22 May 2021

SUAMI TAK IZINKAN ISTERI AMBIL PERLINDUNGAN TAKAFUL? #AzizRiadi





Satu masa pada tahun 2009, kisah seorang client saya....bermula dengan seorang Isteri yang berbelah bagi sama ada nak sign up plan Medical Card Takaful untuk diri sendiri atau tidak, sebab apa?...

Layan apa yang saya nak ceritakan nie.....

Macam mana saya kenal dengan Client nie...Kak N (bukan nama sebenar tapi ceritanya adalah benar)....saya kenal sebab saya closed deal dengan officemate dia. Masa saya pergi jumpa officemate Kak N nie, dia hanya melihat dari tempat duduk dia...kemudian dia datang rapat lepas tu tanya..... 

“Aziz, kalau akak punya berapa ya?”... “Akak nak plan yang macam mana”...balas saya. “Buat la yang ok, tapi jangan le tinggi sangat”...sambung Kak N. “Jap Kak ya, saya nak settlekan Akak Ida punya plan anak2 nie dulu”....saya minta izin untuk settlekan kerja saya untuk isi details dalam form.

“Ok kak, dah siap dah. Kalau ikut apa yang akak nak nie, saya proposed dalam RM 250, comprehensive plan (semua basic coverage 5 benda ada), cuma manfaat tak tinggi sangat la sebab faktor umur. Ini pun nasib baik akak kerja kat office, kalau tak, tak dapat plan nie”.  Saya tunjukkan kat Kak N, dan dia belek2 proposal yang saya berikan. 

“Ok dah ni, tapi akak ada cabaran sikit sebenarnya Ziz..”....sambil dia tarik nafas dalam.... “Apa dia Kak?. Pasal payment ke?...kalau akak rasa berat, saya boleh adjust sikit untuk bagi akak tak rasa berat untuk bayar bulan2. Yang penting sekarang ada medical card dulu, then kalau ada rezeki lain kali nanti, boleh ambil benefit lain pulak”....Saya cuba agak apa cabaran dia...dan terus bagi options...


“Bukan pasal payment Ziz, tapi pasal Husband Akak”.... slow je suara dia.... “Pasal apa Kak?...dia tak bagi akak amik ke?”....Saya teka lagi (sebab dah bertahun jadi agent, memang biasa itu la cabaran isteri kalau nak amik plan takaful. Sama ada suami tak bagi, atau pun suami kata tak penting, suami kata tak perlu, suami kata menipu , atau paling tidak pun kena minta izin suami, dan biasanya memang suami tak bagi)...


“Tu la, suami akak memang tak percaya dengan insurance nie, dia kata banyak menipu dari yang betul”....Balas Kak N. Saya pun diam la bila dia cakap macam tu. Saya start tanya beberapa soalan yang biasa. 


AAR : “Akak rasa medical card ni penting untuk Akak?” ....

Kak N : “Penting”

AAR : “ Sekarang nie akak bekerja kan?...Husband akak ambil tahu details ke mana akan spend duit?”...

Kak N : “ Ya, Akak kerja and biasa dia tak kisah pun ke mana Akak belanjakan duit Akak”.

AAR : “ Ok Kak, kalau macam tu, saya cadangkan macam nie. Akak rasa benda nie penting, so, Akak amik je plan nie, macam yang akak nak tadi, pastu tak payah bagitau pun yang akak ambil plan ni. Sebabnya adalah, katakan suami akak tak tahu, then tetiba akak sakit masuk hospital private, pastu boleh claim, takkan suami akak nak marah...in fact akak bantu dia (suami) selamat duit dia. Betul tak?”....

Kak N: “Emm, ok lah...”...

AAR : “ So, akak bg saya IC and credit card, saya uruskan semua sekali.”....Closed deal...


Gambar Hiasan : Sumber - Google

Lepas tu, saya tak sure sama ada suami Kak N ni tahu ke tak yang dia ambil policy dengan PruBSN takaful under account saya. Sampai la satu masa...genap 12 bulan dari tarikh policy approved....

Kak N telefon saya, yang dia nak kena buat further check up kat Pakar di Hospital Ampang Puteri....saya pun, tanya, kenapa?..dia kata sebab dia pergi klinik sebab ada benjolan kat bawah ketiak dia, dan Dr klinik tu suspect ada tumor dan nasihatkan untuk buat  further check up. Kak N tanya, boleh claim ke?..saya bagitau kalau takde apa2 finding dan tak masuk ward tak boleh claim. Kalau perlukan rawatan dan masuk ward memang boleh claim semua kos rawatan....

Selang 2 hari berikutnya Kak N telefon saya dan bagitau, Dr di Ampang Puteri suggest buat immediate operation sebab kalau tak, nanti boleh merebak ke tempat lain...Kak N disahkan mengidap breast cancer stage 3A (dulu saya ingat ada stage 1-4 je, tapi rupanya stage 3 pulak ada A, B dan C)...


Saya pun google apa yang patut dan dapatkan info untuk pastikan stage yang dinyatakan oleh Dr Pakar Ampang Puteri tu boleh claim bukan sahaja kos rawatan tapi Manfaat Sakit Kritikal sekali....then, saya jumpa statement yang menyatakan stage beliau layak untuk dapat pampasan sakit kritikal. 


So, sebagai agent, saya prepare siap2 semua document yang diperlukan dan semua network (kenalan2 yang saya perlukan untuk bantu mempercepatkan process claim. Jadi agent, kena pandai establish network)...


Alhamdulillah, process rawatan (pembedahan berjalan lancar) dan Kak N disahkan stabil...and semasa nak operation tu, suami Kak N, bekerja di Sabah, dan dia ambil cuti kecemasan dan balik ke semenanjung. Jadi, selesai je pembedahan tu, saya dapat satu panggilan telefon, nombor takde dalam list...



