12 February 2024

BAGAIMANA NAK SEDIAKAN RESIDUAL INCOME LEPAS BERSARA?


[ RESIDUAL INCOME ]

Yang biasa orang dengar pasal income ni adalah active income vs passive income. Tapi, saya lebih suka untuk guna terma "residual income"...
.
.
Apa itu Residual Income?
.
.
Secara bahasa mudahnya nak bagi faham macam nie..

" Residual income adalah duit yang kita perolehi secara berterusan selepas kita keluarkan sumber modal untuk permulaan pelaburan (sama ada dari segi duit, tenaga, idea, masa dan juga semua sumber yang diperlukan)...
.
.
Antara contoh Residual Income -->
1- Royalti ( macam artis, atau brand)
2- Sewa (property dan sebagainya)
3- Dividen hasil dari keuntungan syarikat.
4- Endorsement iklan atau brand
Ada macam2 bentuk lagi...sebagai contoh sekarang nie channel social media yang boleh berikan income stream berterusan hasil dari ads atas content-content yang dibuat.
.
.
Kalau 20 tahun dulu, apa yang saya nampak dan belajar serta nampak ada peluang adalah "income dari sewa"....so, saya belajar, ada yang free ada yang berbayar. Ada yang berbaloi, ada yang macam tak berbaloi, cuma dapat networking....tapi tak kisah la....saya anggap itu adalah process nak berjaya atas apa yang saya dah target.
.
.
Since saya dulu dapat pendedahan dari segi pelaburan hartanah dari kawan-kawan sekerja, saya mula fahamkan process dengan belajar teori dan explore secara practical. Dah belajar, lepas tu pergi cari mana2 project yang kita boleh jangka sesuai dengan budget dan juga potensi masa hadapan...then lepas tu pergi bank, tanya macam mana untuk process apply loan. Belajar kira loan dan belajar macam mana sediakan document yang bank suka untuk bagi kita loan.
.
.
Alhamdulillah...tahun 2001, saya berjaya booking rumah pertama RM 75,000 (cendana aparment di Taman Bukit Subang...Sebelah dengan Denai Alam, Shah Alam)...sekarang nie market value dalam RM 230,000...naik almost 3 kali ganda...dalam masa 20 tahun. 
.
.
Cuma, masa saya beli memula tu, tak tahu pun tempat tu jadi macam tu. Memang masa memula nak booking, rasa macam tak confident, sebab jauh. Sebab tu pentingnya mentor. Masa nak booking tu saya dapatkan pandangan senior tempat saya kerja..dan dia cakap "Bang, 10 tahun dulu tahun 1990-an Melawati tu semua orang kata jauh dari KL....sekarang tahun 2000....berapa harga rumah area situ?"
.
.
Jadi, saya pun faham dan disebabkan masa tu project under Guthrie dan masa tu ada plan nakbuat Highway dari Federal terus sambung ke highway PLUS ke utara....jadi, saya fikir..kalau dah ada access, sure akan naik kawasan di sepanjang highway tu. Saya terus booking dan buat loan.
.
.
Loan dari bank pertama kena reject dan officer tu siap cakap lagi...yang mana saya ingat sampai sekarang.."Saya bukan nak halau Encik, tapi dengan income macam nie memang tak lepas. Encik boleh cari bank lain...".
.
.
Masa tu saya sedar yang saya memang bergaji kecik...RM 1,680 tak home lepas tolak EPF dan Socso. Balik dari bank, jumpa senior saya, dia cakap, try bank lain...akhirnya saya try bank Islam....Alhamdulillah...bank Islam bagi loan. So, lepas tu, saya. tak duduk diam...saya kena fikirkan macam mana nak tambah income kalau rumah dah siap nanti. Sebab kalau rumah belum siap, kita tak bayar penuh....bila rumah dah siap baru bayar penuh...makanya ligat la kepala ni fikir macam mana nak cari income lebih kat tengah bandaraya Kuala Lumpur nie...
.
.
Macam-macam juga cara yang saya cuba buat, cuma percubaan untuk cari income tambahan berakhir dengan jadi agent insurans Part Time...sebab bila saya tengok business model dan potential income, sesuai dengan apa yang nak. Tambahan pulak, apa yang agent insurans buat adalah berikan awareness kepada orang ramai dan kalau ada yang sign up kita bantu sekiranya mereka perlukan bantuan kalau ditimpa musibah. Jadi, saya rasa sangat meaningful...
.
.
Lepas ada progress, saya disiplinkan diri dengan jaga kewangan. Belanja bila perlu dan ikut keperluan dan kalau boleh jimat saya jimat. 
.
.
Since saya dah start jadi agent insurans masa tu...apa yang saya focus adalah macam mana nak tingkatkan skill saya dalam jualan (iaitu mahirkan buat sales)...sebab kalau buat business tak pandai menjual...macam mana nak dapat sales dan nak dapat profit..
.
.
Pada awalnya memang tak suka nak menjual nie, sebab rejection tu kekadang buat kita rasa down. Tapi, saya kuatkan semangat sebab saya yakin apa yang saya buat ni mampu untuk bantu selesaikan masalah orang lain dan mampu untuk bantu selesaikan masalah saya.
.
.
Bermula 1 unit, teruskan kumpul duit, belajar improve sales, belajar buat prospecting, belajar open / sharing pada prospect dan berani untuk attempt to close...akhirnya mampu beli beberapa unit lagi....
.
.
Alhamdulillah...semenjak 10 tahun yang lalu, saya sudah mula dapat rental income dan setiap kali habis tenancy agreement, biasanya akan ada perubahan dari jumlah sewa....sebab ikut demand kawan sekeliling...
.
.
Cuma, bila sembang pasal investment, passive income,  residual income, investment return, financial freedom semua tu...ramai yang focus on nak invest dan nak return tinggi. Tapi, tak ramai yang nak focus untuk TAMBAH INCOME dulu then baru invest. Jangan terpedaya dengan return of investment yang diterima oleh orang lain yang dah invest lama. Focus pada macam mana nak JANA INCOME untuk kita mula invest, baru kita boleh rasa return dalam bentuk residual income atas pelaburan kita. 
.
.
Dah ada duit, macam-macam platform boleh invest. Cuma jangan tamak dan nak cepat, invest kat Skim Cepat Kaya a.k.a scammer...
.
.
Jadi, kepada sesiapa yang nak belajar mahirkan skill menjual (buat sales)...saya ada buat seminar selling skill...khas untuk agent-agent Takaful....18 Feb 2024, hari Ahad, di Dewan Teratai, Surau Seksyen 4, Shah Alam.
.
.
Ingatttt....sebelum invest duit ke mana-mana platfrom pelaburan...invest dulu pada diri sendiri....untuk improve skill dan knowledge. So, yang nak register jangan lambat2...ada 5 seats je lagi untuk early birds, lepas habis early birds...akan naik harga ke normal rates....Pautan untuk register ada di ruangan comment.
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group



No comments:

Post a Comment