30 January 2022

INCOME TERHAD TAPI NAK AMBIL TAKAFUL?

 


Antara cabaran saya sebagai agent takaful apabila nak buat proposal kepada client adalah, mereka sedar bahawa mereka perlukan perlindungan takaful yang lengkap dan mengikut keperluan. Tapi, bila income yang agak rendah, menyebabkan saya kena adjust keperluan client mengikut KEUTAMAAN.

Sebelum saya terangkan dari segi keutamaan manfaat ikut budget client, saya rasa bagus kalau saya terangkan dulu komponen dalam plan takaful dan fungsinya. Selepas itu baru saya akan terangkan dari segi susunan keutamaan.

Dalam plan takaful, ada 5 major komponen. Iaitu..

1- Manfaat Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)

Manfaat ini membayar pampasan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan

2- Manfaat Sakit Kritikal


Manfaat ini membayar pampasan sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 43 jenis penyakit kritikal.

3- Manfaat Kematian atau Kecacatan atau Lumpuh disebabkan oleh kemalangan

Manfaat ini membayar pampasan sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan, atau lumpuh disebabkan oleh kemalangan. Ada juga pampasan diberikan ikut peratusan (%) manfaat berdasarkan kecacatan yang dialami.

4- Manfaat Kos Perubatan

Manfaat ini membayar balik kos rawatan perubatan di hospital. Kalau masuk hospital panel, client tidak perlu bayar dulu kos rawatan. Kalau masuk hospital bukan panel, client perlu membuat bayaran terlebih dahulu, then baru claim ke syarikat takaful.

5- Simpanan (Pendidikan atau Persaraan)

Manfaat ini akan diterima pada akhir tempoh tamat sijil.

Jadi, sekarang nie, katakan client nak ambil plan takaful, tapi income agak rendah. Tugas agent adalah membuat fact finding kepada client berkenaan dengan keperluan dan jugak kemampuan.

Untuk manfaat kematian / TPD, ia adalah manfaat wajib dan setiap plan takaful dari PruBSN. Cumanya sekiranya budget sikit, dan client nak ambil plan yang lengkap kesemua manfaat, agent boleh proposed ikut keutamaan. Jadi kat sini, jumlah perlindungan ditentukan oleh kemampuan client untuk mencarum.

Kalau ikutkan keutamaan, Manfaat KEMATIAN / TPD adalah yang paling utama kerana ia berfungsi sebagai pengganti pendapatan dan juga sebagai backup untuk bayar hutang sekiranya client ada hutang.

CONTOH 1:

Katakan prospect ada income RM 2,000 sebulan. Bujang, cuma ada ibu dan ayah. Manfaat apa yang patut diutamakan. 

Kalau prospect macam nie, keperluan utama lebih kepada Plan Hibah Takaful, kemudian medical card (untuk cover cost rawatan). Tapi, kalau prospect nie menjadi tunggak dalam keluarga (ada mak ayah yang mungkin masih kerja tapi income kecil), dan setiap bulan prospect ada bantu bagi duit pada mak ayah walau pun sedikit, keutamaan adalah lebih kepada hibah takaful berbanding medilcal card.

Kenapa?...Sebab kalau meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan, hilang punca pendapatan dan tiada pilihan lain. Tapi, kalau perlukan rawatan hospital, masih lagi ada hospital kerajaan.

CONTOH 2

Katakan prospect income RM 2,500 dan sudah berkeluarga. Lelaki. Yang ini pun sama, keutamaan lebih kepada hibah takaful atau sakit kritikal berbanding medical card. Sebab, penggantian income lebih utama, kalau tak mampu nak ambil semua plan yang lengkap. Sebab untuk dapatkan rawatan masih ada options dengan pergi ke hospital kerajaan berbanding kalau kematian atau lumpuh kekal keseluruhan. 


CONTOH 3

Katakan prospect  income RM 2,500 lelaki dan isteri pun income lebih kurang sama RM 2,500. Kalau dari segi perbelanjaan untuk kehidupan (living expenses) ditanggung bersama (combined income). Kalau macam nie, Suami perlu ada hibah takaful untuk cover sekurang2nya 5 tahun income tahunan, dan isteri maybe boleh ada medical coverage (medical card)...

Kenapa suami tak perlu medical card?..Bukan tak perlu, tapi keutamaan tu. Kalau expenses mereka rendah, then ada lebihan boleh ambil basic medical card sahaja. 

Ini antara contoh dari pelbagai senario yang ada. Secara rules of thumbsnya, sebagai agent, kita kena pastikan untuk prospect yang single income RM 4,000 ke bawah, atau combined income suami isteri RM 5,000 dan ke bawah, maximum caruman untuk takaful hanya 7-8% sahaja dari income mereka. Kalau ambil lebih dari itu, dalam keadaan ekonomi sekarang, memang agak tinggi. 

Sebagai agent, kita tak boleh hanya melihat coverage yang besar dan caruman yang besar (yang boleh bagi commission besar). Tapi lihatlah bagaimana prospect boleh berterusan bayar untuk jangka masa yang panjang hingga tamat tempoh sijil.

Cara yang terbaik sebelum kita nak propose plan takaful adalah buat proper fact finding. Biasakan buat details fact finding iaitu cash flow in dan out, apa resources yang mereka ada dan dari situ anda sebagai agent, boleh nampak bagaimana untuk bantu prospect atau client.

Untuk belajar macam mana buat  fiact finding, saya ada develop satu sheet iaitu PERSONAL FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET...

Boleh tengok video nie untuk dapatkan gambaran macam mana saya buat fact finding pada prospect.




Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat takaful, boleh hubungi saya terus di link berikut : http://infoplantakaful.wasap.my. In sha Allah saya akan berikan nasihat kewangan terbaik kepada anda secara percuma.

Sekian.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
PRUBSN Takaful Berhad

No comments:

Post a Comment