
Ramai orang muda sekarang pening kepala bila fikir pasal masa depan. Nak kerja kerajaan yang gaji tak besar tapi ada pencen? Atau kerja swasta yang gaji tinggi tapi pencennya kita sendiri kena urus (KWSP)? Mana lagi untung?
Jom kita kupas dua-dua. Sebab masa depan tak tunggu kita buat keputusan lama-lama.
✅ Kerja Kerajaan – Gaji Sederhana, Tapi Ada Pencen
Kelebihan:
- Ada pencen seumur hidup. Maksudnya, lepas umur 60, duit tetap masuk tiap bulan.
- Medical coverage lepas bersara pun masih dapat, bergantung pada skim.
- Job security – susah nak kena buang kerja.
Kekurangan:
- Gaji taklah besar sangat, susah nak simpan banyak kalau tak buat side income.
- Peluang naik pangkat kadang lambat, bergantung pada senioriti.
- Mudah selesa dan menyebabkan diri jadi malas untuk tambah kemahiran lain
✅ Kerja Swasta – Gaji Besar, Tapi Kena Urus Sendiri Duit Tua
Kelebihan:
- Gaji lebih tinggi = peluang simpan lebih banyak (kalau tak boros 😅).
- Kenaikan gaji & bonus lebih cepat jika perform.
- Peluang buat bisnes part-time lebih fleksibel.
Kekurangan:
- Tiada pencen. Harap pada KWSP dan simpanan sendiri.
- Bila dah berhenti kerja, medical pun kena bayar sendiri.
Ramai Orang Jatuh Dalam Perangkap Ni…
Lepas bersara — tak kira kerja kerajaan atau swasta — ramai kena tipu dengan skim pelaburan palsu, MLM palsu, skim cepat kaya.
Kenapa?
➡️ Sebab ada duit lump sum (gratuiti, KWSP, pampasan)
➡️ Tapi tak tahu nak urus duit tu.
➡️ Tak buat perancangan awal.
💡 Jadi Apa Patut Kita Buat?
Tak kira anda kerja kerajaan atau swasta, ini 3 benda wajib buat sebelum bersara:
1. Sediakan Aset Yang Boleh Jana Cashflow Bulanan
Contoh:
- Rumah sewa (property rental)
- Saham dividen
- ASB Financing
- Bisnes yang orang lain boleh uruskan
➡️ Objektif: Ada duit masuk walaupun dah tak kerja.
2. Guna Banking Facilities Untuk Leverage
Tak semua orang kaya boleh beli rumah cash.
Tapi orang bijak:
- Guna pinjaman bank untuk beli rumah sewa
- Guna ASB Financing untuk gandakan simpanan dengan dividen tahunan
➡️ Bank suka bagi duit... kalau kita tahu bahasa bank dan pandai susun profil kewangan.
3. Buat Perancangan Awal
Kalau anda umur 30-an sekarang, anda ada 20-30 tahun untuk siapkan semua ni.
Kalau umur dah 50-an? Masih sempat, tapi kena mula sekarang.
🔚 Kesimpulan
Kerja kerajaan atau kerja swasta — dua-dua ada rezeki masing-masing.
Yang penting:
➡️ Jangan harap semata-mata pada pencen atau KWSP.
➡️ Mulakan bina aset pendapatan pasif sekarang.
➡️ Dan elakkan dari jadi mangsa scam bila bersara nanti.
📢 Nak Belajar Macam Mana Nak Bagi Bank Suka Luluskan Loan Anda?
Saya ada kongsikan rahsia ni dalam seminar khas.
Klik link ini sekarang:
Jangan tunggu sampai duit dah habis baru nak belajar!
Atau click http://financialcoach.wasap.my. -> Free Financial Consultation.
Atau click http://financialcoach.wasap.my. -> Free Financial Consultation.
No comments:
Post a Comment