita dah buat. Kena check mana yang kita belum buat, mana yang kita buat sikit2 tak cukup, mana yang kita lemah dah sebagainya...IMPROVE.
.
.
"Gradually unending improvement. Doing little things better everyday. Ever achieving higher standard"...
.
.
Improve dan naikkan standard.
.
Process ni kalau saya, saya panggil ALIGNMENT. Sebab macam tayar kereta, lepas beribu kilometer, kekadang akan lari sikit balancing dan alignment tayar kita. So, kena masuk bengkel untuk re-align dan re-balance. Process alignment nie, kalau saya, saya buat gunakan teknik D.O.M.E.E. So, melalui teknik nie, kita boleh back on track. Kalau ada yang boleh buat self DOMEE...boleh buat sendiri. Kalau tak, kena la minta coach atau orang lain bantu buat DOMEE untuk kita.
.
.
Itu je dulu dulu. Untuk PART 2 adalah berkenaan PERSONAL ABILITY.
.
.
Follow, Like dan Share posting ni kalau bermanfaat. Sesiapa yang biasa atau pernah dengar pasal INFLUENCER MODEL, rasanya anda pernah dengar terma2 yang saya share ni.
.

Kesimpulan PART 1 yang saya nak share adalah...

IMPIAN BOLEH JADI SUMBER INSPIRASI DAN MOTIVASI berterusan tanpa minta orang lain bagi semangat atau energy.
.
.
Nota : Kalau ada sesiapa yang ingin belajar untuk tambah income dalam bidang takaful. Saya boleh bantu untuk dapatkan income tambahan RM 1,500 hingga RM 2,000 sebulan secara consistent. Teknik mudah dan berkesan. Click link http://jomextraincome.wasap.my
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

#motivation #salesandmarketing #businessopportunity #businesstips #PruBSNTakafulAgent #MuqmeenGroupMalaysia #MGiC #Mgicity #tambahincome

No comments:

Post a Comment