21 June 2022

SOMETHING HAPPENED vs NOTHING HAPPENED DALAM KEHIDUPAN

 


Saya nak share sikit beberapa hari ni dapat banyak call dari client-client yang sign up policy  takaful dengan saya yang awal2. tahun 2003 hingga 2006. Ya, lebih 14 tahun.
.
.
Disebalik kata-kata orang yang  kata takaful membazir, takaful menipu, takaful tak bantu orang, takaful nama je Islamik, tapi memilih yang sihat je. Ada juga yang menyatakan company takaful buat untung dari hasil orang yang tak claim dan sebagainya...dan banyak juga pandangan  negative yang dilemparkan terhadap industri ni. 
.
.
Saya faham dan saya tak kisah sangat pun, sebab saya dah biasa sangat dengan benda tu. Cuma, apa yang saya  nak share kat sini adalah...semenjak dari memula saya jadi agent sampai sekarang saya jadi senior leader. Apa yang penting  sebenarnya adalah NIAT dan CARA kita melaksanakan tugas kita.
.
.
Saya tak boleh nak katakan orang yang pandang negative terhadap industri takaful tu semuanya tak betul. Sebab ada banyak benda juga yang saya setuju dengan mereka....Antaranya adalah  yang kata Takaful menipu. Yang antara yang paling top saya dengar.
.
.
Kes-kes macam nie banyak berlaku berpunca dari agent yang  tidak bertanggung jawab. Agent yang  hanya nampak bidang ini hanya untuk buat duit. Jumpa prospect, cerita bulan bintang, client sign up, ambil duit caruman dan bila ada problem, menghilang. 
.
.
Client mana yang tak marah kalau mereka ditipu setelah mereka memberi kepercayaan dan harapan kepada agent?. Agent pulak bila rasa terdesak, cuba untuk pastikan client sign up walau pun ada benda yang mereka cerita tidak ditawarkan oleh company takaful. 
.
.
Agent je ke yang banyak menipu, company tak tipu?...Setakat ini, apa yang saya faham dah tahu, sebab saya pun pernah meeting dengan beberapa top level management dalam company, kalau dari kesilapan itu mungkin ada, tapi kalau mereka sengaja buat silap dengan melanggar apa yang  telah ditetapkan oleh regulator iaitu Bank Negara, impak kesilapan tersebut sangat besar dari segi denda, dan mungkin lesen kena gantung...Jadi, mereka akan jaga benda tu. 
.
.
Tapi kebanyakkan agent, especially yang baru join, tak faham semua benda dengan details, disebabkan nak kejar sales punya pasal. Sanggup memberikan janji yang terlalu tinggi yang mereka sendiri tahu mereka tak boleh nak deliver. 
.
.
Saya harap, semua rakan-rakan agent dan leader, kena la ada rasa tanggungjawab untuk menjalankan amanah yang  diberikan. Jangan salahkan masyarakat pandang kita negative kalau kita sendiri antara yang buat mereka pandang  kita macam tu.
.
.
Berbalik kepada topik asal. Beberapa client saya ni yang dah ambil plan takaful lebih dari 10 tahun. Tiada sebarang claim....tapi tetap mencarum. Saya ada juga yang  dapat client yang  rasa rugi bayar takaful tapi tak claim. Dan akhirnya mereka stop bayar dan tida perlindungan takaful. Hak masing-masing.
.
.
Cuma saya share pasal client saya yang  dah lama sign up dan tak pernah claim. Tapi sekali Allah uji, dia punya claim terus bukan sikit2. Kalau takde dana takaful untuk tanggung kos rawatan, mereka mungkin akan gunakan life saving mereka untuk dapatkan rawatan segera. Boleh sahaja dapat rawatan di hospital kerajaan, tapi untuk kes-kes yang  rumit yang  memerlukan pakar yang  khas dan juga peralatan yang terhad, ada kalanya terpaksa kena tunggu. 
.
.
Tiada masalah sekiranya boleh tunggu. Tapi, kalau kita ada pilihan untuk dapatkan rawatan lebih cepat dan tidak menggunakan dana kita sepenuhnya, bukankah itu lebih baik. Saya faham, ramai je yang  fikir Hospital Kerajaan bagus...boleh je dapat cepat. Betul...saya setuju. Tapi kena ingat, bila diuji dengan masalah sakit yang berat, impact dari penyakit tu bukan hanya dari segi kos rawatan. Tapi juga kewangan, emosi, fizikal dan juga orang-orang  yang  dekat dengan kita. 
.
.
Sebagai contoh, kalau penyakit yang dihidapi tu memerlukan orang lain untuk bantu uruskan kehidupan (mandi, makan, buang air)...walau pun rawatan di hospital mungkin dah selesai, tapi bagai mana kos nak meneruskan kehidupan dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya?...jadi, sama-sama la fikirkan.
.
.
Kalau kita fikir dan yakin dalam sepanjang hidup kita ni NOTHING HAPPENED, tak perlu la fikir pasal backup kewangan. Tapi kalau anda fikir SOMETHING HAPPENED adalah satu benda yang boleh berlaku kepada semua orang  termasuk diri kita....kena fikirkan dan buat la sesuatu untuk sediakan backup kewangan. 
.
.
Saya selalu tanya saya yang dah claim soalan ni...
.
"Akak, pernah sangka ke yang satu hari abang / akak ni kena sakit macam nie?....Semua akan jawab "Tak pernah sangka".
Saya tanya lagi "Akak nak ke benda nie jadi kat akak?" ...rata-rata mereka jawab "Ishh....siapa yang nak sakit Ziz?"...
.
.
Jadi saya sangat faham, benda yang kita tak sangka, dan kita tak nak, kalau sampai masa kena, ia akan kena. Tak kira sama ada kita bersedia atau tidak. Itu lah sebabnya saya masih lagi dalam industri ini dah masuk 20 tahun dan saya tetap dengan usaha untuk membina hubungan kepada ramai orang, mendidik untuk meningkatkan kesedaran dan membina kepercayaan untuk menyampaikan kepentingan perancangan kewangan khususnya perlindungan kewangan  takaful.
.
.
Saya selalu ingatkan diri saya perkara ini...Kalau sesuatu menimpa diri saya, siapa orang yang paling susah selepas diri saya. Dan adakah kita sanggup untuk membiarkan mereka susah tanpa persediaan apa-apa khususnya dari segi kewangan, atau pun kita ikhtiar untuk meringankan risiko kesusahan dengan sediakan backup kewangan sesiap?
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager 
PruBSN Takaful

Ingin mendapatkan info berkenaan plan takaful?. Boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Berminat untuk join sebagai agent takaful bersama kami di Muqmeen Group dan PruBSN? Click link ni http://jomextraincome.wasap.my

No comments:

Post a Comment