08 August 2015

CERITA SAYA PART 4 ( Bagaimana Saya Bina Pasukan Dalam Business Takaful)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Entry kali nie saya nak share sikit kisah perjalan hidip saya. Saya yakin, setiap orang ada kisah kehidupan masing2. So, saya jugak sama....ada cerita saya sendiri....


Kali ni, saya rasa saya perlu kongsikan apa yang saya lalui. Harapan saya, agar cerita saya ini mungkin boleh beri inspirasi kepada orang lain. 

Saya pernah kongsikan cerita saya daripada kecil sampailah saya jadi agent takaful bersama Prudential dan PruBSN Takaful....dan di sini saya nak share sedikit lagi mana2 yang saya belum bercerita dan kisah saya develop agency yang bermula dari "0". 

Anda boleh baca kisah permulaan cerita saya di link kat bawah ni  


CERITA SAYA PART 2 (Bagaimana Saya Bermula Dalam Business Insurans)




Untuk yang belum mengenali saya, Saya Abd Aziz Bin Riadi, Director Al Mukmeen Associates (a member of MUQMEEN GROUP), merupakan agency manager di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Bermula dengan seorang agent di bawah saya pada tahun 2006, hinggalah sekarang, jumlah keseluruhan setakat hari ni dalam 250 orang agent. Dan pada tahun lepas, agency saya berjaya mendapatkan jualan sebanyak 9.1 juta, satu amount tertinggi yang pernah saya capai sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang insurance.

Saya juga sangat bersyukur pada Allah, pada tahun lepas juga pelbagai anugerah telah saya terima antaranya adalah, Top 3 Awards dari syarikat yang saya wakili dalam kategori Top Takaful Direct Unit. Yang paling manis adalah apabila agency kami dianugerahkan Top Recruiter of the Year 2014 pada malam anugerah MTA STAR NITE AWARDS 2015, satu anugerah peringkat kebangsaan dalam industri takaful di Malaysia.

Tapi.....hidup saya dulu tak macam nie. Saya berasal dari sebuah keluarga kampung yang sangat2 sederhana. Sebab pada saya masih ramai lagi anak2 orang lain (pada zaman saya di kampung yang lebih susah dari saya)...jadi say rasa saya pun sudah sangat bertuah. Saya dilahirkan pada 1.1.1977 di Bukit Gambir Muar, Johor....dan bersekolah di kampung, seterus dapat sekolah asrama di Sekolah Tinggi Muar dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Computer.



AAR 1989


Gambar di atas....anda boleh lihat, keadaan rumah saya dulu....rumah kampung..biasa2 sahaja....ibu bapa saya kerja kampung, ada juga ambil upah buat rumah orang, dan bapa saya ada bela lembu dan ada beberapa bidang tanah sawah. Seorang anak kampung, belajar di kampung....cuma satu yang saya perasan (bila saya dah faham pasal IMPIAN)....saya memang jenis yang suka berangan untuk mendapat sesuatu. Tapi, saya tahu, saya takkan dapat sebab keadaan keluarga saya masa tu memang tidak mengizinkan untuk saya dapat apa yang saya impikan. Saya ada ceritakan dalam Cerita saya Part 1. Bila saya teringin sesuatu seperi kanak2 lain...saya hanya mampu berangan, dan sebelum tidur saya selalu layan dalam fikiran saya sebelum tidur. Saya akan berangan setiap malam sampailah saya dah terlupa apa yang saya impikan...

Jadi, saya pendekan cerita, (untuk yang nak tahu cerita saya sebelum ini, anda boleh baca di link kat bawah nie.



CERITA SAYA PART 3 (Pengalaman Membangunkan Business)

Saya sambung cerita Part 4, permulaan saya develop agency di Klang. 

Untuk pengetahuan semua, saya bermula di Damansara Intan dan kemudian di Jaya 33 sebagai agent. Pada tahun 2009, saya berjaya promoted menjadi Unit Manager. Tapi, masa tu, cabaran besar adalah tempat...iaitu di mana saya nak stesen. Kalau kat Jaya 33, sudah tiada space baru. Untuk office yang berdekatan pun sudah tiada yang ada adalah di Klang. Saya masih ingat lagi, Director of Agency Prudential ketika itu, dia bgtau saya, kalau nak pindah Klang, hari juga boleh pindah. Saya pulak, tanpa fikir panjang saya terus setuju. Sebab pada masa tu apa yang saya fikirkan adalah saya perlukan office space untuk saya run agency saya. 

Saya pun bersama dengan Agency Manager saya, pergi melawat kawasan. Branch Prudential di Klang.....anda boleh lihat sendiri di bawah ni. Agak2nya kalau anda la jadi saya, anda berani tak pergi ke Klang (seorang diri dan dengan agent anda yang masa tu baru ada 10-12 orang, yang fulltime dalam 7-8 orang)....lepas tu pulak, tak semua yang nak follow saya. Sebab ada yang prefer stay di Jaya 33. Tambahan pulak, semua unit2 manager yang berpindah ke Klang, semua under perform, semua hidup segan mati tak mahu. 


