29 September 2022

LEADERSHIP & LEAD THE SHIP



Sambungan posting Perahu Kecil vs Kapal Besar. Boleh tengok di posting saya di sini
.
.
https://www.facebook.com/azizriadi/posts/10229733202820153
.
.
Pengalaman saya buat sales dalam bidang takaful das seterusnya membina pasukan memang sangat membuatkan saya rasa bersyukur. Kalau nak diingatkan masa nak develop sales (client) atau team, memang rasa susah dan macam-macam cabaran. Cuma, satu benda yang saya perasan, saya takde sekali pun rasa nak give up atau putus asa. Kenapa rasa macam tu?
.
.
Antara sebabnya adalah, masa saya memula jadi agent, client saya yang kedua (yang sign up dengan saya), dia kena demam denggi dan dapat claim (saya buatkan) walau pun dia baru je amik 3 bulan. So, bila saya dapat buat claim ikut apa yang dinyatakan dalam policy. Saya jadi confident bahawa apa yang saya buat tu genuine. Walau pun masa tu bukan claim besar pun. Claim Elaun Hospital je. Tapi, apa yang client dapat adalah sama apa yang saya explain dalam policy. Itu yang buat saya rasa happy sangat dan confident.
.
.
Selain tu, bila saya selalu lepak kat office agency (masa tu di level 11, Block A, Damansara Intan, PJ). Saya dapat rasakan diorang yang jadi agent full time memang nampak happy bila berkumpul. Diorang share pengalaman dapat client, dapat commission, hantar claim, kena reject dengan client atau prospect, kena kencing appointment (istilah sekarang orang cakap kena sidai)..ada yang dah jadi nak jumpa, bila sampai tiba2 tak dapat nak call. Call tak dapat. Seolah-olah tutup phone. Jadi, bila dah kena macam tu, takkan nak menangis bucu katil. Masa tu la belajar macam mana senior2 agent handle emosi kalau kena reject.
.
.
Saya masuk kelas yang agency sediakan (ajar)..dapat banyak benda yang saya belajar. Tapi, ada benda2 advance yang saya dapat masa minum teh dengan senior2 agent dan manager masa tu. So, dapat 1-2 perkara yang advance pun dah rasa best dah. Then lepas tu, kita implement apa yang dipelajari masa sesi teh tarik tu kat prospect yang kita jumpa pada hari akan datang. Itu belum belajar teknikal pasal policy, strategy, dan macam-macam lagi.
.
.
Bila saya sudah mula mahir pasal sales dan ada result. Alhamdulillah, tahun pertama saya join as full time agent, Allah berikan keizinan untuk capai target incentive luar negara ke Switzerland. Pertama kali ada passport dan pertama kali naik flight ke luar negara dan pertama kali pergi luar negara. Macam-macam yang pertama kali. Dan saya cakap terus terang, benda pertama kali ni memang sangat-sangat mengujakan.
.
.
Setahun selepas tu, saya diserapkan masuk sebagai Leadership Management Team (LMT) dalam agency. Saya sebenarnya takde la pandai sangat bab management nie, tapi saya tak pasti kenapa saya diserapkan. Cuma apa yang saya boleh kongsikan antara faktor saya diserapkan ke dalam LMT lebih awak adalah (based on apa yang saya dengar) disebabkan contribution saya kepada agency dari segi IT system & support.
.
.
Tahun 2004/2005…masa tu mobile internet belum hebat macam sekarang. Masa tu internet terhad kat office atau kat rumah. Sama ada pakai dial up (line telefon), ISDN atau pun leased line. ISDN dan leased line ni biasanya untuk company2 je. Leased line pulak biasanya untuk corporate. So, saya memang dalam bidang IT. Saya banyak bantu agency configure dan juga troubleshoot problem PC dan networking kat office. Masa tu agent2 gunakan PC untuk check production online (Prunet nama web based system tu). Line pulak hanya ada kat office and pakai line company.
.
.
