18 August 2009

Kenapa kita perlu pilih agency yang mantap?

Salam semua pembaca,

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya yang sedikit ini dalam membentuk sebuah organisasi / agency insurance, dengan mengambil agency Al Isra' Associates Sdn Bhd sebagai satu contoh (sebab saya banyak terlibat dalam pembangunan agency satu masa dulu bersama2 dengan Director2 agency dan rakan yang lain).

Selain faktor syarikat dan products insurance yang kita nak jual amat penting dalam pemilihan sebelum kita join insurance business...Agency yang kita join pun memainkan peranan penting. Antara sebabnya...

1- Dari segi Sistem dan Struktur..

Bahagian ini amat luas untuk dibincangkan, tapi saya cerita secara umum sahaja. Secara analogi, cuba kita lihat pada sebuah bangunan tinggi. Struktur bangunan (tiang concrete, beam dan sebagainya..) itu perlu kukuh untuk pastikan bangunan yang dibina akan kukuh dan tahan lama. Samalah juga dalam membentuk sesebuah agency nie. Struktur kena kukuh. Saya akan bincangkan lebih lanjut, apa yang dimaksudkan dengan "struktur yang kukuh" selepas ini.


Manakala "sistem" pula kita boleh bayangkan sebuah enjin kereta. Enjin tersebut terdiri daripada beberapa komponen. Dan setiap komponen tersebut dicantumkan menjadi satu sistem yang boleh berfungsi. Bahasa mudah setiap bahagian menjadi sebahagian yang lain. Jadi, kalau sebahagian daripada sistem tersebut mengalami masalah, keseluruhan sistem akan menerima kesannya.


Cuba lihat gambar di atas. Apa yang saya maksudkan adalah system enjin atau gear di atas. Kalau ada satu pulley yang sangkut, atau jammed, menyebabkan seluruh system terganggu. Begitulah pentingnya sesuatu sistem tersebut.

Jadi, sistem dan struktur yang dibina tidak ada sesiapa yang boleh langgar termasuklah diri kita sendiri (kalau kita sebagai leader sekali pun, kita kena follow apa yang telah ditetapkan oleh sistem yang dibuat).

Apa sistem dan struktur yang perlu ada dalam sesebuah agency yang anda nak join?

- Structured day e.g Morning meeting start pukul berapa dan berapa kali kekerapannya? Lepas tu apa agent perlu buat supaya tidak membuang masa kepada perkara2 yang tak productive.

- Morning Meeting tersebut, bagaimana dikendalikan dan apa yang ditekankan bagi membolehkan agent sentiasa bertenaga dan bersemangat untuk menjalankan activity harian?

- Agency meeting, apa yang ditekankan didalamnya?

- Training, bagaimana ia dijalankan dan apa kandungan yang diajar untuk pastikan setiap agent baru yang join akan perform dan seterusnya buat full time?

- Review (daily, weekly, monthly, quarterly, half yearly, yearly)....adakah dilaksanakan mengikut jadual dan program yang telah dirancang dan ditetapkan?

- Client Based Management, bagaimana dilaksanakan, berapa kekerapan dan apa yang agent boleh dapat daripada program ini.

- Business Opportunity Presentation, bagaimana program ini di laksanakan dan apa pengisian program yang boleh menarik supaya ramai agent yang attend presentation, join kelas, contracted, full time dah akhirnya berjaya mencapai impian mereka?

Jadi ini antara perkara2 yang anda perlu amik tahu dalam memilih agency. Ada banyak lagi dan kalau nak tau lebih lanjut, boleh datang sendiri jumpa saya dan saya akan terangkan semuanya.


2- Energy

Kenapa energey tu penting?...Kami di agency Al Isra' Associates Sdn Bhd selalu ulang kenyataan ini "I reach out first with LOVE and TRUST and be an energy giver" (source ABC Program). Apa significant energy dalam bidang insurance ini?

