09 February 2022

5 LANGKAH NAK URUS GAJI BULANAN KALAU BUDGET KETAT MACAM NI?


Topik kali ini agak special sikit sebab rasanya ramai yang jenis macam ni. Iaitu, income kecik, budget tight dan duduk bandar pulak tu.

Tengok sahaja list budget pada gambar di bawah. Gambar ni pernah viral di social media bila ada orang  tulis kat twitter senarai perbelanjaan dia dengan gaji RM 3,000++.




Contoh Budget : RM 3,178.66 sebulan.

Jadi, bila saya dapat gambar nie viral di FB. Ada ramai yang berikan pendapat bagaimana nak adjust sekiranya budget bulanan anda macam nie. Ada juga yang  bertanya macam mana nak adjust lagi budget kalau income macam nie?

So, saya buat sedikit summary iaitu 5 langkah anda kena buat.

1- BUAT SENARAI INCOME DAN EXPENSES DENGAN DETAILS

2- SEMAK MANA-MANA EXPENSES YANG BUKAN KEPERLUAN YANG BOLEH CUT

3- MULA BERJIMAT KAT MANA YANG BOLEH JIMAT

4- MULA SIMPAN DUIT LEBIHAN UNTUK DEVELOP HABIT MENYIMPAN

5- BUAT PILIHAN SAMA ADA NAK TERUS HIDUP DALAM KEADAAN KURANGKAN EXPENSES ATAU TAMBAH INCOME.

Untuk gambar di atas. Ini yang saya fikirkan dan akan buat sekiranya saya berada dalam keadaan seperti di atas.

Case Study (daripada gambar)

Bila dilihat dari gaji dan perbelanjaan, sebenarnya inilah hakikat keadaan sekarang. Memang semuanya mahal. Tapi, kalau itulah sahaja income yang ada, anda mungkin ada 2 pilihan.

Pilihan PERTAMA

Kena susun balik perbelanjaan. Mana yang boleh kurang, kena kurangkan.

Sebagai contoh, saya tak pasti dia bayar bank rakyat tu untuk apa. Sebab RM 400 sebulan tu, rasanya personal loan sebanyak RM 20,000. Jadi, saya tak pasti apa yang dia beli pakai duit personal loan. Sebab tu, kalau dah jadi macam nie, mungkin agak payah nak adjust selain terpaksa mungkin kurangkan sikit beberapa perkara yang optional.

a. Astro dan Coway Air Purifier tu boleh cancelkan dan kat situ ada lebihan RM 125 sebulan.

b. ASBF tu boleh cancel dulu dan ada RM 200 sebulan. Sebab, kalau nak invest tapi pada masa yang sama hutang personal loan interest tinggi, lebih baik attack loan dulu baru invest. Walau pun ASBF tu boleh berikan dividen, tapi, dividen tak tentu berapa banyak dapat. Tapi, interest loan memang dah lock dah.

c. Duit belanja Mak, mungkin boleh nego untuk bagi RM 200 dulu (sementara) sebab nak attack bagi personal loan tu settle. Sebab Personal loan tu tarik banyak duit setiap bulan. So, ada lebihan RM 200. Mungkin ada yang kata, dengan mak pun nak berkira...ini bukan masalah berkira. Ini cara untuk kira buat kira2. Bukan tak bagi langsung, tapi kita dalam process baik pulih kewangan kita. So, kena ada kerjasama. Bukan tak nak bagi sebab kita nak belanja benda lain, tapi kita nak adjust supaya personal tu settled dulu.

Then, ada lebih kurang RM 125 + RM 200 + RM 200 = RM 525.

So, lepas tu apa kita buat dengan lebihan RM 525 sebulan ni?...

So, duit ni, anda boleh buat snow ball untuk settlekan loan personal dengan lebih cepat. Tapi sebelum nak attack personal loan pakai duit lebihan tu, kena buat proper blue print (planning) atas kertas dengan kira-kira sekali.

Anda kena discipline kalau nak main cara pilihan pertama nie. Mungkin akan rasa susah mula. Tapi, mula2 nak adapt memang akan rasa janggal sikit. Tapi, lama-lama bila dah biasa, ia akan lebih mudah.

Sebelum nak attack personal loan tu, pastikan kena ada simpanan kecemasan dalam bentuk CASH paling kurang 1 bulan gaji. So, maksudnya RM 525 sebulan tu, paling kurang kena simpan dulu dalam masa 6 bulan untuk dapatkan simpanan kecemasan 1 bulan gaji. Nak bagus kalau boleh dapat 3 bulan gaji. Tapi, kalau nak tunggu 3 bulan gaji untuk simpanan kecemasan, lambat pulak nak attack snow ball untuk selesaikan hutang personal loan dengan segera. Jadi, kumpul dulu 1 bulan gaji, paling kurang.

