17 February 2023

BACAAN GULA TINGGI SEBELUM AMBIL PELAN TAKAFUL?


 Dah banyak artikel yang saya tulis berkenaan kaitan penyakit2 yang biasa dihidapi oleh rakyat Malaysia dengan pelan takaful atau insurans. Ada persoalan dari salah seorang associates atau agent saya, yang mana prospect beliau mengalami hypo, iaitu apabila paras gula dalam darah turun terlalu rendah.

Antara tanda-tanda hypo adalah.

  • Degupan jantung tetiba menjadi laju lebih dari normal
  • Menggigil terutamanya di bahagian tangan
  • Berpeluh-peluh walau pun tidak melakukan activity senaman 
  • Terasa macam blur2, lost atau ingat-ingat lupa
  • Pening kepala (berputar)
  • Sentiasa lapar dan makan banyak tapi berat badan tak naik
  • Berat badan turun mendadak tanpa bersenam
Dan beberapa symptom lain.

Jadi, apa yang saya nak kongsikan adalah, prospect tersebut dalam process nak signup plan takaful (sama ada medical card atau pun hibah). Namun, beliau amik masa untuk buat keputusan. 




Pada satu hari, baru-baru ni, dia rasa macam tak sihat, jadi macam hypo (tengok screen shot kat atas). Ada le tanda-tanda yang saya tulis kat atas tu. Sebelum ni memang beliau takde sejarah penyakit sama ada kencing manis atau sebagainya. Jadi, since beliau rasa tak berapa sihat, beliau ambil keputusan untuk buat check up kat klinik swasta. Result yang keluar amat memeranjatkan dan tidak pernah disangka. Itu bacaan gula adalah 8. So, agent saya tanya, sama ada kena declare yang beliau ada kencing manis. Sebab lepas check di klinik swasta tu, Doktor yang buat check pun takde berikan ubah dan takde disuruh untuk follow up ke hospital kerajaan atau klinik kesihatan.

So, macam mana nak buat kalau macam nie?

Ini antara process yang seorang agent perlu tahu dan ambil tindakan. 

1- Sebelum nak key in details dalam system proposal online atau digital, perlu dapatkan jawapan dari prospect atau bakal client, apa sebenarnya yang berlaku. Agent perlu tahu kronologi kisah client bermula dia ada symptom sampai la dia dapatkan rawatan.

2- Issuenya sekarang, Dr tidak berikan ubat, dan tiada follow up dan sebelum beliau sakit pun memang tiada rekod yang melibatkan masalah kesihatan. Jadi, apa status kesihatan prospect yang perlu diletakkan dalam proposal form?

Dalam bab ni, agent kena faham, walau pun sebelum prospect ada symptom dia tiada sebarang record kesihatan, apabila dia dapatkan rawatan di klinik disebabkan hypo tu, itu consider ada rekod kesihatan. Jadi, agent perlu masukkan details rekod kesihatan di klinik yang dia buat check up tu dalam proposa.

3- Macam mana nak tulis dalam proposal form atau jawab questionaire tu?

Perlu sediakan info ini.

  • Apa gejala atau symptom yang berlaku sehingga prospect pergi ke klinik?
  • Klinik mana yang dia pergi?
  • Siapa nama Doktor yang attend patient?
  • Apa Doktor cakap berkenaan sakit yang diadukan oleh patient?
  • Apa result (secara umum) hasil dari checkup tersebut?
  • Adakah penyakit tersebut masih berlaku sekarang? 
  • Adakah ada follow up? Bila last Follow up? 
  • Adakah sudah pulih sepenuhnya dan tiada sebarang rawatan susulan?
4- Setelah dapat info dari prospect, declare macam biasa dalam proposal untuk kes dia dapatkan rawatan disebabkan oleh Hypo tu. Then bila submit nanti, bahagian permohonan baru (New Business Department) akan semak permohonan tersebut dan tunggu la apa feedback dari pihak HQ. Dan kalau ada requirement, sebagai contoh prospect kena buat ujian darah dan sebagainya.

Kenapa kita kena declare yang prospect pernah dapatkan pemeriksaan di klinik yang saya sebutkan di atas. Sebabnya adalah, untuk elakkan jadi kes Non-Disclosure disebabkan tak declare details. Apa itu Non-Disclosure?..Iaitu adalah keadaan di mana, client amik plan PruBSN Takaful, tapi tak declare yang beliau pernah dapatkan rawartan dan sebagainya. 

So, apa bila nak claim nanti, pihak PruBSN akan buat semakan dan sekiranya didapati memang sebelum ambil policy dah pernah check di klinik atas sakit yang sama dia nak claim, mungkin claim tersebut tak dapat lepas. Akan ada proses extra dan sekiranya memang ada bukti yang sebelum sign up policy takaful, client memang ada record kat klinik dan dengan symptom dan tak declare ada risiko plan takaful akan dibatalkan (Null Void). 

So, nasihat saya, just declare status kesihatan client yang terkini dalam proposal untuk mengelakkan sebarang dispute pada masa akan datang.

Sekian, semoga bermanfaat.

In sha Allah next artikel, saya jelaskan kaitan orang yang dah sakit dengan plan nak amik hibah perlindungan kewangan.

Aziz Riadi

No comments:

Post a Comment