02 January 2023

MUQMEEN GROUP 100 MILLIONS TPC 2022



Alhamdulillah...untuk capai satu tahap prestasi yang lebih tinggi itu satu cabaran. Tapi untuk mengekalkan prestasi dan pergi lebih tinggi itu adalah cabaran yang berbeza.
.
.
Alhamdulillah, pada permulaan idea untuk hit 100 Million ACE (Annual Contribution Equivalent) di awal tahun 2017, memang ramai yang macam tak sangka ia akan jadi satu kenyataan. Bukan sekali, tapi sudah 3 tahun berturut-turut. Si sebalik pelbagai cabaran untuk membangunkan modal insan dalam sesebuah organisasi yang besar bukan mudah.
.
.
Antara cabaran besar dalam running agency yang besar ni, yang ada lebih dari 100 leaders dan 2,000 agents...4 perkara asas ni memang kena solid.
.
.
1- PURPOSE
Yang nie kena pastikan semua jelas dan meaningful. Kalau tidak, sudah pasti akan ada perpecahan dalam team. Nampak simple je, tapi kat sini lah peranan leader dalam menjelaskan tujuan sebenar organisasi itu wujud, dan ke arah mana organisasi itu dibawa.

2- PEOPLE
Untuk modal insan ni, takde yang lebih penting daripada menyatpadukan hati-hati yang ada dalam organisasi untuk sama-sama bergerak ke arah satu tujuan yang sama. Dengan pelbagai background, mindset, skill set dan believe, bukan mudah untuk menyatukan satu team yang besar ke arah tujuan yang sama. Kena buang EGO dan sama-sama menghormati antara satu sama lain. AGREE to DISAGREE..antara mekanisme yang selalu diguna pakai untuk mengekalkan keharmonian dalam organisasi. Environment dalam organisasi sangat penting, HAPPINESS, FOCUS, DISCIPLINE, RESPECTFUL dan TOGETHERNESS menjadi tunggak nilai murni dalam Muqmeen Group.

3- PROCESS
100 Million bukan jumlah yang kecil dalam industri takaful. Ada beberapa syarikat Takaful di Malaysia pun struggle untuk mencapai jumlah jualan seperti ini. Jadi, cara nak run agency pun bukan boleh asal boleh je. Kena ada SOP, GUIDELINE, EXECUTIONS, FUFT dan juga IMPROVEMENT dari semasa ke semasa. Tak semua orang suka dengan guideline yang digariskan, tapi itulah process yang perlu dilalui. Percaya kepada process adalah salah satu pengorbanan yang setiap orang dalam organisasi perlu terima. Sebabnya, setiap process perlu masa untuk hasilkan result.

4- PROOF
Business is about RESULTS. Apa guna kalau semuanya bagus tetiba takde results?...Ya...100 Million adalah antara RESULTS dalam banyak results yang berjaya di tunjulkan. Alhamdulillah, kami di Muqmeen Group akan terus melangkah maju dalam industri takaful. Menjadi pace setter dalam industri bukan hanya dari segi performance, malah juga values.

Akhir kalam, terima kasih kepada semua MG Members nationwide. Bermula dari sahabat dalam MG8. Hj Sahrom Salikin, Hj Solehan Salikin, Tuan Nizam Said, Tuan Reza Safri, Hj Adie Mudzaffar dan Hj Ibrahim Hassan, semua leaders, LMT's, AUM's, Trainer, Captain SBU dan juga agents pejuang MG satu Malaysia. Tidak lupa support staff dan juga staff syarikat PruBSN Takaful dan PAMB atas sokongan tidak berbelah bagi kepada kami.
Alhamdulillah, sesungguhnya semua yang kita perolehi adalah atas keizinan Allah SWT. Mudah2an tahun 2023 dan tahun-tahun mendatang kita lebih cemerlang lagi.
Ameen.

Kepada sesiapa yang berminat nak join sebagai Apprentice di MUQMEEN GROUP, kami boleh bantu anda untuk bangun potensi dalam diri anda untuk berjaya dalam kerjaya sebagai perunding kewangan. Click link http://jomextraincome.wasap.my Sekian.
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group
Icity.

1 comment: