08 February 2022

DAH KENA KENCING MANIS BOLEH AMBIL TAKAFUL LAGI KE?

 


Saya dapat banyak persoalan berkenaan dengan perkara ni. Kalau dah ada kencing manis atau darah tinggi boleh ambil takaful lagi ke?..Tapi untuk entry kali ni saya nak focus kepada case kencing manis sahaja. Saya akan kongsikan berdasarkan pengalaman saya hampir 20 tahun dalam bidang  takaful nie.

Pertama sekali, kena fahamkan, bahawa manfaat takaful terbahagi kepada beberapa component utama. Iaitu 

1- Manfaat Pampasan Kematian (Hibah Takaful) / Lumpuh kekal keseluruhan

2- Manfaat Pampasan Sakit kritikal

3- Manfaat Pampasan Kematian atau  Lumpuh atau kecacatan kekal disebabkan oleh kemalangan.

4- Manfaat Perubatan (Medical Card) yang  akan membayar bill rawatan bila masuk ward di hospital.

Jadi, bila anda faham main component ni, baru kita lihat kalau dah sakit kencing manis, boleh apply ke tidak. Saya akan terangkan beberapa senario yang saya pernah handle.

Sebelum tu, fahami keadaan atau stage kencing manis dulu sebelum saya pergi lebih dalam berkenaan plan takaful.

Gambar : Tahap Bacaan Kencing Manis

Jenis Kencing Manis ni terbahagi kepada 2. Iaitu Type 1 dan Type 2. Secara umumnya dengan bahasa mudah. Diabetic Type 1 ini adalah disebabkan oleh genetic disorder, manakala Type 2 pula adalah kebanyakkan berpunca dari diet (pemakanan).

Untuk kali ni saya nak focus kepada Jenis Diabetic Type 2, iaitu yang berkaitan dengan diet.

Cuba rujuk gambar Tahap Bacaan Kencing Manis di atas.

Seseorang dikatakan mempunyai bacaan gula dalam darah atau  kencing manis yang normal pada tahap bacaan A1C Test 5.7% dan ke bawah. Bila bacaan meningkat kepada 5.7% hingga 6.4%, ia dipanggil sebagai pre-diabetic. Pada tahap ini, ada kalanya Doktor akan berikan ubat kencing manis. Tapi, ada juga yang akan hanya beri advice supaya active bersenam dan juga amalkan diet yang sihat. Sekiranya bacaan gula lebih dari 6.4% dan ke atas, ini sudah dianggap seseorang untuk mengidap penyakit kencing manis dan perlu mengambil ubat untuk mengawal kadar gula dalam darah supaya  tidak menjadi lebih teruk sehingga boleh berlakunya komplikasi.

Untuk memudahkan pemahaman, saya bahagikan tahap kencing manis nie kepada 3 bahagian iaitu 

Tahap 1 : 5.7% dan ke bawah
Tahap 2 : 5.7 - 6.4% 
Tahap 3 : 6.4% dan ke atas.


Berbalik kepada persoalan utama tadi, sama ada boleh ke ambil plan takaful sekiranya dah ada penyakit kencing manis?

Berikut adalah beberapa senario atau keadaan yang mungkin boleh berikan sedikit gambaran atau jawapan bagi persoalan di atas.

1- Untuk Manfaat Medical Card.

Sekiranya anda tiada sebarang sejarah kencing manis, dan bacaan gula anda pada Tahap 1, biasanya tiada masalah untuk ambil plan yang ada manfaat medical card. Kecuali, anda mempunyai ayah DAN ibu yang ada sejarah penyakit kencing manis pada usia muda dan tidak dikawal. Mungkin akan menyebabkan permohonan medical card anda ditolak atau ditangguh, atau pun dikenakan loading (bayaran tambahan berbanding kadar biasa)

Sekiranya anda ada sejarah penyakit kencing manis Tahap 2, iaitu pre-diabetic walau pun anda ambil ubat untuk kawal tahap gula supaya normal, kalau ikutkan pengalaman saya medical card akan declined (memang tak boleh apply). Tapi masih boleh dapat manfaat hibah Takaful. 

Sekiranya anda mengidap kencing manis tahap 2 tapi tidak terkawal. Tak makan ubat dan tak pernah buat regular check up (cuma pernah ada sejarah pengidap kening manis)...mungkin manfaat hibah takaful pun takkan dapat atas risiko "poor control".

Sekiranya anda megidap penyakit kencing manis tahap 3, memang tak boleh apply apa-apa manfaat sekali pun kecuali ada plan yang khusus yang boleh terima walau sudah ada penyakit tak kisah sakit apa pun iaitu Plan PruBSN Aspirasi. Plan ini adalah plan simpanan dan untuk yang ada penyakit, pihak takaful akan terima permohonan untuk hibah takaful dengan syarat Manfaat kematian tidak lebih dari RM 50,000 dan tiada sebarang manfaat tambahan yang lain.


2- Untuk Manfaat Hibah Takaful

Untuk Manfaat Hibah Takaful, sekiranya anda dah ada kencing manis tahap 2. Masih boleh apply tapi kena buat blood test dulu sebab nak tengok keadaan terkini keadaan kencing manis anda.

Sekiranya tahap 3, kalau ikutkan pengalaman saya, tak boleh dapat apa2 manfaat termasuk hibah takaful. Cuma plan Simpanan dan Hibah Takaful maximum RM 50,000 sahaja boleh dapat. Iaitu plan PruBSN Aspirasi.

3- Untuk Manfaat Kemalangan

Untuk Manfaat kemalangan, sekiranya kencing manis tahap 2 atau 3, masih boleh apply dan ada chance untuk dapat coverage dengan syarat ia adalah plan kemalangan 100%. Tiada manfaat asas kematian disebabkan oleh kematian akibat penyakit. Kalau ada manfaat akibat penyakit, syarat dia akan jadi macam manfaat hibah takaful di atas (no. 2)

4- Untuk Manfaat Sakit Kritikal

Untuk manfaat sakit kritikal. Ia lebih kurang sama macam item no. 1 di atas. Kalau tahap 1 sahaj boleh dapat. Tahap 2 atau tiga, biasanya memang tak lepas.

5- Untuk Manfaat Simpanan

Yang ni, kalau dah kena sakit kencing manis tahap 2 atau tahap kita. Kena ambil plan PruBSN Aspirasi sebab plan ni kalau dah sakit pun boleh approve dengan syarat, manfaat kematian asas tidak melebihi RM 50,000 dan tiada manfaat tambahan yang lain.


Setakat ini sahaja penjelasan saya berkenaan dengan persoalan kencing manis. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA boleh click http://infoplantakaful.wasap.my dengan segera atau boleh call atau message ke 019-323 2121.

Sekian.

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager 
PruBSN Takaful
www.azizriadi.com.my



No comments:

Post a Comment