10 January 2023

LEADERSHIP MANAGEMENT TEAM - LMT


[ LEADERSHIP MANAGEMENT TEAM - LMT ]

Alhamdulillah, tahun ke-20 dalam industry. 18 tahun pengalaman dalam LMT ( 4 tahun sebagai agent, 14 tahun sebagai leader).

Apa yang  saya boleh rumuskan. PEOPLE SKILL ( Kemahiran Membangunkan modal insan) adalah satu skil yang sangat mahal. Bayangkan, dalam sesebuah organisasi, antara  cabaran utama beberapa tahun ini adalah untuk mendapatkan tenaga kerja bukan sahaja yang bagus dari segi prestasi (performance) tapi juga sangat cemerlang  dari segi nilai-nilai murni (values).

.

Beberapa tahun yang lalu, saya set agency direction untuk menuju ke arah HIGH VALUES, HIGH PERFORMANCE. Untuk bulan-bulan yang awal, pemantapan mengenai pemahaman maksud values pun dah mencabar. Sebabnya?..tahap pengetahuan dan kesedaran semua ahli pasukan berbeza-beza. Ada yang mudah faham, ada yang slow nak faham, ada yang lebih faham.

.

Jadi, sebagai leader, memang kena sabar bila nak terapkan sesuatu yang baru untuk dijadikan budaya kerja dalam organisasi. Jadi, saya pun merangka beberapa langkah untuk ahli team faham dan dpat internalised idea HVHP ni dalam diri setiap orang. Saya buat 4 step utama.

.

1- AWARENESS

Peringkat awal, saya fahamkan setiap orang punya awareness level. Sama ada mereka berada pada tahap boleh menerima keadaan untuk berubah atau mereka tak nampak keperluan untuk berubah. Ramai je yang tahu, kita perlukan perubahan, tapi berapa ramai yang ada awareness nak berubah? 

Jadi saya pun mula terapkan concept dan framework yang ada dalam program ABC (Awareness Before Change), How Your Mind Works (HYMW), Awareness Trust Building Behavior (ATBB), I Good SALT Spirit Leader (IGSSL) dan juga program yang  comprehensive saya pernah menuntut dalam membina team iaitu Project Change Go Green (PCCG). 

Saya sangat bersyukur sebab saya pun pernah belajar dan implement sampai sekarang framework INFLUENCER MODEL (Vital Behavior) dan bagaimana gunakan 6 sources of motivation dan ability untuk bantu team berubah. 

Process ni memang  lama dan Alhamdulillah...bila kita clear apa  yang kita  nak buat, kita akan nampak jalan menuju visi dan misi walau pun orang lain tak nampak. Jadi, sebagai antara top leader dalam MG, tugas saya adalah untuk  bagi semua ahli team nampak dengan jelas Visi dan Misi organisasi.

.

2- ACCEPTANCE

Part yang ni memang  antara yang paling mencabar selepas step No. 1. Sebabnya, bukan senang nak buang ego seseorang. Kekadang mereka nampak lain dan mereka ada ego mereka sendiri...bagaimana kita nak hook dengan mereka supaya mereka rendah hati dan boleh menerima idea kita untuk cakap Visi dan Misi bersama. So, process no. 1 tu memang kena buat ulang-ulang dan ulang. Space repetition is the first law of learning. 

.

Dalam process ni, bukan setakat nak bagi nampak visi dan misi, tapi juga nak bagi nampak apa yang mereka ada sekarang dan tahap mana mereka sekarang. Bahasa mudahnya adalah, sebelum kita nak menuju ke tempat baru, kita kena tahu dulu lokasi kita berada sekarang. Baru kita boleh plan dan decide laluan dan juga cara kita nak menuju ke tempat baru tu.

Dalam sessi coaching pun sama, nak ahli team accept keadaan mereka, memang sangat mencabar. Kena pulak dengan mindset makan gaji yang  masih menebal. Mindset makan gaji, kalau ada sessi diagnosis, banyak perkara yang  silap atau  bagus kita akan sorok dan bagi nampak yang  cantik je. Tapi, dalam business, terbalik. Yang tak baik dan perlukan penambahbaikkan la yang  perlu di keluarkan dan dibentangkan untuk sama-sama rectify.

.

3- ALTERING

Bila dua step kat atas tu dah settle, baru la kita boleh set plan dan strategy untuk kita teruskan usaha-usaha untuk mecapai Visi dan Misi organisasi. Part ni, memang kena pasak dalam minda, progress is much important than perfection. So, kalau setakat ada silap sikit sana sini tu, biasa. Teruskan je apa yang dah dirancang. 

.

4- ACHIEVING

Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun, ada banyak progress yang kami dah capai, dan sekarang ni kami mengorak langkah untuk mencapai visi dan misi yang lebih besar. 

Oklah, itu je saya nak share sikit hari ni. Ada masa dan idea nak menulis pasal agency development. Bukan senang nak develop team. Tapi, ia tak susah kalau kita tahu framework dan juga ada tools serta support system yang baik. Yang penting, kita ada Ahli Team yang sangat2 supportive. Mudah-mudah tahun 2023 ni memberikan sinar kepada kita semua mencapai matlamat yang telah diaturkan. In sha Allah.

Nota : Kepada sesiapa yang rasa ingin tahu peluang untuk jana pendapatan dalam bidang  takaful, saya berpengalaman 20 tahun dalam membina team dan juga business takaful. In sha Allah kami boleh bantu anda. Click link http://jomextraincome.wasap.my

.

Aziz Riadi
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group


No comments:

Post a Comment