Selepas dapat simpanan kecemasan (untuk beginner) sebanyak 1 bulan gaji, baru lah gunakan duit lebihan RM 525 tadi untuk attack personal loan gunakan teknik snow ball.

Dalam keadaan ini, jangan dengar pendapat ramai orang yang tak berada dalam keadaan anda macam dalam gambar tu. Sebab mereka tidak merasai macam mana anda rasai. So, just focus dengan apa yang  anda boleh control. Mulut orang, respond orang boleh berubah-ubah.

Bila Personal Loan dah settled, ada lebihan RM 400 sebulan untuk bayar loan dah takde, then masa tu mungkin ada juga kenaikkan gaji dan lebihan awal tadi RM 525, gunakan untuk kumpul backup simpanan paling kurang 3 bulan gaji atau 6 bulan gaji. 

Selepas dah capai simpanan kecemasan 3 bulan, baru la start bagi balik bagi duit elaun mak RM 400 sebulan. Then boleh start balik ASBF dan sebagainya. 

INGAT. Duit income kita biasanya akan banyak habis kepada benda2 yang tidak mendatangkan hasil (asset), tapi lebih kepada liablity (tanggungan).


Pilihan KEDUA

Kalau rasa pilihan pertama tu susah nak buat, nak tak nak kena buat pilihan kedua la. Iaitu...sama ada pindah kerja ke tempat yang income kebih tinggi. Tapi kena pastikan kita memang layak dan bagus, baru senang nak pindah kerja dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Tapi, kalau kita jenis buat kerja pun setakat buat. Maybe, company lain pun tak nak pekerja yang malas macam tu. 

Atau pun buat kerja sungguh2, sampai majikan nampak yang kita ni bagus dan mungkin boleh naik pangkat dan naik gaji. 

Kalau susah nak tambah income dengan naik gaji sama ada majikan yang sama atau majikan yang lain. Ada pilihan lain lagi untuk tambah income iaitu dengan buat part time.

Sekarang ni zaman internet, online dan social media. Banyak peluang untuk tambah duit dengan buat kerja part time atau buat business part time. 

Boleh click video ni https://youtu.be/Y6U72FpsFUU, maybe anda boleh dapat idea untuk tambah income.

Untuk pengetahuan anda, saya dulu pun memang gaji kecik. Cuma, saya sedar saya gaji kecik, jadi, saya takde la berbelanja di luar kemampuan saya. Jadi, saya hidup sangat berjimat untuk kumpul cash sebagai dana kecemasan sebelum saya mula invest dalam ASB dan juga hartanah.

Masa tahun 2003, income saya cuma RM 2,300 sahaja. Tapi, saya gunakan masa lapang saya sebelah malam dan juga weekend untuk buat part time takaful. 

Kenapa saya buat part time takaful?..Sebab

1- Tak perlu modal sebab kita hanya sharing pasal kesedaran takaful dan bila client sign up, kita dapat commission dan commission tu pulak brtahan sampai 6 tahun selagi client bayar. Dan biasanya orang ambil takaful bukan untuk jangka pendek. Biasanya memang jangka panjang, 10,20 atau 30 tahun.

2- Demand tinggi, sebab risiko kematian, lumpuh, kemalangan, sakit kritikal, medical dan juga keperluan simpanan untuk bersara atau pendidikan anak-anak dah menjadi satu keperluan. Jadi, banyak prospect yang kita boleh approach.

3- Business takaful dan ada support system yang boleh bantu saya berjaya. Sebagai contoh, dari segi training dan coaching serta support dari company takaful yang saya join memudahkan saya untuk dapat income dengan cepat sebab products bagus dan jenama syarikat pun ramai yang dah kenal.

4- Tiada had kenaikkan income. Asalkan kita  rajin dan kerja kuat, in sha Allah kita akan dapat client sama ada cepat atau lambat sahaja.

Dan banyak lagi la sebab saya join takaful sebagai cara untuk tambah income.

Sekiranya ada diantara anda yang berminat untuk tambah income secara part time atau full time boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my . Saya akan bantu anda untuk capai impian kewangan anda. In sha Allah.

So itu sahaja tips dari saya kalau nak keluar dari beban kewangan yang kita sendiri tak boleh nak tanggung.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager 
Muqmeen Group
www.muqmeen.com.my
www.azizriadi.com.my

#bebashutang #personalloan #takaful #kewangan #rancangkewangan #financialplanning #parttimejob

No comments:

Post a Comment