Dulu saya pernah sembang dengan sorang kawan. Dia kerja offshore. Masa tu, kalau dibandingkan income dia dan income kawan2 dia yang kerja kat office atau kerja executive biasa memang sampai 3-4 kali ganda. To certain extent, untuk yang kerja GLC atau government (junior executive) boleh cecah 5-6 kali ganda. Dengar dia sembang pasal income ...dahsyat. Mana taknya...income dia sebulan, sama dengan kita 1/2 tahun.
.
.
Lepas tu, dia cerita lagi, memang ada banyak duit, masa bujang memang syok. Bila dah kahwin, lepas tu ada anak...tetiba feeling dia terhadap kerja offshore sedikit berubah. Duit memang ada. Tapi kenapa dia akhirnya pilih untuj kerja dengan gaji yang kurang 4-5 kali ganda tapi dekat dengan family.
.
.
Dia sambung cerita lagi. Dia punya shift jadual kerja sekali pergi offshore sampai 2-3 bulan baru balik (offday) dalam sebulan. Memang sekali balik tu lama. Cuma, apa yang buat dia berubah hati untuk tukar kerjaya...bila lepas dapat anak.
.
.
Masa baby baru lahir, ayah mana yang tak seronok tengok anak dan dapat main2 dengan baby? Tapi lepas habis cuti, kena pergi offshore semula. Masa tu dia kata memang berat nak tinggalkan family. Tapi, nak buat macam mana, dah tugas nak cari rezeki.
,
,
Selepas 3 bulan, balik, tengok-tengok anak dia dah banyak perubahan. Biasa la, 3 bulan tak jumpa. Masa dulu, teknologi masih belum macam sekarang, internet laju dan video call tu dah jadi biasa. Tapi, kalau video call pun dengan jumpa face to face mana sama. Still tak sama, cuma lebih baik dari tak dapat tengok langsung. Then, cuti sebulan, ulang lagi…pergi offshore, hati berat…2-3 kali cycle, dia dah mula rasa tak best kerja kat offshore sebab asyik teringai family dia je. Turning point dia bila…
.
.
Anak dah mula kenal orang. Jadi, bila dia balik, anak dia tak nak dengan dia….bayangkan, anak sendiri tapi tak nak dengan ayah dia sebab kesan tak jumpa dalam tempoh masa yang lama…dia rasa sangat sedih bila anak kandung dia buat dia macam orang luar. Tapi, dia faham…So, dia mula adapt dengan keadaan anak dia dan makin lama, makin ok. Tapi, bila dah start ok, dia terpaksa masuk balik kerja…dan selepas dari itu, dia pun decide untuk cari kerja lain yang dekat darat dan boleh lihat family dia hari2 walau pun terpaksa terima gaji yang lebih rendah.
.
.
Saya masa tu dengar je dia cerita. Tapi, saya bagitahu dia lagi…bukan sebab nak sakitkan hati atau nak tambah sedih dia, saya cakap dengan dia.
.
.
“Bang, kou bukan hanya tak dapat jumpa anak isteri kou bang, tapi yang aku rasa kou paling rugi adalah, kou terlepas moment2 perubahan tumbesaran anak..”...Dia tunduk dan mengaku “Betul la, bila aku balik je dah pandai buat benda lain, bila aku balik je dah pandai buat benda lain”...Memang dia mengaku yang dia terlepas banyak moment tumbesaran anak. Macam mana kita dapat tengok progress dia…sedikit demi sedikit….itu antara nikmat ada anak dan nampak anak membesar….
.
.
Satu lagi, saya pun pesan dengan dia, (dulu telefon yang ada camera, tak canggih macam sekarang)...Saya cakap dengan dia, kou kena rakam bang gelagat anak2 kou…kou layan dia, dan kou rakam. Sebab nanti bila dia dah besar, kou akan ingat moment2 tu dan kou boleh lepaskan rindu moment tu dengan tengok gambar dan video2 dia.
.
.
Dan masa dia dah besar dan dah faham, masa ni la kita nak engage dengan dia, tunjukkan moment2 kita dengan dia dan tunjukkan bagaimana kita sebagai parent tersangat sayang kat dia…dan bila dah besar, kena ingat, jangan sesekali hampakan harapan ayah ibu…
.
.
Selepas tu, kitorang pun buka topic lain iaitu bab kewangan, macam mana untuk allocate duit yang dia ada hasil kerja di offshore untuk perancangan masa depan.
.
.
Moral of the story…
.
.
Bersyukur apa sahaja yang kita ada.