“Hello, Assalamualaikum...Ini Aziz ke?”.... “Ya saya, siapa ni ya, minta maaf Encik, nombor tak keluar dalam phone book”..balas saya. “Saya nie Suami Kak N, and saya nak tanya nie, macam mana dengan bill hospital nie?, saya takde duit nak bayar semua nie”...Tanya Suami Kak N dengan suara yang agak menggelabah... 


“Tak pe bang, semua dah settle sebab GL dah keluar dan saya dah dapat notification...now tunggu final GL pulak”...terang saya. “GL?...GL apa?...siapa nak bayar bill nie, kena bayar dulu ke apa?..Abang tak faham nie, mahal bill nie, abang tak mampu nak bayar semua nie”...


Suami Kak N, masih tak faham, silap saya jugak sebab saya terangkan benda yang agak teknikal....”Macam nie bang, semua dah diuruskan, syarikat PruBSN akan bayar terus ke Hospital sebab Hospital KPJ Ampang Puteri adalah panel Syarikat PruBSN”...terang saya lagi....

Tapi, jawapan saya rupanya buat Suami Kak N lagi tak faham dan confuse....then baru le saya teringat yang dia tak tahu yang Isteri dia ambil plan takaful tanpa pengetahuan dia.......


Then, saya pun tarik nafas panjang dan bagitau pelan2...”Sebenarnya Kak N ada ambil plan medical card dengan saya tahun lepas, saya tak pasti dia bagitau abg ke tidak. Jadi, sekarang nie bila sakit dan perlukan rawatan, semua kos rawatan semua dibayar oleh Syarikat PruBSN, lepas nie akan dapat elaun hospital, ikut berapa lama dia stay kat ward dan elaun bedah ikut kadar keseriusan pembedahan Akak...”....Jawapan agak details dari saya, .... 

“Dia takde bagitau apa pulak. So, memang tak perlu bayar apa2 la nie...?”...Balas Suami Kak N lega. “Tapi Aziz, boleh tak jumpa Abg kat Hospital sekarang sebab Abg masih tak clear la, kalau cakap thru Phone nie...Kalau Aziz free...boleh tak jumpa hari nie”...Suami Kak N, masih lagi tak yakin dengan jawapan saya... 


“Boleh bang, tapi saya nak settlekan kerja saya sekejap, dalam pukul 5.00 pm ke atas saya pergi hospital and kita jumpa kat Ward Akak N”...jawab saya untuk berikan jaminan yang saya akan datang....




 Gambar Hiasan - Sumber Google

Dalam lebih kurang pukul 5.30 pm, lepas saya settlekan kerja saya, saya sampai kat Ampang Puteri dan dapat berjumpa dengan Suami Kak N. Kemudian, saya ajak beliau turun ke Cafe di bawah sebab tak nak ganggu Kak N yang baru sahaja selesai pembedahan. 


Sampai kat Cafe, saya cerita balik panjang lebar pasal kisah macam mana saya start kenal Kak N dan sampailah dia sign up policy dengan saya. Suami Kak N hanya mendengar dengan tekun dan sesekali dia anggukkan kepala....dan akhir perbualan saya terangkan kat dia “Macam tu la Kak N punya cerita, and saya sebenarnya berterima kasih kepada Kak N sebab dia sign up walau pun pada mulanya dia agak keberatan”....

”Tu la Ziz, dulu Abg dengar macam-macam benda yang tak bagus pasal insurance nie, tu yang Abg bgtau Akak, jangan percaya and jangan ambil membazir, tapi sekarang nie....Kak N memang BRILLIANT sebab ambil plan tu awal dan sekarang nie baru Abg sedar macam mana medical card and takaful tu berfungsi”....Balas Suami Kak N. 

“Tak pe lah Bang, sebab tu kekadang....kita sebagai suami, kita kena lebih terbuka, and Abg bertuah sebab ada isteri macam Kak N, sebab dia fikir dia tak nak susahkan suami dia kalau jadi apa-apa....”....Saya ‘jek’ sikit.... 

“Tu la Ziz, kalau untuk Abg, kou agak2 berapa sebulan bayar?...”.....Sekali Suami Kak N tanya....bila prospect tanya....apa maksud dia?...Hari Raya datang awal laa....Alhamdulillah saya closed satu family lepas tu dalam RM 900 sebulan.....


So, sekian sahaja kisah pengalaman saya dalam bidang insurance dan Takaful....dan saya sangat amat puas dengan respond Suami Kak N (pasal BRILLIANT WIFE dan dia ambil untuk dia dan anak2 sekali).... dan sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam, saya macam dapat satu energy... 

Saya cakap dalam hati.....“Yeah...that is it.....bila kita dapat bantu orang lain, itu adalah antara kemuncak nikmat jadi agent takaful...and tangkal  tak down bila kena reject”.... 

Dan start dari situ la saya dapat satu Quote “Biar kita dihina asal dapat beri manfaat kepada orang lain, dari dipuja tapi tak boleh bantu apa-apa kepada orang lain”....kenapa saya cakap macam nie?...sebab saya pernah dihina dan digelar “insurance agent is like professional beggar” sebab, kita dilihat merayu-rayu supaya orang ambil policy dengan kita.....tapi hakikatnya kita hanya kongsikan apa yang patut kita tahu ianya penting. 


But now..Lantak laa, beggar ke apa ke...yang penting.....aku dah bantu orang. “Apa yang orang cakap tak penting, tapi apa yang aku fikir tentang apa orang lain cakap itu sangat penting”....


