Alhamdulillah, hari ni ada orang ada kesedaran untuk amik medical card. Cuma, macam biasa ...agent due diligent, tanya semua info termasuk tinggi dan berat.
.
Bila dapat info saya terus check dengan BMI Calculator, screen shot dan berikan balik pada prospect. Ceritakan lebih awal apa process yang perlu diambil.
1- Oleh kerana prospect dah masuk level Obese tahap 1. Saya beritahu, biasanya memang kena jalani medical examination (ME).
2- Result dari medical examination tu, kena tengok la, kalau ada sakit2 lain, bergantung kepada laporan ME. Kalau tiada penyakit lain, maksudnya tekanan darah ok, sugar level ok, cholesterol level pun ok, then result bergantung kepada BMI.
3- Kalau Obese Tahap 1 nie, ada kemungkinan
3.1 Declined
3.2 Postponed
3.3 Loading
3.1 - Langsung tak dapat medical coverage, cuma dapat hibah takaful (life coverage sahaja). Kalau obese tahap 3, sesilap life coverage pun tak dapat.
3.2 - Postponed tu, boleh dapat medical card, tapi kena tunggu lepas 1 tahun atau 2 tahun bergantung kepada BMI masa apply tu.
3.3 Loading (sama ada dapat medical card tapi loading medical card sahaja) atau loading dengan life coverage sekali.
So, sesiapa yang BMI tengah ok dan keadaan kesihatan masih baik. Apply la masa sihat. Ini bukan masalah "Alaahhh...takaful tu nak orang yang sihat je, yang sakit tak nak. Kata konsep tolong menolong"
Ya, tolong menolong dikalangan orang yang ada risiko yang lebih kurang sama, kalau tak sama pun kena ada syarat2 tambahan. Sebab tabung tu adalah sumbangan peserta, bukan dapat sponsor dari mana2 badan kerajaan atau pun swasta.
Dan Takaful adalah sebahagian dari perniagaan. Tujuan jalani perniagaan adalah untuk keuntungan. Kalau takde untung sampai tak cukup dana nak operate business..macam mana nak sustain.
Ada yang nak tahu details pasal underwriting medical card ni, atau nak tahu plan medical card atau hibag. Boleh tanya di ruangan comment atau DM atau click link
http://infoplantakaful.wasap.my
http://infoplantakaful.wasap.my
http://infoplantakaful.wasap.my
Ingat, apply sebelum sakit, guna ketika sakit.
Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful.
No comments:
Post a Comment