Terus terang saya bagitau kepada anda, yang mungkin baru2 nak join dan tengah survey2 mana satu agency yang nak disertai...Business Insurance is REJECTION BUSINESS. Jadi, kita kena bersedia dengan kenyataan ini. Akan tetapi, kalau orang reject sekali pun, kalau kita punya energy level sangat tinggi, kita akan terus bergerak dan tidak akan mengaku kalah. Tapi, kalau energy tak de?..baru kena reject sekali terus give up dan kata, "insurance business tak sesuai dengan jiwa saya." Satu kesilapan besar..kalau kita quit insurance disebabkan kena reject dengan prospect. Saya dah buat insurance sebagai agent hampir 7 tahun lebih, bayangkan berapa orang yang reject saya?..tapi yang manis pulak, setiap rejection tu saya improved diri saya...semakin lama, semakin kurang orang reject dan Alhamdulillah sekarang nie, walau pun masih ada yang reject, tapi ramai pulak yang cari saya untuk amik policy, amik medical card, simpanan untuk retirement, jadi kerja semakin senang. Tapi semua tu memerlukan energy yang tinggi.

Selain itu, agency yang kukuh, energy level setiap agent sangat tinggi, dan energy ini boleh disalurkan kepada agent baru, dan ini salah satu sebab kenapa agent2 baru yang join kami, boleh sustained dan boleh perform.

3- Team Support

Dalam business insurance, tak de sorang pun boleh buat sendiri2. Kena bekerja dalam kumpulan. Kalau boleh buat sendiri2 pun, resultnya takkan lebih baik dari buat secara berkumpulan. Jadi, support dari team tu kena ada, dan macam mana nak dapat support, ia berkait rapat dengan perkara no 2 di atas. Bila energy level tinggi, setiap program, activity atau event, akan dapat sokongan dari team member...dan perkara tersebut akan menambahkan tahap energy dan seterusnya hasil kerja yang diperolehi amat memuaskan.

Untuk memastikan sistem dan struktur berjalan lancar, perlu ada sokongan dari setiap individu dalam agency. Sebab tu, kalau dalam agency pun masih ada dengki mendengki, pentingkan diri sendiri, negative thought sentiasa bersarang dalam kepala, menyebabkan sistem tak berjalan, akhirnya yang paling teruk struktur yang dibina runtuh sedikit demi sedikit.

Jadi, buat insurance dengan hati yang ikhlas..clean heart, bukan dengan perasaan hasad dan sebagainya.

4- Activity

Buat insurance semudah ABC...tak percaya?....Activity Bring Cases. Dalam agency perlu ada banyak activity untuk agent. Selain agent buat activity sendiri, agency kami sentiasa ada activity berkumpulan terutamanya booth, blitz, aktiviti menabur flyers, phone calls, role play dan sebagainya...

So, activity yang banyak membolehkan agent2 baru cepat belajar. Dan bila cepat belajar, mereka cepat dapat client, cepat dapat income, and cepat datang full time. Bila dah datang full time, akan lebih laju buat sales dan activiti. Dan yang paling best, bila senior agent dah matured, sistem yang ada akan berjalan secara automatik.

Ada beberapa faktor lain lagi...kalau nak tau call saya, 019-323 2121 (Aziz Riadi)..kita jumpa and sembang panjang.

Jadi, fikirkan sendiri. Sebelum anda buat keputusan untuk join agency, sebabnya kalau di Prudential, kalau dah join sesebuah agency, pihak syarikat takkan benarkan untuk pindah ke agency lain. Kalau nak pindah jugak, kena resigned....tunggu 18 bulan, baru re-join. So, fikirkan masak2. Tapi, kalau agency perform sekali pun, diri kita yang problem, malas, tak nak belajar....join mana2 agency pun takkan boleh buat insurance nie. Pokok pangkalnya...kena RAJIN. Ada orang cakap, kita tak perlu work hard, kita work smart..saya setuju. Tapi sebelum work smart, you kena work hard dulu sebabnya...kalau dah smart sangat, until you too smart...sampai activity pun tak nak join, nak gerak sesorang....so, akhirnya DIE SLOWLY BUST SURELY DIE.....

Sekian

-> Kembali ke Artikel Business Insurance / Takaful

1 comment:

  1. Terima Kasih En. Aziz atas segala artikel - artikel menarik tentang bisnes insurance / takaful. Keep it up. Smoga Terus Maju Jaya.

    Joey Hafis
    Founder www.RancanganKewangan.com
    From TruLegacy (Million Dollar Agency)

    ReplyDelete