Sekian, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada Isteri2 dan suami-suami di luar sana....Kepada suami, kalau anda tak bagi Isteri anda ambil takaful, Isteri anda tetap Isteri anda dan tanggungjawab anda....dan Isteri pulak, kalau suami anda tak bagi anda ambil takaful, suami anda tetap suami anda dan kalau anda susah, fikirkan siapa orang kedua susah selepas anda?....

Saranan saya...jadilah ISTERI YANG BRILLIANT.


Kongsikan sekiranya anda rasa kisah ini memberi manfaat kepada orang lain...


Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai takaful berkenaan hibah dan juga medical card, boleh click link ini http://infoplantakaful.wasap.my.

Saya akan berikan khidmat nasihat percuma.

Terima kasih.


Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
PruBSN Takaful Berhad.
www.azizriadi.com.my


APA ITU SMARTSAVER 300 DAN SMART VALUE POINT - BAGAIMANA IA BERFUNGSI?


 

PENGENALAN

Sebelum saya bercerita lebih details mengenai smarsaver300 yang ditawarkan oleh syarikat PRUBSN Takaful Berhad, saya nak anda baca dulu summary mengenai sharing payment atau co-payment antara peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat Takaful).

Idea berkenaan dengan sharing payment (untuk kos medical card) telah pun berada dalam industri insurans semenjak medical card diperkenalkan di sekitar tahun 1995/96. Pada awal medical card nie diperkenalkan di pasaran, semuanya coverage adalah 100% dibayar oleh company insurans. 

Tapi, bila claim mula masuk, dan nampak pattern bahawa claim experienced macam nampak tak kan menurun, jadi, pihak syarikat mula fikirkan kaedah untuk memastikan product medical card masih boleh ditawarkan dan syarikat masih ada profit.

Untuk pengetahuan anda semua, pada masa itu, player medical card ni tak banyak. Hanya company-company insurans yang besar je yang menawarkan plan medical card nie. Dan kebanyakkannya adalah syarikat international.

So, basically, APA MAKSUD CO-PAYMENT atau CO-INSURANCE atau KO-TAKAFUL nie?...Ada juga company  yang menggunakan konsep DEDUCTIBLE. Nama berbeza, tapi tujuan tetap sama iaitu :

" Bahasa mudah, 'ko' bermaksud perkongsian. Jadi, kalau co-insurance tu, maksudnya adalah perkongsian bayaran bill hospital antara client (pemegang policy) dan juga syarikat insurance "

Terdapat pelbagai kaedah terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat insurance / takaful untuk kaedah ko-insurans atau ko-takaful nie.

Sebagai contoh :

  • 10% Ko-takaful, min RM 300, max RM 1,000 untuk setiap kali warded. Maknanya client kena bayar 10% dari bil dengan min amount client kena bayar RM 300 dan maximum RM 1,000. Contoh kalau bill RM 2,000, 10% RM 200. Tapi client kena bayar RM 300. Kalau bill RM 5,000, 10% client kena bayar RM 500. Tapi kalau bill RM 40,000, 10% RM 4,000, tapi client kena bayar maximum RM 1,000 sahaja.
  • 20% Co-Payment daripada total bil hospital sekiranya client upgrade bilik lebih dari yang dia layak. Yang nie kekadang takde capping. Boleh pergi sampai ribu-ribu sekiranya bill hospital tinggi.
  • 10% Ko-takaful min RM 400, maximum RM 2,000 untuk setiap kali masuk ward untuk dapatkan rawatan. Ini sama macam yang atas, tapi syarat min dan max sahaja berbeza.

Kenapa adanya konsep co-payment atau co-insurance dan akhirnya bila player takaful masuk dalam market, mereka memperkenalkan konsep yang sama iaitu ko-takaful?.

Secara umumnya, kaedah ini digunakan adalah atas beberapa tujuan.

1- Untuk memastikan harga medical card kekal competitive. Maksudnya, medical card yang cover full 100%, yang mana semuanya bill rawatan ditanggung oleh company insurance atau takaful, sudah tentu harga plan atau package itu akan jadi lebih mahal. Jadi, bila mahal, tak ramai yang berminat nak beli sebab kalau harga medical card level-level bukan mampu milik.

2- Untuk mengurangkan tabiat kekerapan untuk claim disebabkan oleh cover 100%. Kalau ada co-takaful atau co-payment atau co-insurance nie, client yang bebetul memerlukan rawatan sahaja akan sanggup bayar sebahagian dari bil hospital. Kalau semua cover 100%, sakit sikit2 pun nak warded. Dan pihak hospital pulak suka sebab client mereka bertambah dan pada masa yang sama mereka claim direct dari syarikat insurans. So, lama-lama, bila claim experienced mula meningkat, bila di perkenalkan co-insurance nie, claim dapat diuruskan dengan lebih baik.

3- Mengurangkan risiko salah guna kemudahan medical card. Sebabnya, kalau takde co-insurans atau cover 100%, dan untuk membolehkan rawatan menggunakan medical card, syaratnya adalah kena warded. Jadi, rawatan yang sepatutnya boleh dibuat secara pesakit luar, tapi client prefer nak masuk ward, sebab nak dapatkan rawatan percuma dengan claim medical card.



Soalan : APA ITU FULL COVERAGE, SMARTSAVER 300, DEDUCTIBLE, ZERO DEUCTIBLE DAN HIGH DEDUCTIBLE?  DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?


Pakej Full Coverage, Smart Saver 300 dan juga Deductible

Smart saver 300 adalah pakej yang ada dalam medical card PruBSN sama ada Health Protector atau Medic Protector.

Di Prudential BSN Takaful terdapat beberapa jenis medical card yang menawarkan beberapa jenis plan dan pakej.