Kekadang kita rasa income kita kecik, tapi kita masih ada masa dengan family, masih boleh happy dengan family. Kita lihat orang lain mungkin kerja gaji besar, nampak banyak duit, nampak mewah. Tapi, kita tak tahu apa bahagian dia yang dia takde…yang mana dia tengok orang yang takde duit pulak ada bersama family sentiasa.
.
Usaha untuk capai kehidupan yang kita inginkan.
Kalau kita nak kehidupan yang kita impikan, kita kena set impian tersebut dalam minda dan hati kita. Kena plan, macam mana nak cakap, kena usaha ikut apa yang dirancangkan. Adakalanya, ramai yang saya jumpa, kita nak kehidupan yang lebih baik, tapi kita sendiri tak berusaha untuk jadi lebih baik. Kita harap keadaan hidup kita berubah dengan sendirinya.
Jangan sempitkan peluang untuk diri kita
Kekadang, kita rasa, kita takut nak berubah, sebab takut apa yang kita cuba ubah tak menjadi. Kena pulak kalau kehidupan kita memang dah selesa. Tapi, satu masa, bila keadaan berubah. Sebagai contoh kawan saya nie, dulu masa bujang memang best, then bila keadaan berubah dia berumah tangga, tiba2 apa yang dia lalui dulu jadi sesuatu yang sangat berbeza. Tapi, pada masa yang sama, banyak lagi peluang lain yang suite dengan apa yang kita impikan. Cuma kita kena berani mencuba dan buat sampai jadi. Kalau tak jadi, buat lagi sampai jadi….kalau tak jadi, buat lagi sampai jadi.
Last sekali dan yang paling penting
Kena yakin dengan apa yang Allah mampu berikan, jangan hanya sandarkan dengan apa yang kita mampu buat. Sebab kita sebagai hamba memang tak mampu nak buat apa2 tanpa keizinan Allah. Jadi, sekiranya kita yakin dan sandarkan harapan kita kepada Allah yang Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. KIta takkah mudah putus asa sebab kita yakin bahawa Allah bukan sahaja Maha Berkuasa, tapi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….kena bulatkan benda ni dalam hati.
.
.
NOTA : Mohon fahamkan context posting saya nie. Maksudnya, bukan saya nak cakap, kita lepaskan peluang nak dapat income tinggi. Tapi, maksud saya, kalau kita mula rasa apa yang kita buat sekarang nie tak align dengan apa yang kita nak capai long run. Jangan takut untuk buat perubahan dalam hidup.
.
.
Kebanyakkan orang inginkan kerjaya yang bagi income yang tinggi dan ada banyak masa. Ada yang stay dengan kerjaya makan gaji, ada juga yang pilih kerja sendiri dan ada yang buat business. So, walau apa pun pilihan anda, anda kena tahu macam mana nak balancekan masa anda. Sebabnya, ada orang makan gaji, gaji tinggi, tapi sibuk sampai takde masa dengan family. Ada orang nak buat business sebab konon-konon nak ada banyak masa, tapi hakikatnya, bila start business sekali lagi sibuk.Sama juga kalau kerja sendiri. Jadi…macam mana?..
.
.
Kena ada ilmu nak manage activity dan masa. Tak kisah kerja makan gaji, atau kerja sendiri atau buat business….semua tu kena ada strategy. Tapi boleh main belasah je ikut orang. Sebab kalau ada yang fikir makan gaji takde masa, then buat business. Lepas tu tak reti run business…last2 sibuk jugak…pun susah jugak. Jadi kena belajar manage business.
.
.
Itu je nak share…
.
.
Kepada sesiapa yang mungkin rasa sekarang sangkup increment takde, bonus takde, walau pun kerja dah all out, maybe nak cuba bidang baru sebagai takaful advisor, boleh contact saya. Kami ada package untuk new team dengan startup income RM 3,000 huingga RM 10,000 untuk sesiapa yang berminat.
.
.
Takde pengalaman?..takpe. Ingat pepatah Melayu. “Belakang parang diasah lagikan tajam, inikan pulak manusia yang dikurniakan akal fikiran”...Click link ni sekarang untuk info lanjut. http://jomextraincome.wasap.my
Gambar : Anak saya masa umur 4 tahun, kiri dan sekarang umur 17 tahun kanan. Masa kecik, dia balik kampung, main kat luar rumah, saya bagi dia explore…main kucing, main pasir, main kejar-kejar….saya biar je, saya cuma monitor dan amik gambar….bila dia dah besar, saya tunjuk gambar nie kat dia, then minta dia share sikit, apa feeling dia masa tu…:D.
Sekian.
Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
No comments:
Post a Comment