02 August 2014

Tips and Tricks Takaful : Apa itu Free Look Period and Waiting Period....

Assalamualaikum...

Saya nak share sikit pasal 2 timing nie...iaitu FREE LOOK PERIOD dan WAITING PERIOD..apa maksudnya, apa persamaannya dan apa perbezaannya.

1. FREE LOOK PERIOD.

Merupakan satu tempoh, iaitu 30 hari daripada tarikh policy bermula atau commence...kalau nak tengok kat dalam policy atau dalam system (commencement date)....

So, bahasa mudah nya, dalam tempoh ini, tiada sebarang manfaat akan dibayar kalau berlaku sebarang penyakit, kecuali kemalangan. Dan tempoh yang sama juga, kalau selepas client dapat policy, ada terma dan syarat yang client tak setuju, client nak stop policy (cancellation from inception - CFI) pun boleh dan duit caruman pertama akan dipulangkan mengikut terma dan syarat.

Sebab tu, sebagai client, anda perlu tahu hak anda, iaitu agent atau company perlu serahkan policy dalam masa 2 minggu selepas policy start. Dan anda ada 15 hari dari tempoh terima policy utk review dan kalau nak stop. So, total tempoh masa adalah 30 hari. Iaitu 15 hari (2 minggu tempoh nak prepare document dan hantar document kepada agency / agent office) dan 2 minggu lagi masa utk client review policy dan decide sama ada nak teruskan atau stop.

Sebagai agent pula, anda dinasihatkan untuk memberitahu kepada client dengan segera sekiranya policy dah siap dan kena set appointment untuk handover policy secepat mungkin. Dan terangkan dengan jelas apa kandungan dalam policy supaya client faham apa coverage yang mereka ambil. Apa syarat2 yang termaktub dalam policy dan sebagainya.

Waiting Period Medical Card 


  2. WAITING PERIOD

Waiting Period atau tempoh menunggu sebelum claim boleh dibuat sekiranya client mengalami sebarang penyakit atau melalui life stage. Dan tempoh menunggu ini terdapat beberapa tempoh yang berlainan. 

Antaranya..

1. Medical Card untuk penyakit specific 120 hari dari tarikh policy approved
2. Critical Illness punya coverage, ada yang 30 hari waiting period dan ada yang 60 hari waiting period. 
3. Death Benefit - untuk case bunuh diri, kena setahun selepas policy start cover
4. Untuk Claim Life stage benefit (Untuk policy firstlink - Berkahwin, dapat baby, beli rumah dan sebagainya (refer dalam policy)...ada yang 2 tahun, ada yang setahun dan sebagainya)....

Untuk waiting period ni, bagi case specific illness, sebagai agent atau client, anda kena tahu, ia mula dikira daripada symptom (gejala) penyakit tersebut berlaku, bukan masa nak dapatkan rawatan.

Contoh, untuk penyakit specific (Batu karang le katakan, kena tunggu 120 hari daripada tempoh policy lulus)....katakan pada hari yang ke 125 client nak dapatkan rawatan, tapi bila doctor tanya, bila start sakit, patient atau client jawab dah seminggu lebih...then, symptom tersebut sudah berlaku dalam tempoh waiting period (kalau case macam nie berlaku)...ini yang kekadang GL Declined (client kena bayar dulu claim kemudian, sebab pihak syarikat Takaful memerlukan maklumat lanjut untuk history penyakit tersebut)....dan lebih buruk kalau symptom berlaku dalam tempoh FREE LOOK PERIOD, dan ini boleh menyebabkan CLAIM DECLINED....so, kena terangkan bebetul kepada client.


Sekian tips dari saya....untuk maklumat lanjut, boleh hubungi agent masing2 atau leader masing2....dan untuk orang awam yang nak dapatkan info lanjut pasal perlindungan takaful dan sebagainya, boleh hubungi saya. 

Aziz Riadi
019-323 2121
www.fb.com/azizriadi

No comments:

Post a Comment