Berkenaan dengan soalan yang diberikan, saya nak kenalkan anda dengan beberapa term yang berkaitan degan medical card.

a. Full Coverage / Zero-Deductible

Medical card ni cover 100%. Semua bill akan ditanggung oleh medical card. Tapi utk Asas Link (medical card Health Protector) tak offer pakej ni. Pakej ni harga dia lebih tinggi berbanding smart saver 300 dan juga high deductible.

Bahasa mudah, semua kos rawatan hospital ditanggung sepenuhnya oleh syarikat PruBSN Takaful. Client mungkin kena cover sikit-sikit kos bukan perubatan yang memang tak dicover oleh medical card.


b. Smartsaver 300 (SS300)

SS300 adalah pakej yang lebih jimat sebab client kena bayar sebahagian dari total bill hospital iaitu RM 300 setiap kali masuk hospital. 

Akan tetapi sekiranya ada keperluan untuk kemasukkan berikutnya dalam masa 90 hari selepas keluar ward yang sebelumnya, client tak perlu bayar RM 300 tu lagi. Tapi dengan syarat disebabkan oleh penyakit yang sama atau berkaitan dengan penyakit yang sama dengan penyakit yang warded sebelumnya.

Kalau berbeza dan selepas 90 hari. Kena bayar lagi RM 300 untuk setiap kali masuk wad. 

Kelebihannya dari segi harga caruman, ia lebih jimat berbanding full coverage.


Sebagai contoh :

Plan Medic Protector Plan 200 (
Smart Saver 300), harga dia katakan RM 170 sebulan. Untuk plan yang sama, tapi full coverage mungkin cecah RM 230 hingga RM 240 sebulan. Jadi kat situ dah kena bayar extra RM60 - RM 70 sebulan.

Sekiranya lebihan bayaran RM 60 sebulan, setahun RM 720. Bayangkan kalau 3 tahun RM 2,160. Sedangkan client kekadang bukan selalu masuk ward. Dan kalau masuk ward pun baru kena bayar RM 300 (sebab plan smart saver 300), client kena bayar RM 300 daripada total bil dan selebihnya syarikat PruBSN takaful akan tanggung. Lebih baik lebihan untuk bayar plan full coverage tu dilaburkan di tempat yang lebih memberi pulangan seperti ASB, Tabung Haji dan yang sebagainya.

Tapi, sekiranya client memang tak nak pening-pening kepala nak bayar padal hospital dan duit caruman bulanan bukan jadi masalah, ramai juga yang memilih untuk pakej FULL COVERGE atau ZERO-DEDUCTIBLE. Bergantung kepada kadar kemampuan masing-masing.


c. High Deductible (HD)

Apa maksud “Deductible”.

 Deductible bermaksud, jumlah yang client kena bayar dulu then lebihan dari jumlah tersebut barulah syarikat takaful akan bayar. 

Sebagai contoh Deductible RM 20,000. Untuk bil rawatan RM 20,000 pertama, client kena bayar dan takkan dicover oleh Syarikat Takaful. Tapi kalau bill rawatan tu mencecah lebih dari RM 20,000, baru lah syarikat Takaful akan bayar bil rawatan tersebut. Contoh mudah macam nie. Katakan client sign up pakej Deductible RM 20,000


*UNTUK SINGLE WARDED bukan accumulated banyak2 kali.

Contoh 1 : Bil Rawatan RM 19,000 (memang tak cover sebab dibawah amount deducttible)

Contoh 2: Bil Rawatan RM 20,000 (masih tak cover lagi sebab masih belum cukup syarat lebih dari RM 20,000 (amount deductible tu).

Contoh 3 : Bil Rawatan RM 40,000 (RM 20,000 client kena bayar sendiri, dan baki RM 20,000 akan dibayar oleh syarikat takaful).

Kenapa ada option deductible nie?..Sebab

  • Mungkin ada client yang dah ada existing medical card dari company dia kerja, tapi limit sedikit. Jadi sesuai amik plan deductible. Sebab lebih murah.
  • Mungkin ada client yang dah ada policy medical dari company lain atau company yang sama tapi limit sikit, jadi nak tambah limit, lebih baik amik deductible sebab lebih murah dan jimat.
  • Mungkin sebagai backup kalau tak cukup cash, sebab mungkin client dah standby cash kalau sakit, tapi takut tiba2 bil shoot up sampai ratus ribu?..Mungkin client akan kehabisan wang simpanan. Jadi amik plan nie lebih murah.

Untuk manfaat medical card Health Protector. 

Antara ciri penting adalah tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Tapi, anda perlu memilih options SMART VALUE POINT (SVP) (untuk menentukan pakej yang anda pilih)…

Smart Value Point nie macam prepaid la. 

Bila kita sign up je, kita ada credit dalam medical card kita iut jumlah smart value point tu, bila kita claim, ia akan berkurangan. 

Terdapat 3 Pilihan Smart Value Points. 

RM 1,000,000
RM 1,500,000
RM 2,000,000


Semakin tinggi SVP, semakin tinggi harga caruman. 

Bagaimana Smart Value Point ni berfungsi. Saya buatkan contoh.

Katakan client ambil SVP 1 million dan Smart Saver 300. Client kena sakit teruk, bill sampai RM 300,000 setahun. Then client boleh claim RM 300,000 tu dan hanya bayar RM 300 smartsaver. (Sekiranya plan smart saver dipilih).

Katakanlah client keluar masuk hospital and habis SVP 1,000,000. So, untuk bil berikutnya sekiranya client masuk wad lagi, propotion 80:20 antara client dan juga client. Katakan dah habis 1 juta, client masuk wad lagi bill RM 50,000.

