29 July 2014

Tips and Tricks Takaful : Guarantee Letter atau Surat Jaminan

Guarantee Icon 



GUARANTEE LETTER (GL) atau SURAT JAMINAN merupakan satu terma atau nama yang banyak digunapakai dalam insurance atau takaful. Sebagai pemegang policy atau agent, mereka sepatutnya tahu secara asas benda nie. Agent kena tahu lebih lanjut lagi.

Bahasa mudahnya, GL ni merupakan satu surat jaminan daripada syarikat insurance atau takaful yang bersetuju untuk menanggung kos rawatan yang akan dikenakan kepada client mengikut jumlah yang telah dipersetujui seperti dalam policy atau sijil takaful. Biasanya GL ini akan hanya dikeluarkan oleh hospital yang menjadi panel kepada syarikat takaful tersebut. Sebab apa?....sebabnya, client tidak perlu bayar dulu bill hospital kepada hospital sebaliknya, dengan GL tersebut, syarikat Takaful akan buat bayaran terus ke hospital setelah pihak hospital menjalankan rawatan dan membuat tuntutan. Jadi, ini akan memudahkan client.....Just imagined, kalau client kena bayar upfront RM 50K untuk rawatan, berapa ramai client yang mampu bayar dulu then claim kemudian?..kalau pakai credit card, berapa ramai yang ada credit card platinum atau yang lebih tinggi dari tu untuk cover bill sekali gus?..Jadi, system GL ini akan memudahkan client.

System yang sama ini juga yang diguna pakai oleh syarikat2 besar yang memberikan benefit medical kepada staff2 mereka. Jadi, dengan adanya GL ni, hospital akan mendapat satu jaminan bayaran kos rawatan oleh syarikat yang keluarkan GL. Tapi, ia masih tertakluk kepada syarat2 yang ada dalam policy. Seperti penyakit yang nak dibuat rawatan tu bukan yang tak dicover (exclusion) atau masih dalam waiting period atau ada special exclusion untuk penyakit tertentu kepada client2 tertentu....jadi, ianya bergantung kepada keadaan (case by case basis).

Biasa terjadi, tetiba client nak buat rawatan dan process GL nak dibuat, tetiba, declined (syarikat insurance atau takaful) tak nak keluarkan GL, jadi nak tak nak client kena bayar duit sendiri dulu. Terdapat perbezaan antara GL DECLINED dengan CLAIM DECLINED.

GL DECLINED : Syarikat takaful atau insurance tak nak keluarkan GL kepada hospital, mungkin disebabkan oleh beberapa perkara.

1. Non Disclosure : Pernah ada history sakit atau masalah kesihatan, tapi tak declare semasa memohon. Atau masa apply proposal, tak sakit, cuma symptom berlaku sebelum amik policy. Menyebabkan company kena hold GL dan kena dapatkan beberapa maklumat dari klinik atau hospital yang client pernah mendapatkan rawatan atau pernah mendapatkan pemeriksaan. GL declined nie kekadang tak berkaitan dengan penyakit yang kita nak claim, tapi sebab Non Disclosure punya pasal, tetap tak boleh nak claim terus pakai GL. Kena hold jugak sampai le semua maklumat yang diperlukan oleh pihak syarikat diperolehi. Dan mungkin client perlu sign form endorsement yang baru disebabkan oleh penyakit yang dah sedia ada.

Namun, kalau penyakit yang sedia ada tidak ada kena mengena dengan penyakit yang nak kita claim, mungkin boleh kita claim dengan cara bayar dulu claim kemudian. Tapi, kalau penyakit tersebut berkaitan sama ada secara langsung atau tidak, kalau ikutkan pengalaman saya, memang tak boleh nak claim. Kecuali kalau kemalangan. I.e pernah patah, kemudian dah pulih sepenuhnya, lepas tu accident tempat yang sama. Yang itu in sha Allah boleh claim.

2. Medical Card masih dalam tempoh menunggu untuk process claim online. So, yang ini, kalau medical card belum cukup 90 hari, memang GL akan declined dan kena bayar dulu, then claim kemudian. 

GL DECLINED sebab CLAIM DECLINED : 

Yang ni memang langsung tak boleh nak claim, maybe disebabkan oleh penyakit yang tidak dicover, sama under general exclusion or specific exclusion. Atau pun masih dalam waiting period untuk penyakit specific. So, yang ni, memang client kena bayar sendiri bill dan semua cost rawatan. Memang langsung tak boleh nak claim.

Harap dapat memberi sedikit pencerahan kepada anda semua. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan agent anda (kepada yang ada agent)..kepada yang tak de policy lagi, nak tahu lebih lanjut atau nak dapatkan khidmat nasihat medical card....boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau PM di facebook saya di www.fb.com/azizriadi. Atau email abdazizriadi@gmail.com

Sekian.

2 comments:

  1. Salam En Aziz ,

    Mohon beri pencerahan,
    Saya terlupa untuk beritahu ajen , saya pernah buat pembedahan kecil pada telinga masa berumur 17thn. Saya membeli insurans pada umur 31 thn, dan terlupa untuk memberitahu tentang pembedahan tersebut kerana ia hanya pembedahan kecil dan saya pun telah sembuh sepenuhnya. tp selepas 3 thn saya mengalami masalah sakit di bahagian perut dan bukan sakit yang sama. Soalannya Adakah saya tidak boleh claim insurans utk rawatan , disebabkan masalah tidak meberitahu tentang pembedahan yang kecil itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau company dapat tahu yang Puan tidak declare sakit yang lama, walau pun sakit yang baru tidak ada kaitan (sebab tempat sakit lain)...Claim Puan berkemungkinan akan di tahan sehinggalah pihak company dapat maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan Puan berkenaan penyakit yang lama tu.

      Saya cadangkan, minta tolong agent untuk re-declare semula dengan membuat memo (surat rasmi) memberitahu bahawa Puan terlupa nak declare dulu (pembedahan telinga dulu)...then nanti pihak syarikat akan berikan "medical history report" Untuk Puan isi dan Doktor yang merawat Puan isi. Kemudian hantar dan tunggu feedback dari pihak syarikat.

      Sekian.

      Delete