03 November 2022

FINANCIAL FREEDOM UMUR 45 TAHUN



 [ FINANCIAL FREEDOM UMUR 45 TAHUN ]

Malam tadi sempat sharing dengan sorang anak muda yang berumur 29 tahun. Bagus dia nie sebab umur 29 dah ada income 5 angka. Ada side income yang consistent dan rezeki beliau kerja di bahagian oil and gas serta beringat lebih awal untuk beli rumah dan disewakan.

.

Cuma macam biasa, ada benda yang dia buat tidak sempurna, bila buat personal loan untuk buat renovation. Tapi, takde la kritikal sangat sebab income dia steady dan juga ada lebihan income yang agak banyak untuk dia start kumpul asset.

.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, bila umur 29 ada income 5 angka dan ada kesedaran untuk bebas kewangan pada umur 10 tahun dari umur bersara standard di negara kita ni iaitu umur 45.

.

Apa yang saya kongsikan adalah, macam kita nak bina rumah, mesti ada blue print dan execution plan. Sebab, kalau main ingat dalam kepala je, akan ada benda yang kita terlepas pandang dan menyebabkan kita lari dari plan asal.


Antara perkara yang saya highlight dalam sessi ni adalah.

.

1- MASA

Tempoh masa sangat penting dalam perancangan kewangan. Sebab bukan boleh terus dapat apa yang kita nak dalam masa yang singkat. Kebanyakkan pelaburan memerlukan masa untuk mendapatkan pulangan. Selain tu, hutang yang ada hasil dari proses untuk kumpul asset yang memerlukan pembiayaan pun amik masa nak habis hutang. Jadi, masa adalah elemen yang sangat penting dalam perancangan kewangan.

2- KESIHATAN

Sementara badan masih sihat dan kita mampu jana pendapatan, dan urus kewangan. Hargai dan jaga kesihatan. Sebabnya, berapa ramai orang yang dah berumur dan tidak sihat, bila nak mula nak buat perancangan, adakalanya sumber mereka jadi terhad. Itu belum lagi saya cerita dari segi semangat dan mindset. Ada yang terus macam putus asa dan ikut je apa yang nak berlaku dalam kehidupan.

3- SUMBER PENDAPATAN

Kena urus dan bina seberapa segera beberapa sumber pendapatan lain selain dari sumber pendapatan utama. Dalam dunia penuh dengan kemudahan teknologi, kalau kita tak gunakan sebaik-baiknya teknologi, kita mungkin boleh tertinggal ke belakang.

.

4- ILMU & SKILL

Kena sentiasa tambah, amalkan, dan kongsikan. Sebab, kekadang kita rasa kita dah pandai ilmu canggih2. Sedangkan yang diperlukan adalah ilmu asas cuma kena buat berulang-ulang. Dan perlu aa recording untuk kita buat FUFT (Follow Up, Follow Through)

.

5- CIRCLE 

Orang yang kita campur atau yang selalu kita jumpa dan bergaul. Sebab ia akan mempengaruhi sedikit sebanyak mengenai mindset kita terhadap duit dan juga cara kita urus resources yang kita ada. Selain itu, kita boleh belajar cara-cara orang lain dalam circle tu yang kekadang orang lain tak pernah terfikir nak buat pun. Dan yang paling best adalah, boleh share networking dengan orang2 yang kita campur tu.

Mudah-mudahan orang muda yang saya coach ni mampu capai apa yang dia inginkan dalam hidup dia. Saya cuma bagi idea dan share sikit pengalaman dan perjalanan process dan yang saya pernah lalui dan berjaya dapat.

.

Itu je lah dulu, nak share pasal pengalaman bantu orang buat Financial Blue Print. Sebab, antara topic yang saya tekan dalam saya punya mana-mana sessi coaching adalah BINA PROFIL KEWANGAN dulu...sebab, bila yang ni ok, yang lelain akan jadi mudah.

Ada sesiapa yang nak saya bantu untuk dapatkan khidmat nasihat kewangan?..Boleh click link kat sini http://financialcoach.wasap.my


Untuk yang nak belajar tambah income dan nak explore peluang jana income dalam bidang perancangan kewangan (Financia Planning), boleh click link ini http://jomextraincome.wasap.my.

In sha Allah saya akan bantu untuk capai matlamat kewangan anda mengikut masa yang anda jangkakan. In sha Allah.

.

Aziz Riadi

ShRFP

Muqmeen Group


#MGiC #financialplanning #income #bijakwang #investment #takaful #inspiration

No comments:

Post a Comment