So 80:20. Prubsn akan bayar 40,000 dan client kena bayar 10,000. Sampai bila portion 80:20 ni? Sampai bila2 selagi ada hayat peserta / client. Sebab takde had seumur hidup.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com.my
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah #medicalcard terbaik



21 May 2021

MEDICAL CARD PRUBSN TAKAFUL


Prudential BSN Takaful menawarkan 2 jenis medical card. Setiap jenis medical card ini mempunyai fungsi utama yang lebih kurang  sama, akan tetapi memenuhi keperluan yang berbeza.

Medical card tersebut adalah.


1. MEDIC PROTECTOR (RIDER DALAM PLAN ANUGERAH PLUS)

Medic Protector merupakan medical card yang  menawarkan had tahunan 4 jenis plan iaitu Plan 150, Plan 200, Plan 300 dan Plan 400.

Setiap Plan mempunyai manfaat berbeza dari segi had tahunan dan juga pelbagai sub manfaat dan TIADA HAD SEUMUR HIDUP.

Had tahunan untuk Medical Card Medic Protector adalah seperti berikut.

Plan 150 - RM 150,000 setahun

Plan 200 - RM 200,000 setahun

Plan 300 - RM 300,000 setahun

Plan 400 - RM 400,000 setahun

Untuk maklumat lengkap setiap manfaat, anda boleh lihat pada jadual di bawah. Click pada imej untuk paparan yang lebih besar.

Apa kelebihan (PRO) dan kekurangan (CONTRA) medical card Medic Protector?

PRO

  • Ada pilihan full coverage dan juga SmartSaver 300 (Click untuk penjelasan apa itu SmartSaver 300)
  • Tiada had seumur hidup
  • Had tahunan yang agak tinggi memenuhi keperluan pasaran masa kini. Had tahunan ini akan jadi 2 kali ganda sekiranya peserta disahkan mengidap 3 jenis penyakit ini iaitu Cancer, Heart Attack atau Kidney Failure yang memerlukan dialisis. Sekiranya medical card tersebut mempunyai had tahunan RM 200,000 setahun, apabila client disahkan mengidap salah satu dari 3 penyakit (Cancer, Heart Attack atau Kidney Failure), had tahunan akan jadi RM 400,000.
  • Ada pilihan pakej harga sama ada level atau step-up (naik setiap 3 tahun - kali pertama naik 11%, dan kenaikkan berikutnya 1% setiap kenaikan *tidak termasuk kenaikkan disebabkan semakan semula harga medical card). Untuk step up contribution, client boleh pilih untuk dapatkan medical card pada harga yang rendah untuk cater income yang kecil pada permulaan kerjaya seseorang. Apabila client dah lama kerja, ada income extra then boleh cover kenaikkan. 
  • Harga yang competitive di pasaran sekarang ini.
  • Boleh add on manfaat Medic Booster (untuk naikkan had tahunan - tambahan RM 1,000,000 atas setiap had tahunan)
  • Jumlah maximum stay di hospital yang agak lama untuk cover risiko kalau ken tahan wad dalam jangka masa yang lama. Semakin tinggi plan, semakin lama jumlah maximum stay.
  • Ada elaun stay di dalam wad di hospital kerajaan. 
  • Manfaat  Immunisasi bagi tujuan Umrah atau Haji.
  • Ada tambahan lifetime limit untuk perpindahan organ.

CONTRA

  • Had tahunan untuk Plan 150 hanya RM 150,000. As of now, mungkin cukup tapi pada masa akan datang kos rawatan semakin mahal, mungkin memerlukan had tahunan yang lebih tinggi. Dicadangkan untuk ambil Plan 200 kerana harga tidak terlalu jauh beza.
  • Untuk pilihan full coverage hanya ditawarkan pada Plan 300 dan Plan 400 sahaja.
  • Consultation untuk second opinion hanya ditawarkan pada plan 400 sahaja.
  • Ada inner limit untuk dialisis dan cancer treatment (untuk pesakit luar). Walau  pun medical card ini menawarkan tiada had seumur hidup, tapi untuk rawatan pesakit luar bagi penyakit cancer dan juga kegagalan buah pinggang  hingga memerlukan dialisis dihadkan kepada RM750,000, RM1,000,000, RM 1,500,000 dan RM 2,000,000 seumur hidup untuk Plan 150, Plan 200, Plan 300 dan Plan 400 masing-masing. 
  • Sekiranya client nak besarkan coverage, boleh add on dengan manfaat MEDIC BOOSTER yang mana had tersebut akan dinaikkan kepada RM 1,500,000, RM 2,000,000, RM 3,000,000 dan RM 4,000,000 setiap plan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya selama 17 tahun, setakat ini tiada lagi claim sebagai pesakit luar melibatkan 2 penyakit ini sampai burst limit.
  • Semua plan medical card memerlukan underwiting process yang ketat untuk memastikan risiko fraud dan salah guna dana tabarru'.
NOTA : Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya di link http://infoplantakaful.wasap.my

2. HEALTH PROTECTOR (RIDER DALAM PLAN ASAS LINK)


Medical card Health Protector merupakan rider dalam plan ASAS LINK. Plan Medical Card Health Protector tidak seperti Medic Protector. Plan ini menawarkan satu jumlah coverage yang besar dinamakan SMART VALUE POINT (SVP). 

Apa beberapa ciri utama untuk medical ini. 

Antaranya adalah :

1. Pilihan Smart Value Point bermula dengan RM 1 juta, RM 1.5 juta atau RM 2 juta

2. Pilihan  bilik wad bermula dengan RM 100, RM 200, RM 300, RM 400, RM 500 atau RM 600

3. Ada pilihan Smart Saver 300 dan juga High Deductible dan juga Zero Deductible. 

Smart Saver 300 (SS300) - Cilent kena bayar RM 300 setiap kali masuk wad. Bayaran RM 300 dikecualikan sekiranya ada kemasukkan ke hospital berturut-turut dalam masa 90 hari selepas kemasukkan pertama disebabkan oleh punca penyakit yang sama. Diingatkan, punca penyakit yang sama.

4. Client boleh buat pemilihan yang pelbagai antara bilik wad, nilai SVP dan juga jenis deductible (sama ada smart saver 300, high deductible atau pun zero-deductible)

High Deductible - Client perlu bayar jumlah deductible seperti yang diambil oleh client. Jumlah bill selepas ditolak jumlah deductible akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Sebagai contoh, deductible RM 20,000. Semua kos rawatan di bawah RM 20,000 tidak dicover. Lebih dari tu, PruBSN akan cover. Boleh click kat sini untuk penerangan berkenaan High Deductible.

Zero Deductible - Client tak perlu bayar apa2 kecuali caj-caj yang tidak dicover oleh medical card. Semua kos rawatan akan ditanggung  PruBSN Takaful. Untuk penjelasan mengenai High Deductible boleh click link.

5. Bagaimana SVP Berfungsi?

SVP atau  Smart Value Point merupakan satu had dalam plan health protector. Oleh kerana Health Protector tiada had tahunan dan had seumur hidup, jadi client boleh claim sehingga maximum SVP pada satu2 masa.

Sebagai contoh, SVP RM 1 juta dengan Zero Deductible

Senario 1 - 

Client claim cost rawatan hospital RM 350,000 untuk sekali masuk ward. So, PruBSN akan bayar jumlah bill tersebut sebab SVP RM 1,000,000. Bila dah pernah claim RM 350,000..balance SVP akan jadi RM 650,000. So, client boleh claim lagi sampai habis SVP. Lepas habis SVP macam mana?..Lepas habis SVP, still boleh claim lagi, tapi bayaran akan jadi 80:20. 80% kos rawatan akan dibayar oleh PruBSN dan 20% kos rawatan akan dibayar oleh peserta takaful tersebut.

Ok?...Boleh faham?..Kalau tak berapa faham boleh PM saya di 019-3232121 atau tanya di ruangan komen.



Bagi memudahkan anda untuk membuat analisa dan pilihan untuk medical card ini, saya senaraikan beberapa Pro dan Contra mengenai medical card ini.

PRO

  • Tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Jadi, kalau perlu dapatkan rawatan sehingga ratusan ribu dalam satu tahun, tidak perlu risau tak cukup limit. 
  • Pilihan untuk match Wad Bilik dan SVP serta pakej deductible sangat fleksible. Anda boleh pilih untuk dapatkan bilik yang murah, tapi coverage SVP paling tinggi. Sebagai contoh, client pilih ward RM 100 tapi pilih SVP RM 2 juta dan smart saver 300. Boleh buat macam tu dan tiada limitation plan.
  • Ada pilihan high Deductible untuk client yang dah ada medical card lain atau dari company yang tawarkan medical card kepada staff. Sebab kos medical card ni tak boleh claim 2 kali (duplicate claim). Jadi, sebagai contoh, client ada coverage RM 50,000 dari majikan, so, dia boleh ambil plan High Deductible RM 20,000 sebagai tambahan kepada medical card sedia ada. Kenapa tak ambil High Deductible RM 50,000?...Sebabnya, kita kena ambil plan high deductible lebih rendah dari limit medical sedia ada. Untuk manage risk kalau medical cost burst. 
  • Oleh kerana plan ini adalah jenis Investment Link (Plan Berasaskan Pelaburan), jadi ia sangat flexible (boleh upgrade dan downgrade *tapi bergantung kepada proses underwriting)


CONTRA


  • Harga agak tinggi berbanding dengan medical card Medic Protector.
  • Hanya ada 3 pilihan untuk SVP (Smart Value Point). Jadi client hanya boleh pilih based on 3 pilihan sahaja.
  • Proses untuk claim high deductible, client kena pay  and claim kecuali 1st medical card pun under PruBSN atau Prudential boleh terus apply  GL (guarantee letter - surat jaminan). Sebagai contoh, limit medical card client oleh majikan RM 50,000. Then bil rawatan RM 60,000...Jumlah bil yang ditanggung oleh majikan adalah RM 50,000, dan RM 10,000 baki kena bayar dulu claim kemudian dengan company. Setakat ini, company masih lagi berusaha untuk dapatkan mekanisme terbaik untuk bantu client selesaikan masalah ini.
Itu sahaja setakat ini. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai medical card, plan apa yang sesuai, boleh request quotation di link berikut http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group



#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang

17 May 2021

TEKNIK DAN STRATEGY UNTUK CLOSED CASE TAKAFUL. #AzizRiadi




Ramai yang tanya, apa cara yang berkesan untuk present plan takaful? 

Saya jawab "Cara yang paling berkesan adalah cara yang you biasa dan mahir buat".

Takde specific cara. Kalau tengok saya share, biasa saya akan bagi orang tu aware pasal potential risk. Kena pulak malam tadi sharing sebelah KPJ Ampang Puteri. Dia pulak mengadap hospital. Saya membelakangi hospital.

Ayat saya simple je.

"Kalau tetiba perlukan rawatan segera, prefer masuk hospital belakang ni? (Sambil tunjuk ke belakang) atau masuk hospital ampang?"....

Prospect cakap, tanpa fikir panjang, "Yang ni", sambil muka dia menunjukkan hospital ampang puteri.

Then, kalau masuk Ampang Puteri ni, prefer pakai duit simpanan sendiri? (Lepas saya present pakai 2 line presentation)...atau pakai duit takaful?. Lagi sekali dia jawab tanpa fikir panjang,..."Pakai duit takaful la"...

Then apa lagi, saya terus "Ok, kalau macam tu, bagi IC dan buat 1st payment, kita buat sekarang"...

Alhamdulillah. Closed.



So, pada saya, tidak perlu nak present terlalu complicated. Yang penting kita tahu apa HOT BUTTON prospect.

Dulu saya ada buat kelas "1MST". 1 minute sales technique. Bagaimana kita boleh mind dan hati prospect dalam masa 1 minute. Alhamdulillah, hasil pengalaman saya. Saya share pada agent2 lain yang nak belajar....

Lepas tu saya sibuk dengan business saya, dah lama tak buat. 

Agak2 kalau saya open lagi sessi, tapi kita buat online la...ada yang nak belajar tak? 😄.

Kalau ramai yang comment "Nak Join'. Boleh la saya consider open untuk belajar. And special kali ni saya nak ajar sekali macam mana nak engage secara online...

Sesuai untuk agent2 baru nak start. Atau yang stuck tak boleh nak grow...

So, cuba bagi feedback sikit. Saya nak buat survey....


"Integrated 1MST" - kombinasi offline dan online sales technique for Takaful Agent.

Aziz Riadi

ShRFP

PLAYER POSITION MANA YANG PALING MAHAL? #AzizRiadi


Biasanya kalau kita tengok dalam industri sukan, khususnya bola sepak, antara player yang dapat bayaran tertinggi adalah STRIKER. Iaitu orang yang ditugaskan untuk jaringkan goal untuk buat team menang perlawanan.
.
.
Bila striker income paling mahal, sudah tentu kalau sesuatu berlaku kepada striker ni, contohnya injured stau masalah kesihatan yang sampai menyebabkan dia tak boleh main. Agak-agaknyalah.. berapa team bola tu akan rugi disebabkan striker utama mereka yang jadi ayam tambatan untuk jaringkan goal tapi tak boleh nak main?
.
Boleh ke manager team tu dapatkan ganti striker yang lebih kurang sama prestasi dia atau lebih baik dalam masa yang singkat? Berapa pulak kos tambahan yang perlu disediakan untuk cari player ganti tu? Kalau ada player simpanan, adakah mampu untuk perform macam player utama tadi?
.
Sama lah juga dalam keluarga atau dalam syarikat.
.
Orang yang bertanggungjawab untuk cari income keluarga arau business deal adalah antara orang penting. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa pada tonggak utama yang cari income atau business deals ni, sudah tentu keadaan kewangan keluarga atau syarikat boleh terjejas. Bagaimana keadaan keluarga atau perkerja yang ditanggung? Cuba fikir jap.
.
Kat sini la pentingnya backup plan untuk mereka. Sama ada dari segi dana kecemasan untuk perubatan atau pun penggantian income (income replacement).
.
.
Untuk company pulak, pentingnya untuk cover potential lost profit disebabkan oleh key person dalam syarikat mungkin tak boleh deliver task dia.
.
Kalau anda sebagai tonggak keluarga atau pemilik perniagaan, saya anda patut ambil tahu perkara ini. Saya ingin berkongsi idea kepada anda, bagaimana dengan adanya perancangan kewangan yang baik boleh mengurangkan risiko impact disebabkan kehilangan tunggak utama dalam keluarga atau syarikat.
.
.
Boleh click link ni http://financialcoach.wasap.my
"Free Explanation, No Obligation"
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkenaan persoalan di atas, boleh tulis di ruangan komen. In sha Allah saya akan jawab.
Kepada yang nampak posting ni, maybe boleh share kepada sahabat2 Anda.
Sekian. Semoga bermanfaat.

.

.
Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
.

.

#takafulawareness
#hibahtakaful
#medicalcard
#incomereplacement
#backupfund
#legacyplanning

BAGAIMANA RASA HIDUP BEBAS HUTANG? #AzizRiadi

 Assalamualaikum semua. Saya nak kongsikan sikit melalui pengalaman saya settlekan hutang kereta. Dan sekarang nie saya dah bebas hutang kereta. Memang sangat terasa ada lebihan duit dan lebihan duit tersebut saya plan untuk settlekan hutang rumah pulak dan seterusnya hutang yang lain. 

Kenapa saya buat semua benda nie?..Sebab saya plan dalam masa 10 tahun lagi saya nak retire. Jadi, hutang kena settlekan sebelum saya retire. Kalau tak, sibuk bayar hutang dengan interest bank lagi. Pening kepala. 

Hidup tanpa hutang jahat (hutang yang tidak menjadikan asset). Lebih baik settlekan segera.


Tengok video kat bawah nie sampai habis.



Kepada anda yang ingin mendapatkan info bagaimana untuk tambah income dalam bidang takaful. Boleh click link ni : http://jomextraincome.wasap.my


09 May 2021

5 MANFAAT ASAS DALAM PELAN TAKAFUL

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang 17 tahun saya dalam bidang insurance dan takaful nie, bermula dari tahun 2003 hingga tahun 2020, masih ramai lagi yang saya jumpa, tak faham asas rider dalam plan takaful.

Jadi, saya nak kongsikan 5 manfaat (1 manfaat asas dan 4 manfaat tambahan atau dinamakan rider). In sha Allah saya akan gunakan bahasa yang sangat mudah untuk orang ramai faham.

1. MANFAAT ASAS

Manfaat asas ini akan merujuk kepada bayaran pampasan kepada waris atas kematian peserta  takaful atau bayaran pampasan kepada peserta  takaful sekiranya disahkan mengalami LUMPUH KEKAL KESELURUHAN (atau TPD - Total Permanent Disable).

Pampasan ini dibayar sekaligus berserta nilai tunai (cash value) atau pun simpanan yang ada pada tahun semasa kematian. 

Untuk pampasan Lumpuh Kekal Keseluruhan, cash value akan kekal dalam akaun takaful sehinggalah peserta takaful tersebut meninggal dunia.

Bila saya sebut pampasan. Maksudnya penerima manfaat sama ada peserta atau waris akan dapat bayaran dalam bentuk TUNAI atau WANG.


2. PAMPASAN SAKIT KRITIKAL

Pampasan sakit kritikal ini adalah satu bentuk bayaran tunai kepada peserta takaful sekiranya beliau disahkan mengidap salah satu dari senarai sakit kritikal.

Berdasarkan pengalaman saya, setiap syarikat takaful atau insurance ada pelbagai senarai yang berbeza. Pada permulaan saya join dulu pada tahun 2003, kebanyakkan syarikat menyenaraikan sebanyak 36 jenis penyakit kritikal. Ada juga yang menyenaraikan 42 jenis dan sekarang, ada yang menyenaraikan 43 jenis penyakit kritikal.

Sila rujuk quotation atau sijil takaful anda untuk menyemak berapa banyak jenis penyakit kritikal yang  dilindungi dalam sijil takaful anda.

Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang disebutkan di atas. Syarikat akan bayar claim dalam bentuk tunai (atau bank in terus ke account peserta.)

Bayaran hanya dibuat untuk penyakit kali pertama sahaja. Iaitu, sebagai contoh peserta disahkan mengidap sakit jantung. Setelah dapat rawatan, tiba-tiba peserta disahkan mengidap cancer pulak. So, untuk sakit kanser tidak akan mendapat apa2 bayaran pampasan.

Bagaimana dengan kos rawatan untuk sakit kritikal tersebut?...Untuk kos rawatan, semuanya menggunakan manfaat  kad perubatan.

Ada juga plan tambahan seperti ini yang menawarkan pelbagai sakit kritikal, iaitu sekiranya client mengidap sakit kritikal lebih dari sekali, setiap kali kena penyakit tersebut akan dapat pampasan. Akan tetapi penyakit kritikal tersebut  perlulah berbeza dengan penyakit kritikal yang pertama. Manfaat ini dinamakan MULTIPLE CRISIS COVER. Namun, ramai yang prefer ambil untuk 1 penyakit sahaja. Antara sebabnya adalah kos sumbangan takaful tu lebih tinggi sedikit. 

Tidak semua pelan takaful ada manfaat yang cover untuk pelbagai (multiple) sakit kritikal nie. Dan biasanya pihak syarikat  takaful akan mengenakan bayaran tambahan sekiranya ada yang ingin mendapatkan manfaat pelbagai sakit kritikal.

Jadi secara kesimpulannya, pampasan sakit kritikal adalah satu manfaat tambahan yang membayar sejumlah wang pampasan sekiranya seseorang itu mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang ditetapkan dan disenaraikan.

3. PAMPASAN KEMALANGAN  (MENINGGAL DUNIA, LUMPUH KEKAL, HILANG ANGGOTA, HILANG UPAYA ANGGOTA)

Pampasan kemalangan ini adalah, pihak syarikat akan membayar sejumlah wang kepada peserta yang meninggal dunia atau lumpuh disebabkan kemalangan.

Ada juga manfaat ini yang membayar pampasan disebabkan oleh kehilangan anggota atau kecacatan anggota disebabkan oleh kemalangan.

Bila sebut sahaja pasal kemalangan, tak semestinya jalan raya, asalkan ada unsur2 tak sengaja, nampak ada kesan kecederaan, ia dinamakan sebagai kemalangan.

Bagaimana dengan kos rawatan?..Kos rawatan akan dibayar melalui manfaat perubatan.


4. MANFAAT PERUBATAN (KAD PERUBATAN ATAU MEDICAL CARD)

Manfaat ini hanya akan membayar kos rawatan akibat penyakit atau  kecederaan sehingga masuk wad. Untuk rawatan pesakit luar, biasanya rawatan disebabkan kemalangan boleh dituntut (claim) walau pun tidak masuk wad.

Untuk manfaat ini, peserta tidak akan dapat pampasan wang daripada manfaat ini sekiranya beliau mendapatkan rawatan dan warded di hospital panel syarikat takaful. Sekiranya peserta mendapatkan rawatan di hospital 
 bukan  panel, jadi peserta yang mendapatkan rawatan mungkin kena bayar dulu. Kemudian baru claim semula ke syarikat takaful dan syarikat akan membayar balik jumlah yang dituntut mengikut terma dah syarat.

Biasanya komponen2 yang dalam manfaat ini yang  anda perlu tahu adalah..

1- Bilik Ward (berapa kadar bilik sehari)
2- ICU (berapa lama cover)
3- Berapa had Tahunan
4- Berapa had Seumur hidup
5- Ada elaun2 tambahan atau tidak.

Sila rujuk brochure atau maklumat mengenai medical card dalam jadual. 

 
5. NILAI TUNAI / PELABURAN

Nilai tunai atau pelaburan adalah sejumlah duit yang terkumpul dalam account takaful setelah ditolak semua caj Tabarru' dan juga wakalah fee.

Ada option yang mana cash value boleh dikeluarkan setelah cukup jumlah pengeluaran dan perlu memenuhi syarat-syarat pengeluaran.

Sekiranya anda ingin mendapatkan info mengenai coverage takaful boleh click link di http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group