07 March 2024

KISAH ANTARA SINGLE BEDDED vs DOUBLE BEDDED WARD

 


Saya terima call dari client untuk upgrade bilik single. Tapi, rate bilik yang dia layak adalah RM 200 sehari...iaitu double bedded. Kalau nak pun kena top-up...Tapi wife client tak nak top up sebab dia fikir dan rasa yang RM 200 sepatutnya boleh dapat bilik single. 


Saya handle dengan cara yang terbaik, dan beritahu kenapa memang tak dapat bilik RM 200 single bedded sekarang. Dulu maybe boleh, and kalau top up pun maybe dalam RM 20- RM 30. Tapi sekarang dah tahun 2024, kenaikan harga bilik pun agak ketara berbanding 10 tahun lepas. Client nie amik policy dalam 10 tahun lepas.


Saya pun tanya la, kenapa nak upgrade bilik single...rupa2nya...sebab client nie kena complication kencing manis, jadi, kaki dia luka dan tak sembuh2. Akhirnya menanah teruk hingga berbau busuk. Jadi, dia tak nak orang lain terganggu dengan bau busuk kaki tersebut. Jadi, dia kalau boleh nak upgrade bilik.


Ok, saya faham, kenapa dia beriya nak upgrade bilik. Sebab kekadang client nak keselesaan dia..tapi dalam keadaan ini, saya nampak client tak nak ganggu keselesaan orang lain. Pada saya dia ada valid reason. Tapi, bila kita check harga bilik single dan bilangan bilik yang available, tak de setakat hari tu sebab hsopital pun full board.


Jadi, apa yang saya buat adalah, minta dengan pihak hospital, untuk standby kalau ada bilik single yang kosong, nak minta client nie dipindahkan ke ward single. Kira queue la.


Di pendekkan cerita, selepas Doktor datang check, luka client ni agak teruk dan anggaran rawatan mencecah puluhan ribu ringgit sebab.

1- Nak kena buat procedure sebab luka kencing manis nie kalau nampak luaran dan teruk, maksudnya dalaman dia lagi teruk. Sebagai contoh, kepada sesiapa yang pernah kena bisul, luar nampak macam sikit je, bila korek nak cuci nanah dan darah serta tissue daging yang dah rosak memang banyak dan dalam. Kena buang semua. yang putih-putih / kuning (tissue yang dah rosak) hingga nampak daging warna merah. Memang akan complext walau pun nampak macam luka sahaja. Sebab ia luka kencing manis, bukan luka cedera.

2- Process nak sembuh amik masa dan client kena stay dalam ward maybe 2 minggun atau lebih. Sebab sepanjang process penyembuhan tu, Doktor nak tengok progress dan nurse akan selalu buat dressing (cuci) bahagian luka tu. Kalau tak de rawatan yang sempurna, boleh menyebabkan jangkitan kuman dan yang bahayanya bila kuman dan start attack benda lain contoh tulang, atau pun masuk dalam darah dan attack organ lain. 

3- Client kena kawalan nutrisi dan diet yang ketat. Kalau tak di jaga, akan impact pada process penyembuhan. Sebab pesakit kencing manis nie sangat sensitif dengan kandungan gula dalam darah. Terlebih pun tak boleh, terkurang pun tak boleh. Jadi kena monitor sentiasa. 

4- Kalau dah sampai luka teruk dan tak sembuh, ada risiko mungkin kena buang sebahagian anggota yang kena jangkitan kuman (busuk) untuk elakkan jangkitan merebak ke tempat lain. Dan bila nak buang pulak, kena tengok condition pesakit. Doktor tak boleh nak simply potong. Sebab risiko komplikasi benda lain pulak boleh berlaku.

5- Bekalan ubat pun, bukan murah sekarang nie. Ada ubat2 yang diperlukan kekadang harga dia lebih mahal sebab kesan dia lebih cepat maybe sebab dose dia lebih. Jadi, kalau ubat2an selama tempoh rawatan tu, berapa dah kos dia?

Tapi, apa-apa pun, mujur client ada kesedaran nak amik medical card lama dah. Client kerja bahagian yang berisiko tinggi, jadi, medical card dia dulu harga dia agak tinggi berbanding orang kerja biasa. Tapi, disebabkan nampak kepentingan medical card nie, dia sign up dan bayar juga setiap bulan.


Tugas agent hanya bantu bagi kesedaran untuk prospect sediakan dana kecemasan dalam bentuk plan takaful atau insurans. Walau pun ada yang kata insurans atau takaful tu tipu, tapi, Alhamdulillah...saya dah 20 tahun dalam bidang nie (saya hanya buat takaful keluarga (dulu life insurans)) dan tak buat business lain. Sebab pada saya, saya perlu FOCUS kepada satu business untuk berikan khidmat yang terbaik. 


Total bill saya tak dapat nak reveal lagi, cuma saya jangkakan maybe dekat 50K,...bayangkan sekali warded pun dah berpuluh ribu...kalau nak harapkan duit simpanan..berapa lama kita simpan tetiba bila perlukan untuk kos rawatan, duit tu habis macam tu je. 


Kalau diberi pilihan untuk dapatkan rawatan terbaik dan segera tapi terpaksa keluarkan simpanan, berbanding dengan selamatkan simpanan dan dapatkan rawatan daripada hospital percuma (kerajaan) yang mana kita kena terima kalau kena tunggu disebabkan ramai pesakit...mana satu anda pilih?..


Kebanyakkan orang bila saya tanya soalan ini, duit sudah tidak bernilai. Masa tu kesihatan penting...jadi suka tak suka, mereka sanggup keluarkan duit simpanan yang ada, yang mana telah dikumpul bertahun-tahun.


Di sini la sebenar antara FUNGSI medical card. Bukan sebab kita nak dapatkan keselesaaan atau rawatan terbaik semata-mata. Tapi lebih kepada memberikan kita ruang untuk buat pilihan. 


Kenapa perlu korban duit simpanan kita sedangkan kita boleh gunakan sumber lain untuk cover kos rawatan dengan allocate duit sikit untuk carum plan medical?...Sekarang ni banyak pilihan yang ada di pasaran. 


Cuma nasihat saya, ambillah dari agent yang berpengalaman dan FULL TIME. Sebab, kalau ambil dengan agent yang PART TIME, saya khuatir di saat tuan puan perlukan khidmat mereka, mereka dah takde dalam business ni.


Kepada yang nak tahu details pelan perubatan yang sesuai dengan anda dan mampu milik. Boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my


Untuk yang dah ada medical card dan nak review, pun boleh click link yang sama. Saya bantu anda untuk review.


"Takaful, adalah ikhtiar untuk sediakan lebih banyak pilihan"



Aziz Riadi
ShRFP
PruBSN Takaful.
019-3232121

No comments:

Post a Comment