Tapi, saya berani rebut peluang ke sana dan ramai juga yang berpendapat...saya akan mengalami nasib yang sama macam unit2 manager sebelum nie. Tapi, yang peliknya, saya tak rasa macam tu langsung....sebaliknya, dengan pengalaman yang saya ada selama nie menjadi Leadership Management Team (LMT) dan captains....saya buat blue print (planning untuk develop agency di Klang bermula dari "0")



 Screen Shot 2015-08-08 at 1.19.50 AM
Keadaan Pintu Masuk Office Prudential Branch Klang masa mula2 saya datang pada tahun 2009.

So, bermula dengan pengalaman yang sedia ada, saya mula recruit new agent. Seorang demi seorang....dan saya coach diorang (masa memula) banyak buat 1 to 1 coaching, sampai lah contracted (dapat agent code)...kemudian, saya recruit yang baru lagi, yang dah dapat code, saya coaching diorang sampai diorang boleh jadi independent.....dan macam tu la seterusnya....Seminggu saya kerja 7 hari....setiap hari bekerja. Siang dan malam. Setiap hari balik rumah pukul 12.30 am hingga 1.00 am....dan awal2 pagi dah keluar rumah...macam tu lah rutin saya hampir setahun. 

Alhamdullillah, berkat usaha yang kecil tapi berterusan, saya berjaya recruit hampir 20 orang dan production saya 1.9 Juta. Dan saya pecah record syarikat saya sebab takde satu agency pun pernah cross sejuta jualan (1 million dollar agency (MDA))...sebelum ini. Dan masa tu, syarikat mula kenal saya, mula recognized saya....Alhamdulillah....kerja saya bertambah mudah dan saya mula yakin dengan apa yang saya buat. Akan tetapi, yang paling best adalah pada tahun 2010, apabila saya mencapai jualan sebanyal 4.1 juta. 100% growth dengan bantuan LMT di bawah jagaan saya.....masa tu, sekali lagi syarikat recognized saya dan first time saya dapat award di Prudential 2nd Runner up Top Unit Manager of the Year Awards 2010...

So, saya amat berpuas hati, walau pun dalam keadaan branch office yang daif, berbanding dengan branch2 yang lain....dengan mengambil prinsip "gunakan apa yang ada sebelum kita dapat apa yang kita inginkan"...menjadikan group saya terus berkembang. Di tambah dengan ilmu yang saya pelajari dalam training2 Prudential antaranya adalah AMTC dan ABC...saya banyak implement apa yang saya pelajari...dan Alhamdulillah...kesannya sangat mengujakan saya. 

Dan pada tahun 2014....kami berjaya closed sales sebanyak 9.1 Juta.....


9 Million Dollar Agency


Kalau nak diceritakan dengan details apa yang saya lalui, memang teramat banyak...tapi apa yang penting dalam usaha untuk kita membina agency...saya ingin kongsikan beberapa sikap yang saya pegang hingga ke hari ini...

1. Believed

Percaya pada Allah yang Maha Memberi rezeki. Tugas kita berusaha dan jangan putus asa atas rahmat Allah. Minta pada Dia ...banyak2 dan besar2. Percaya yang satu hari nanti Impian kita akan tercapai, dengan Izin Allah...bertindak dengan pantas adalah antara kunci utama. Percaya sahaja tanpa tindakan segera, kita tidak akan ke mana-mana.

2. Willingness

Kesanggupan diri kita untuk buat yang terbaik dan usaha untuk improve dari semasa ke semasa. Kesanggupan untuk kita pergi lebih jauh (extra mile)...dalam membuat sesuatu perkara.

3. Independent

Jangan asyik nak bergantung kepada orang lain. Kita perlu mampu berdikari dan cari solution atas semua masalah atau cabaran yang kita hadapi. Jangan takut pada masalah, sebab masalah adalah sumber ilmu kepada kita.

4. Spiritually Strong, Intelectually Sound, Emotionally Stable and Physically Fit

Kena ada semangat yang sangat kuat, sentiasa upgrade ilmu yang ada, dan emosi kita perlukan sentiasa stable dan tidak mudah sentap...dan perlu jaga kesihatan tubuh badan kita. Perlu jaga hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita dengan manusia.

5. Harworking

There is no secret in this business...kerja kuat. Buat sesuatu dengan sehabis baik. Pedulikan apa yang orang lain katakan kepada kita. Kalau ia memberi nilai tambah, kita ambil. Kalau tidak memberi sebarang manfaat, just ignore sahaja. Focus kepada DREAM kita.

6. Energetic and Energize

Perlu sentiasa ada tenaga dan memberi tenaga kepada orang lain. Jangan sekali-kali kita memberi energy yang negative...buang terus energy negative, yang perlu ada pada diri kita hanyalah energy positive...

7. Discipline.

Buat sesuatu perlu consistent....habiskan apa yang kita mulakan. Jangan asyik buat kerja separuh jalan. 

Sekian sahaja, daripada saya, sekiranya anda berminat untuk tahu, bagaimana saya dari budak kampung yang biasa2...boleh membangunkan business yang bernilai jutaan ringgit....dan pada masa yang sama saya kembangkan kepada beberapa portfolio pelaburan seperti hartanah, saham amanah, saham bursa dan emas....boleh hubungi saya, dan sekiranya anda sanggup untuk bersama-sama dalam program coaching saya, anda mungkin jutawan pada masa akan datang.....BERMINAT?...contact saya dengan click link http://jomextraincome.wasap.my atau email abdazizriadi@gmail.com.


Cover Photo 2015 MG Version 2



1 comment:

  1. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete