31 March 2023

BUAT 5,127 PROTOTYPES BAGLESS VACUUM CLEANER SEBELUM JADI BILLIONAIRE

 


Mungkin ramai yang dah kenal brand vacuum yang unik jenama Dyson ni. Kalau dari segi harga memang kayangan dan saya sendiri pernah pakai dan pernah rosak body dia, nak repair, kos dia dah macam nak beli baru. Tapi disebabkan products dia sangat bagus dan sangat berguna, saya tak jadi repair dan saya beli baru.

Saya bukan nak cerita pasal vacum yang saya pakai. Tapi saya nak kita semua renung bagaimana James Dyson ni boleh capai apa yang dia ada sekarang.

Kalau ikutkan data terkini, James Dyson pada tahun 2023 mempunyai nilai bersih atau networth sebanyak 9.4 USD. 

Ramai yang saya kenal dan tahu, nak berjaya. Khususnya dalam business. Akan tetapi ramai juga yang dari golongan yang sama tak faham process nak berjaya. Ramai  yang fikir dan harapkan kejayaan tu datang dengan mudah dan cepat. 

Cuba anda lihat sendiri bagaimana James Dyson ni buat prototypes untuk cipta "Dual Cyclone Bagless Vacuum Cleaner". Berapa banyak dia buat? 5,127 prototypes. Diringkaskan cerita, James Dyson ni melalui process yang banyak dan lama. Bukan sehari dua, tapi 5 tahun...5 tahun guys. Bayangkan....Kalau kita baru je try buat 3-4 kali terus rasa susah dan down, itu maknanya anda ada masalah "BELIEVE" dengan apa yang anda nak capai.

Saya amat yakin, James Dyson sangat percaya apa yang dia cipta ni memang sangat bagus dan mampu menyelesaikan masalah ramai manusia. Sebenarnya, hasil ciptaan dia pernah ditawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar vaccum yang terkemuka, tapi idea tersebut ditolak disebabkan vacuum yang ada pada masa tu semua memerlukan bag untuk simpan habuk. Bag tersebut antara sumber jualan kepada syarikat disebabkan pengguna perlu menggantikan dengan yang baru apabila sampai masanya.

Setelah idea dia ditolak, adakah James Dyson terus down?..Give Up?..Quit...dan buat benda lain?...Sudah tentu tidak. Dia teruskan usaha untuk buat kilang sendiri sampailah dia mampu keluarkan jenama Dyson dengan teknologi yang dia cipta dan dia berjaya patternkan ciptaan tersebut dan orang lain tak boleh guna idea yang sama macam mana Dyson buat.

Pengajaran yang kita sama-sama boleh ambil adalah.

1- PERCAYA (BELIEVE)

Kita kena bebetul percaya dengan apa yang kita nak buat ni. Kalau kita yakin dan percaya apa yang kita nak buat nie mampu memberi nilai tambah dalam hidup orang lain. Jangan sesekali hilang kepercayaan tu. Lebih-lebih lagi kalau kita hilang kepercayaan disebabkan kata-kata orang luar dari apa yang kita nak buat ni. Kita yang nak buat, kita yang percaya benda yang kita nak buat ni boleh jadi, tapi kita dengar dan ikut kata-kata orang luar yang bukan dalam bidang yang kita tengah buat ni. Masuk akal ke?

2- KESANGGUPAN (WILLINGNESS)

Bila kita dah mulakan, kena kena ready dari segi jiwa, semangat, skill, tools dan platform untuk kita terus progress. Jangan terus expect dapat hasil segera. Kena sabar dan teruskan process. Perkara no. 2 ni takkan ada atau kuat kalau anda tak lepas yang no. 1. Biasanya ramai yang QUIT sebab takde willingness untuk teruskan perjalanan process. Amik jalan singkat, malas nak serabut2...just QUIT. Tapi, adakah dengan QUIT tu boleh membuatkan kita capai apa yang kita nak?..

3- KEBOLEHAN (CAPABILITIES)

Results adalah sesuatu yang kita tak boleh nak kawal. Apa yang kita boleh kawal adalah process, dan process tersebut memerlukan specific skills atau capabilities untuk kita progress. Jadi, kalau kita rujuk balik 5,127 prototypes yang James Dyson buat, kat situlah sebenarnya dia tingkatkan dia punya capabilities. Sudah tentu dia jumpa lebih dari 5,127 problem dan juga solutions. Inilah yang akan buat kita mudah untuk capai apa yang kita inginkan. Tapi, kena ingat...5 tahun bang...bukan 1 hari, bukan 1 minggu dan bukan 1 bulan....or even bukan 1 tahun. 5 tahun...

Jadi, ini secara ringkas apa yang saya nak kongsikan melalui pemahaman saya dari kisah James Dyson ni. Saya pun dalam process nak capai impian saya. Jadi, kisah ini akan saya jadikan rujukan dan sumber inspirasi untuk saya teruskan usaha untuk capai impian.

Kepada anda yang nak buat business khususnya, atau yang dalam process nak capai financial freedom, set goal, set plan dan execute plan tersebut. Jangan sesekali give up. Teruskan usaha.

Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan boleh click link http://financialcoach.wasap.my atau yang ingin mencuba tambah income dalam bidang takaful, boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my 

Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan pelbagai tips kewangan dan business serta artikel yang memberikan inspirasi.

Sekian

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
PruBSN Takaful Berhad
 

No comments:

Post a Comment