So, saya masa tu kerja Telekom. Ada laptop. Masa tu ada line dial up TIME.NET yang free…as long as you ada connection telefon line (ground line)...So, saya pergi office agency lepas office hour, saya tengok agent tunggu giliran nak guna PC untuk check PruNet. Saya pulak, amik laptop, cucuk line phone kat modem laptop, dial in pakai account TIME.NET…then ada berapa orang yang pelik macam mana saya boleh access prunet melalui laptop. Dan boleh access sendiri…tanpa sharing kat PC. Start dari situ la, ramai yang tanya saya apa2 berkaitan dengan PC dan komputer. Since saya memang biasa dengan IT dan computer nie, ada benda yang pada orang IT rasa benda tu basic je, tapi pada yang bukan IT background rasa benda tu macam benda besar.
.
.
Kat situlah bermulanya saya punya contribution dalam agency. Then, terus sampai full time dan sampai berjaya capai target. And saya buat semua tu takde bayaran. In fact masa tu, jadi agent semua kerja2 troubleshooting IT problem kat office semua saya buat secara percuma. Kalau panggil technician, rasanya sekali panggil tak kurang dari RM 150, belum ganti parts lagi. Disebabkan kemahiran saya dalam IT support, saya pun diserapkan dalam LMT pada tahun berikutnya iaitu 2005.
.
.
Pengalaman menjadi LMT dalam Agency LTH masa tu memang agak memberi tekanan. Sebabnya, pada masa yang sama sales kena jalan. Tak boleh stop. Saya pulak, takde network yang ramai. Adalah sikit kengkawan yang support. Jadi kena la focus buat sales melalui booth, direct approach dan juga online. Cuma Online dulu tak sama macam sekarang. Cuma dia punya intipati lebih kurang sama iaitu “get the attention”.
.
.
Pengalaman dalam LMT, terus terang saya cakap…memang banyak kerja. Selain dari handle IT kat office agensi, kena jadi Assistant Captain SBU saya. So, platform SBU ni la yang saya bebetul gunakan untuk asah leadership. Dari sini la satu statement yang saya selalu sebut bila saya share pasal agency development dan juga leadership.
.
.
Iaitu “Jadi leader sebelum jadi leader, kalau tak jadi leader sebelum jadi leader, bila dah jadi leader, tak tahu macam mana nak jadi leader”.
.
.
So, leadership bukan berkenaan dengan title, pangkat atau kuasa. Ada orang ada pangkat, gelaran dan kuasa, tapi bila bab leadership sangat jauh berbeza. Ada yang takde semua benda tu, tapi kalau bab leadership, dia la yang paling terkehadapan. Leadership is not about position, it’s more to our behavior and actions. Kita boleh cakap kita ada attitude yang bagus, tapi kalau tindakan kita tidak melambangkan attitude yang kita cakap tu, susah nak untuk orang percaya apa yang kita cakapkan.
.
.
Untuk jadi leader, antara perkara yang sangat penting adalah, bagaimana kita influence team kita untuk sama-sama menuju ke arah visi dan misi yang kita dah set. Ramai yang ada cabaran loyalty dalam organisasi. Kena pulak kalau organisasi tu besar….lagi mencabar. Jadi, perlu ada satu benda yang mengikat mereka dengan ikatan yang sangat kuat. Ada satu statement dengan salah seorang speaker program yang saya pergi. Dia pernah develop team dari 500 orang kepada 10,000 orang dalam masa beberapa tahun.
.
.
Dan dia cakap “LOYALTY IS RARE UNLESS ITS TIED WITH COMMON PURPOSE”.

.
.
Bila saya dengar je benda nie, seolah2 ada satu switch yang trigger dalam minda saya…. “YES!...this is it”....ini la jawapan yang saya cari selama nie….panjang kalau saya nak huraikan. Kalau nak tahu apa pemahaman saya pasal benda nie, in sha Allah saya continue PART 2….
.
Gambar : Jeti di Milford Sound, New Zealand.
.
.
Iklan : Ada sesiapa yang ingin mencuba untuk tukar bidang sebagai perunding takaful. Sekarang syarikat kami ada offer income permulaan RM 3,000 sebulan bagi fresh graduate dan kalau anda sekarang ada income RM 6,000 sebulan dan keatas dan rasa nak dapatkan peluang untuk kembangkan kerjaya dalam bidang perunding takaful, syarikat kami tawarkan income permulaan antara RM 8,000 sebulan hingga RM 10,000 sebulan. Boleh click link http://jomextraincome.wasap.my
.
.
Sekian.

Aziz Riadi
Muqmeen Group
Contact : 019-323 2121

No comments:

Post a Comment