MEDICAL CARD LEVEL vs STEP UP CONTRIBUTION
Artikel panjang...anggaran bacaan 3 minit.
Issue plan takaful khususnya medical card naik harga ni bukan la sesuatu yang baru. Pengalaman saya 22 tahun dalam bidang insurans dan juga takaful, melalui beberapa kali medical repricing exercise (Perlaksanaan Semakan Harga) atau lebih mudah dipanggil "naik harga".
Tapi dalam posting kali ni saya tak nak bercerita berkenaan dengan kenapa naik harga, kenapa naik tinggi, kenapa company lain tak naik, tapi company yang pulak ada yang naik dan sebagainya...
Kali ni saya nak bercerita berkenaan jenis contribution (caruman) pelan medical card yang ada di pasaran. Saya ingin ambil contoh PruBSN Takaful.
Sedikit sejarah PruBSN Takaful, PruBSN Takaful mendapat lesen dari Bank Negara sebagai Takakaful Operator adalah pada bulan Jun 2006. Dan pada Bulan 11 2006, PruBSN Takaful lancarkan product pertama iaitu Plan Takafulink. Plan ini ada complete 5 komponen iaitu
- Basic Plan ( Pampasan kematian atau TPD - Total Permanent Disable)
- Pampasan sakit kritikal
- Pampasan Kematian akibat kemalangan atau cacat kekal akibat kemalangan
- Medical card (medical card takaful pertama di Malaysia masa tu)
- Simpanan (untuk pendidikan atau persaraan)
Jadi, masa tu, caruman bulanan hanya ada satu jenis sahaja iaitu level contribution. Pemahaman kami masa tu seperti yang diajarkan oleh trainer adalah "caruman level ini tidak akan naik dari semasa ke semasa"...
Namun, setelah beberapa lama di pasaran, bilangan client pun bertambah, sudah tentu claim pun akan bertambah. Akibatnya?..claim experienced sudah menunjukkan trending yang kurang baik iaitu meningkat dari setahun ke setahun.
Sampai la satu ketika, kalau tak silap selepas 8 tahun bertahan dengan pelbagai kaedah seperti lancarkan product baru dengan caj tabarru' yang lebih tinggi, tetap tidak mampu membendung claim experienced yang semakin meningkat.
Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang baik, inflasi tinggi dan tukaran wang asing yang tinggi, syarikat dengan kebenaran dari Bank Negara Malaysia mula melaksanakan semakan harga medical card atau pun dipanggil medical repricing.
Saya akan share view pada posting yang lain berkenaan dengan ekosistem medical card ni dan macam mana medical repricing ni terjadi, apa punca dan bagaimana ia dilaksanakan dan juga apa pelan tindakan jangka panjang.
Untuk posting kali nie, lebih kepada Level Contribution dan Step Up Contribution...dari segi perlaksanaan semakan harga medical card.
Kenapa saya cerita sejarah medical card PruBSN?..Tujuan saya adalah, untuk memberikan kesedaran dan juga pendedahan kepada orang ramai yang mana dulu memang takde issue kenaikkan caruman bulanan. Sehinggalah apabila isu kos rawatan semakin meningkat dan jumlah claim melebihi sumbangan dan menyebabkan ia menjadi salah satu sebab losing business kepada pengendali takaful, antara langkah segera yang diambil adalah dengan naikkan caj untuk medical card coverage.
Adakah ia salah dari segi undang2 atau policy?..Sudah tentu tidak, sebab dalam setiap sijil takaful ada dinyatakan bahawa harga caruman adalah tidak dijamin...Di mana clause ini menyatakan, pihak syarikat boleh mengubah kadar caruman sekiranya perlu dengan memberi notis kepada semua peserta.
Jadi, anda dah faham serba sedikit kenapa ada semakan harga medical card?....
Untuk pengetahuan semua, kenapa PruBSN Takaful menjadi company yang paling awal buat medical repricing dan menjadi antara company yang paling banyak buatkan kenaikkan ni? Sebabnya simple, sebab PruBSN Takaful Berhad adalah pengendali takaful yang terawal yang menawarkan medical card takaful. Jadi, kesan tabarru' tak cukup memerlukan pengendali takaful buat semakan harga lebih awal. Kalau tidak, mungkin pada masa akan datang, dana tabarru' tak cukup membayar claim (tuntutan) bayaran bil hospital.
Oklah, sekarang berbalik kepada persoalan asal.
Kalau client yang ambil level contribution takkan naik ke?...Dan kalau amik step up contribution kan memang dah naik setiap 3 tahun...akan naik lagi ke?..
Ok, tengok gambar ya.
Saya ada buat 2 jenis contribution.
1- Level Contribution - Color merah
2- Step Up Contribution - Color biru.
Katakan la client umur 25 tahun dan amik plan medical card sampai umur 70 tahun.
Untuk yang level contribution, caruman akan dikira sama dari awal sign up sampai la habis term. Tapi itu tak termasuk kalau ada repricing. So, repricing (line color hijau)...
Bila ada repricing exercise (kenaikkan harga)...line level contribution akan meningkat ikut jumlah kenaikkan. Caruman akan berterusan sehingga la bila ada repricing exercise lagi pada masa akan datang, processnya akan berulang.
So, tengok pulak Step-Up Contribution (line biru)... Untuk Step-Up contribution nie, memang sudah ada kenaikkan berjadual (dalam sales illustration pun memang dah ada dipaparkan)...Apa jadi kalau ada repricing exercise?..Adakah akan ada kenaikkan lagi?..Jawapanya "YA"..akan ada kenaikkan disebabkan repricing exercise tu.
Sebab untuk kenaikkan harga berjadual memang dah ditetapkan untuk step up contribution, tapi repricing exercise adalah disebabkan keperluan untuk adjust tabarru' caj disebabkan claim experienced atau pun caj tabbaru' yang meningkat atau pun bahasa mudahnya, apa bila tabung tabarru' mula mengurang sehingga memerlukan dana tambahan untuk terus bertahan bagi membayar tuntutan di masa akan datang.
Jadi, lihat pada line hijau yang ada pada line biru (Step Up Contribution)...
Saya harap anda semua boleh faham mekanisme ni.
Mana lagi bagus?..Level Contribution atau Step Up.
Mana satu lebih bagus, bergantung kepada tahap kemampuan atau strategy client dalam menguruskan kewangan atau buat budgeting.
Kalau memang ada budget yang cukup, amik level contribution lebih baik untuk jangka masa panjang.
Tapi, kalau dari awal mungkin budget kurang, tapi masa yang sama faham mengenai keperluan menyediakan dana perubatan. Jadi, boleh la bermula dengan plan step up. Cuma biasanya bila umur dah sampai ke 40-an, harga caruman untuk plan step up akan cross harga plan level. Dan lepas tu kenaikkan akan jadi lebih ketara berbanding dengan plan level. Cuma mungkin masa tu keadaan kewangan sudah lebih baik.
Cuma, kalau yang ambil plan level contribution, ia boleh disertkan sekali dengan rider CONTRIBUTOR WAIVER, maksudnya, sekiranya client disahkan mengidap sakit kritikal atau TPD - Total Permanent Disable, caruman bulanan akan jadi percuma. Tak perlu nak mencarum, tapi manfaat dan simpanan akan berjalan seolan-olah client bayar macam biasa. Cuma, kalau ada repricing, harga repricing kena top up macam biasa...
Kalau Plan Step Up, tak boleh attach benefit Contributor Waiver. So, pilihan masing2. Ia bukan berkenaan mana satu yang baik mana satu yang kurang baik. Setiap plan ada tujuan dan target client masing2. Kalau tak sure, dapatkan khidmat nasihat agent.
Jadi, apa2 pun bergantung kepada cash flow anda. Kalau anda tak pasti, buat la financial health check dulu. Saya ada tools (template) untuk buat cash flow health check ni. Kalau nak, boleh respond di ruangan comment "Saya Nak"..nanti saya akan bantu.
So, ok lah, itu sahaja. Tahniah kepada yang baca sampai habis. Kepada agent2 PruBSN atau mana2 agent yang ada client tanya berkenaan mekanisma repricing untuk medical card, maybe boleh sharekan posting nie.
Sama-sama Didik Masyarakat untuk Celik Kewangan.
Takaful bukan hanya untuk kita, tapi takaful adalah untuk semua.
Sama-sama mencarum, sesama juga membantu.
AAR
Muqmeen Group
PruBSN Takaful

No comments:
Post a Comment