29 November 2023

HIDUP DAN PERANCANGAN KEWANGAN


SAYA NAK SHARE SIKIT PASAL KEHIDUPAN DAN PERANCANGAN

Bukan sedikit kisah perkongsian orang yang minta bantuan untuk bil perubatan, belanja kehidupan, belanja sekolah dan sebagainya akibat diuji dengan sakit kritikal, kematian lumpuh dan yang berkaitan. 


Bila agent bercerita pasal perlindungan kewangan, tak kurang yang angkat kaki atau pun tak layan topic yang nak dibincangkan. Tapi, pada masa yang sama, orang yang telah ditimpa ujian, tercari-cari cara untuk jalan penyelesaian.


Malangnya, ramai yang tersedar setelah berlaku musibah. Ada yang masih ada kesempatan untuk amik pelan perlindungan disebabkan sejarah penyakit atau kemalangan yang dialami masih boleh ditanggung risikonya oleh pihak takaful. Tapi, ada yang memang risiko tersebut terlalu tinggi untuk ditanggung dan menyebabkan permohonan ditolak.


Tak kurang juga yang masih berpendapat bahawa bila ambil takaful dan tak claim, mereka rasa layak untuk dapat balik semua caruman dan pada masa yang sama mereka patut dapat pulangan (sebab dibandingkan dengan kalau melabur di tempat lain seperti unit amanah atau pun hartanah)..


Pemahaman yang kurang tepat ini antara punca juga ramai orang Bumiputera Islam masih lagi kurang kesedaran untuk menyediakan perlindungan kewangan takaful. 


Oleh kerana ramai juga yang bertanya "Rugi la aku kalau aku tak claim, duit burn"...dan ada juga yang mengharapkan duit balik setelah mencarum 3-4 tahun dan tak pernah claim dengan alasan "Aku tak pernah claim pun sebelum nie, sepatutnya aku dapat la balik duit tu"..


Dalam context ini, saya nak memahamkan anda semua bahawa apa bila seseorang itu mencarum takaful, sebahagian duit yang dicarum akan diletakkan dalam tabung untuk claim2 yang dinamakan Tabarru' Fund (Dana Tabarru')...konsep mudah kalau nak faham, macam tabung khairat kematian surau atau masjid atau qariah sesebuah tempat. Sebahagian memang dimasukkan dalam tabung peserta dan dilaburkan dan ada pulangan pelaburan (cuma jumlah pulangan adalah tidak dijamin, bergantung kepada prestasi pasaran)


Bila kita dah mencarum, memang kita tak boleh nak dapatkan balik allocation yang kita dah masukkan dalam Tabarru' Fund tu.  Sebagai contoh mudah. Katakan anda mencarum dalam tabung khairat sebuah masjid. Katakanlah RM 250 setahun. Setelah 10 tahun kalau ikutkan jumlah caruman anda dalam RM 2,500. Oleh anda tidak mati lagi dan tak pernah claim, anda jumpa dengan pegawai kewangan masjid (bendahari) kemudian nak minta balik duit caruman yang anda dah carum selama 10 tahun....dan anda tak pernah claim dan anda masih hidup sampai saat anda minta balik duit tu. Agak-agak, pegawai masjid tu akan layan ke permintaan anda?


Secara teknikalnya, sebab apa tak boleh nak claim balik duit tu selagi kita belum layak untuk claim..


1- Konsep Tabarru' atau Khairat adalah berasaskan konsep derma atau infaq. 

Takkan la dah derma lepasu nak minta balik. Itu buruk siku nama dia...Kalau ada rasa dan keinginan macam tu, better jangan mencarum dari awal. Anda simpan dalam bank, dan cukup masa anda boleh dapat balik duit tu. Cumanya, bila ada musibah melanda, anda tak layak pulak nak claim duit dari tabung khairat tu sebab anda bukan peserta dalam pelan khairat tersebut.

2. Duit yang anda carum mungkin telah pun digunakan untuk tujuan bayaran atau claim bagi peserta lain. So, basically duit yang kita carum tu mungkin dah takde dan dah sampai kepada pihak yang layak untuk dapat tuntutan. Walaupun anda tak claim lagi, sebab tidak termasuk dalam kategori boleh claim. Jadi, sekali lagi anda tak boleh nak expect dapat balik semua duit yang kita carum kalau kita tak claim.


3. Mana-mana pengurus dana pun perlukan kerja untuk mengurus dan mentadbir. Jadi, sebahagian dari caruman adalah untuk belanja mengurus dan mentadbir. So, walau pun anda tak claim, duit caruman tu dah diallocatekan untuk perkara-perkara pengurusan.


Akhir sekali, secara kesimpulannnya, kena fahamkan dulu apa fungsi takaful, bagaimana ia dilaksanakan, apa terma dan syarat yang perlu dipatuhi dan apa manfaat serta jumlah caruman yang diperlukan untuk kita layak dapat manfaat tersebut.


Kita kena faham, fungsi utama takaful adalah lebih kepada PERLINDUNGAN KEWANGAN. Kalau ada elemen pelaburan pun, ia adalah sebahagian value added product untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang mungkin nak manfaat tersebut disekalikan dalam plan takaful.


Dan saya biasa memahamkan prospect atau client dengan kaedah kongsi Konsep dan Idea, kemudian saya sertakan Proof of Concept melalui true story, testimony atau kisah-kisah yang dikongsikan di media massa atau media sosial. Alhamdulillah, dengan bantuan Sales Kit yang saya design, dapat memudahkan client untuk cepat faham. Bila mereka faham, mereka lebih mudah untuk buat keputusan (decision) dan dari situ mudah untuk mereka sign up.


Semoga bermanfaat.
Aziz Riadi
ShRFP, MFPC
Muqmeen Group Icity
PruBSN Takaful.

No comments:

Post a Comment